Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Wednesday, August 10, 2011

Luahan Hati Elia (Bekas Tunang Khairul Fahmi Che Mat)

Salam semua..
Masa aku blogwalking kat blog Elia aku terbaca satu post ni...Meh aku share kan kat sini ye...sedih gak bila baca kisah Elia ni...Semoga sentiasa tabah & kuat dalam menghadapi ujian hidup...jangan risau..Elia masih muda..perjalanan pun masih jauh lagi...putus tunang bukan bermakna putus harapan & hala tuju hidup kan?? bangun dan kuatkan semangat ya...banyak lagi benda penting yang boleh Elia lakukan...tunjukkan pada semua orang yang Elia mampu jadi yang terbaik satu hari nanti...Percaya la...Allah dah tetapkan yang terbaik untuk setiap hambaNya...redha je la yer...:) itu yang terbaik................





Bismillahirrahmannirrahim....
Salam semua.. firstly elia nak minta maaf kalau dah lama tak meng-update blog kesayangan hamba ni. Bukan apa, saya ada beberapa exam atau test2 penting yang perlu diutamakan. Dah berminggu-minggu jugaklah tak online. Saja meng-away-kan diri dari dunia luar untuk dapatkan ketenangan dan focus. Yelah kebetulan ketika dugaan berat menimpa ni, ada berlambak pulak quiz dan test2 penting untuk dihadap. So, nak tak nak kenalah dahulukan yang penting dulu ye dop?
Ya Allah.. peritnya nak buat entry kali ni.. entry yang paling perit pernah saya karang. Setiap jari jemari ini menaip, setiap kali itu saya cuba menahan sebak di dada dan takungan air di kelopak mata ni. Perit.. cukup perit hanya Tuhan yang tahu. Namun saya kena kuatkan diri menaip entry ini dan sekaligus beritahu kepada semua orang. Kawan-kawan sekolah, rakan-rakan baik, rakan cyber dan semua yang mengenali diri ni.
Seperti yang anda sedia maklum, saya dan MIA (mungkin ini kali terakhir akan guna this nickname dalam blog ni) dah putus tunang. Walaupun belum secara officially mengikut adat, but hakikatnya memang bagi saya kami dah tak ada apa-apa hubungan. Perkara yang saya lalui ni sangat perit dan bukan perkara kecil. Sepanjang hidup selama 22 tahun ni, ini merupakan dugaan terbesar yang pernah saya tempuh. Siapa yang tak sedih bila baru 2 bulan mengecapi kebahagiaan bergelar tunangan orang dan tak sampai 4 bulan lagi kami bakal menjengah ke alam perkahwinan, namun impian itu terputus di tengah jalan dan tak berakhir dengan cara yang diharapkan.
Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love.
Seperti yang pernah saya sebut sebelum ni, dugaan yang menimpa diri ini memang diakui dugaan yang terbesar pernah saya tempuhi sepanjang usia 22 tahun ni. Terlalu banyak kesakitan dan keperitan yang terpaksa dilalui dalam masa sebulan ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. dikhianati, ditipu, difitnah, dihina, dikeji, dipandang serong dan macam-macam lagi terpaksa saya telan walau sepahit hempedu.
Namun, disebalik segala kedukaan ini saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana Dia telah memberi ujian sebegini.Setelah melakukan solat istiqharah dan beberapa solat hajat, akhirnya Engkau beri petunjuk dan membuka “hijab” yg selama ini tertutup. Alhamdulillah kerana telah memilih hambamu yang serba kekurangan ini untuk diuji dan diberi petunjuk. Dan dengan ujian ini telah menjadikan saya lebih kuat dan tabah dari hari-hari sebelum. Saya yakin ada hikmah disebalik segala kejadian ni. Kebenaran itu walau pahit dan sukar diterima namun itu semua ketentuanMu. takdirMu ku terima dengan hati yang terbuka. Aku redha dengan segala yang telah Kau rancangkan ke atasku.
Selain itu, saya nak panjangkan ucapan terima kasih kepada keluarga tersayang yang telah banyak memberi sokongan sepanjang saya melalui frasa yang sukar ini. Terima kasih di atas doa dan nasihat yang tak putus-putus. Saya bersyukur sangat sebab ada keluarga yang sangat memahami dan mengambil berat soal diri ni. They've been by my side the whole time. Without them, i don’t know what would happen to me. Walaupon ada segelintir yang kurang berpuas hati dengan cara mereka meluahkan perasaan tapi pernah tak korang cuba letakkan diri korang di tempat mereka? Jika darah daging kamu sendiri disakiti, adakah kamu akan berdiam diri? I don’t know about u but other people have different ways of dealing things. So i would pretty much appreciate it if you guys berhentilah mengata atau menghina keluarga saya. Tapi if korang nak mengutuk juga terpulanglah. Kubur masing-masing, dosa tanggung sendiri ye dop?
Sekalung ucapan jutaan terima kasih buat rakan-rakan rapat yang caring about my situation and condition. Kalau nak sebut satu-satu memang sampai esok pon tak habis. Ramai sangat. Terkejut bila buka inbox penuh dengan messages dari anda semua. Ada yang short and simple ada yang panjang macam cerpen pon ada. Ketahuilah anda semua bahawa saya telah membaca setiap coretan anda. Terharu yang tak terhingga sampai ada yang buat saya menitiskan air mata membacanya. Ada yang bagi kata-kata semangat, tips, keratan doa untuk diamalkan, ada yang kongsi pengalaman dan banyak juga yang memberi nasihat dan teguran berguna. Terima kasih yang tak terhingga Elia ucapkan kat anda semua. Kakak,abang,adik,aunty and uncle semua. Kata-kata korang sedikit sebanyak telah menguatkan elia dan buat saya tabah dan redha dengan segala ketentuan ini. Maaf sangat kalau saya tak dapat nak balas semua msg korang sebab terlalu banyak. Tapi ketahuilah semua bahawa saya hargai setiap satu coretan korang. Kalau boleh saya nak peluk korang semua (perempuan je la ye..laki2 jgn nak gataii)..betapa korang berjaya menyentuh hati elia. Sayang korang semua tau!
Tak lupa juga buat Haterz dan mereka-mereka yang menangguk di air yang keruh diluar sana, yang tak putus2 menabur kata-kata kesat, fitnah, sindiran dan kutukan kepada saya atau orang disekeliling saya. Terima kasih juga pada anda sebab anda telah membuat Elia makin kuat dan tabah dalam menempuhi dugaan hidup. U guys make me even stronger than ever! Alhamdulillah dan terima kasih sebab menambahkan pahala amalan saya di bulan yang mulia ini. Segala kata-kata anda saya balas dengan senyuman dan ungkapan “Alhamdulillah”. that is what my mum always taught me when ppl say bad things about us.
Saya berharap segala kedukaan ni akan hilang dan Allah akan gantikan dengan keceriaan di masa yang akan datang, insyallah. Elia juga doakan semoga anda semua tidak akan melalui pengalaman yang sama seperti saya kerana percayalah, apa yang saya terpaksa lalui ni terlalu perit dan sadis. I wish none of you have to face this kind of situation in the future.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...