Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Thursday, December 8, 2011

Kelebihan Inai

Salam semua.....
Apa khabar korang semua..
Kali ni aku nak berkongsi pasal kelebihan daun inai (henna)....
Semasa entry ni ni di type...aku sedang menginaikan rambut..huhuu...so aku pun meng"GOOGLE " la kebaikan daun inai ni....jom kita baca yok...;)
Daun Inai
Terdapat beberapa hadis yang berkaitan dengan Inai & uban....antaranya:

 Hadith: 

1. "JANGANLAH KAMU MENCABUT UBAN KERANA IANYA ADALAH CAHAYA ISLAM. BARANGSIAPA SEHELAI RAMBUTNYA MENJADI UBAN DI DALAM ISLAM, DITULIS UNTUKNYA SATU KEBAIKAN DAN DIAMPUNKAN SATU KEJAHATAN DAN DINAIKKAN SATU DARJAT" diriwayatkan oleh Abu Daud.

2. "SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK UNTUK MENUKARKAN WARNA KEPUTIHAN RAMBUT ADALAH DENGAN INAI" diriwayatkan oleh At-Tirmidzi. 



Inai telah lama digunakan di negara-negara timur sebagai pewarna semulajadi. Nama botanikalnya ialah lawsonia inermis. Daun inai diambil daripada pokok inai 3 kali setahun dan yang terbaik adalah pada bulan Mei dan Jun. Ia digunakan untuk kecantikan dan boleh dibuat lakaran pada anggota badan seperti tangan dan kaki yang boleh ditanggalkan. Maharaja dan ratu Parsi menggunakan inai sebagai skrub badan. Ratu Egypt, Cleopatra pula menggunakan inai untuk kecantikan
rambutnya. 

Amnya, inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan. Ciri2 perubatan inai:
- boleh melarut
- sejuk dan kering.
Di antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama seperti perubatan moden. Kegunaan inai:- 

1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk.
Kelebihannya:
-Mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan kehilangan bendalir
- Mengurangkan jangkitan/infeksi 
2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.

3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan hidung.

4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran 4 paket inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang terlibat, biarkan seharian, dan amalkan selama sebulan. Kelebihannya: 
- Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi
- Mencantikkan kulit kaki
- Melambatkan kesan pada saraf

6. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal2 dan kurap menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

7. Merawat kanak2 yang menghidap demam campak/cacar air menggunakan ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.

8. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan minyak zaitun selama 5 hari.

9. Membetulkan pusingan haid / darah penyakit menggunakan inai serbuk dengan minyak zaitun dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu. 


 10. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 oz cuka.

11. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk
dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.

12. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik ("shower cap" dan biarkan selama 3 jam atau lebih. Kelebihannya:
- Menguatkan akar rambut
- Memberi kilauan pada rambut
- Menghilangkan kelemumur
- Melembut dan memelihara rambut
- Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
- Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur 

13. Kelebihan menginaikan muka/anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/anggota lain, biarkan selama ½ jam atau sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari.
Kelebihannya:
- Melindungi kulit dari cahaya matahari
- Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2 minggu)
- Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
- Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih.
 Antara khasiat lain daun inai.....

Khasiat Daun Inai untuk Kecantikan.
Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.

-Khasiat Daun Inai Menghilangkan rasa panas terbakar api, dengan membalurkan "daun inai" yang telah ditumbuk halus.

-Khasiat Daun Inai Menyembuhkan luka pada mulut dan lidah tersayat, dengan mengunyah "daun inai".

Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

Khasiat Daun Inai atasi GUSI BERDARAH.
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.
P/S :sejuk gak bila tempek inai kat atas kepala...^_^

8 comments:

  1. Padanlah nenek den dulu kalau luka kat tangan ke hape ke letak inai :)

    ReplyDelete
  2. info yang sgt bagus! thanks for sharing..

    meh ke rumah...
    ~Mia tak mo pgi skolah~
    keep in touch k...:)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian infomasi ini.

    ReplyDelete
  4. Yang butuh bibit Inai bisa hubungi saya di chasiapro@gmail.com atau 082136712513 Trims Prabowo JOgja

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...