Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Thursday, December 2, 2010

Lawatan Ke MAHA 2010...BEST!!!!! part 1

Akhirnya..tercapailah jugak hajat di hati nak g MAHA...hehehe...Dulu pergi MAHA tak buka lagi..BACA SINI huisshhh..best sangat MAHA nie...Chop..ada ke yang tak tau MAHA tu ape?Meh aku bagitau ek.. MAHA ni adalah  singkatan daripada Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show atau dalam Bahasa Malaysia nya Pameran Berasaskan Pertanian...Semua produk2 pertanian,perikanan,semua nya ada kat sini...Dari baja,pokok,buah-buahan,biji benih,anak ikan,jentera-jentera,bunga2,sayur-sayur sampailah ke makanan...semuanya ada...cakap je nak apa...larat dengan tak larat je la nak pergi kan? Heheh...erm...tapi korang tak payah risau...sebab kat MAHA ni sediakan perkhidmatan bas atau tramp..yang boleh bawak korang pusing2 kat dalam tu...besar kot tempat tu klau nak jalan kaki..heheh..Kalau nak ke dewan boleh naik bas RAPID..jgn korang suruh dia hantar sampai Chow Kit sudaaa..heheh..klau nak pergi ke Area Sawah Padi..Pavillion Negeri..boleh naik tramp..Sepanjang aku naik bas ni xde la pulak kena bayar...PERCUMA ok...tu yang best...Siri pameran dwitahunan MAHA International & HPPNK 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA International & HPPNK 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA International & HPPNK 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA International & HPPNK 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
Ok..Kalau dah datang ke MAHA ni tak sah la kalau tak membeli kan...Ada la sikit barang2 yang aku beli masa g MAHA ni..antaranya Pokok Nyamuk,Pokok Rosemary,Buah Jambu Madu (yang ni My BF kirim...) Buah Jambu Batu,Buah Delima,Buah Nangka Besar Terkejut.heheh.(aku saje bg nama ni sebab mmg besar sgt!!) Buah Mangga Harum Manis..tak lupa gak rembat 1 jam tgn sebab jam tgn lama dah retak cermin nyer...:(  So..pada sesiapa yang tak g lagi MAHA 2010..sila la pergi ya..sebab pameran ni berlangsung dari 26 NOvember 2010 sehingga 5 Disember 2010 ni je..Cepat..sebelum terlambat!!!MAHA dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam...kat mana??? MAHA ni diadakan di The Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)..
Jom tengok gambar yang sempat aku amik semalam..
Sebelom penat berjalan..kita Posing dulu!!!!!

Ni La Buah Nangka Besar Terkejut..48KG!!

Cili Segar!!!

Orkids....

Cute arnab ni kan?

Tea Tree-penghilang jerawat..:P

Cili Api PURPLE!!!

Tgk betul2 nmpak tak mcm burung bertenggek??

fresH red chilies...:)

pink Roses~

Geram tgk Orkid ni semua!! macam plastik!!!

Purple~~

Pink & white orchid,,~~

Menuju ke dewan..heheh..jenuh naik..:P

gerai makanan POPULAR

2 comments:

  1. cantik kan orkid2 tuhh sume. gerammm!macam nak bli sume wat ladang orkid sndri. hihihihi

    ReplyDelete
  2. hihi tu la pasal...tapi bila pikir balik orkid ni mcm susah nak jaga..terus terbantut...kang beli bwak balik layu..sakit hati lak..hehehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...