Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Thursday, February 4, 2010

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

Wednesday, February 3, 2010

KERANA SETIAP KITA ADALAH MUTIARA

KERANA SETIAP KITA ADALAH MUTIARA
Sumber: Zaafarani Zahirul Haq

Ianya menjadi indah oleh pengorbanan menjemputnya dipalung samudera juga oleh waktu yang membentuknya. Seperti dirimu yang juga indah oleh pengorbanan yang kau baktikan pada sesama. Sungguh engkau indah kerana engkau adalah Mutiara.

Mutiara; awalnya ia bukan apa-apa. Hanya butiran pasir dan debu kotor yang tidak ada harganya. Waktu yang kemudiannya membentuknya. Detik demi detik, di kedalaman samudera, dalam kegelapan cangkerang makhlukNya. Dengan proses yang demikian panjang dan perlahan, penuh kesabaran. Pun kemudian, keindahannya juga tidak segera dapat dinikmati begitu sahaja. Kerana ia harus dijemput dikedalaman lautan, dikeluarkan dari rumahnya yang kukuh dan dibersihkan, disepuh dan diolah hingga menjadi perhiasan istimewa. Sungguh sebuah proses yang panjang dan melelahkan, bahkan bukan tidak mungkin akan terhenti ditengah jalan.

***

Mungkin engkau pernah merasa dirimu bukanlah apa-apa saat ini. Bahkan mungkin menyimpang menjadi lebih dari itu, engkau membenci dirimu sendiri, sebagai manusia tidak berguna, makhluk sia-sia. Begitu banyak kekurangan, begitu banyak kesalahan dan keburukan. Apalagi ketika kau melihat orang lain yang nampak begitu sempurna dan memiliki begitu banyak kelebihan, rasanya engkau semakin ingin tenggelam. Mengapa orang lain memiliki begitu banyak kelebihan sedang aku tidak memiliki apa-apa kecuali kekurangan? Mengapa aku buruk sedang orang lain cantik? Mengapa orang lain berhasil dan aku selalu gagal? Mengapa orang lain kaya dan aku miskin? Serta beribu lagi 'mengapa' lainnya yang akan membuat kita kecewa dan terluka, serta terpaku pada kekurangan-kekurangan yang kita miliki.

Padahal, aku percaya, setiap kita tahu dan yakin, bahawa Allah tidak mungkin menciptakan makhlukNya hanya dengan kekurangan sahaja atau kelebihan sahaja. Hanya dengan mudharat sahaja tanpa manfaat atau sebaliknya. Pun kita manusia, pastilah memiliki keduanya dalam keadaan yang seimbang. Dia yang maha kuasa membekali manusia dengan segala kelebihan, menjadikan setiap insan memiliki keistimewaan. Hanya sahaja proses hidup yang kita alami mungkin telah membuatnya hanya menjadi potensi terpendam, tidak muncul kepermukaan, bahkan mungkin ia, sekalipun ia pernah muncul di masa kecil kita,
kemudian terkubur oleh segala tekanan dan rintangan.

Padahal, ibarat mutiara, kita tidak dapat menjadi berharga sebegitu sahaja. Kita perlukan waktu untuk membentuknya. Kita memerlukan proses yang panjang untuk mendapatkan keindahannya. Dan proses ini, memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Ya, sesungguhnya setiap kita adalah mutiara yang memiliki pancaran keindahan kita masing-masing, seperti apapun adanya kita pada awalnya. Kita hanya harus menyepuhnya untuk membuatnya menjadi berharga. Dan proses menyepuh ini, banyak cara dan jalannya.

Rintangan, hambatan, pengalaman, pembelajaran, baik oleh diri sendiri mahupun oleh orang lain, tidak akan menjadi masalah. Kerana pada dasarnya kita adalah mutiara. Kita hanya harus berusaha semaksima kita, membuka mata, buka telinga dan buka hati.

Hanya satu awal yang perlu kita lakukan; i'tikad dan keyakinan untuk menjadi mutiara.

Sungguh saya ingin menjadi mutiara, melalui berbagi dan berbakti pada
sesama.

Engkau? Menjadi mutiara seperti apa yang engkau inginkan?


Ya Allah berikanlah hidayah & petunjukMu selalu kepada kami. Bukakan pintu hati ini menuju syurgaMu. Fahamkanlah kami dengan IlmuMu yang benar dan ampunilah dosa kami. Amin.

Tuesday, February 2, 2010

JEnaKA sanTAi..:)

lawak har... har.... har...
A) Apa beza kacang panjang ngan seluar panjang ?
-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang...

B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan???
-Misai

C) Batang ape yang kalau org pegang-pegang nanti kena gatal-gatal?
-Batang Keladi

D) Bulan dan bintang......... mana anak? mana bapak???
-bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak...( Bulandan bin Tang )

E) Ada orang ni nak naik bas. Dia ada 50 sen jer. Tambang bas ke tempat dia napegi tu 60 sen. Camne dia nak pegi tempat tu?
-Dia buat muka seposen jek , 50 sen + 10 sen = 60 sen

F) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?
-Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

G) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
-Penguin

H) Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?
-Katakanlahhhhhh.....

I) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg sarat mengandung dan nak beranak, lalu suami dia bawak le isteri tu ke hospital..lalu dia melalui FARM dan LOMBONGBIJIH TIMAH..lps tu anak dia lahir, dan dinamakan FATIMAH, kenapa ?
-Sebab die dapat anak pompuan..huar..huar..huar..

J) Knape penggali kubur, bile nak gali kubur, dia tak pakai spender?
-Takkan nak pakai spender, pakai cangkul ler...

K) 4 Soalan dgn satu jawapan :
(1)knape pencuri kena tangkap
(2)knape ubi jadi kayu
(3)knape gigi sakit

-Sbb lambat cabut

L) Tempat apa ni......peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akanberkurangan?
-Tempat Perkuburan...seram tak...hehhe

M) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia...?
-Lingkaran nyamuk Shieldtox

N) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
-Bahrain

O) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?
-Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800.10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..hehehe..

P) Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?
-Si Katun ler....hehehhe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...