Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Sunday, January 23, 2011

Aku Dah Tak Merajuk Lagi...Nak Tau Kenapa???


Erm..hari ni tak tau nak tulis pasal ape...tulis pasal semalam la...heheh..kan dua tiga ari lepas aku maJok...nak tau baca SINI...kan..kan..Pastu semalam..aku kena keje..part time..masa balik keje semalam..my Mr R a.k.a MySayang amik...huhu..ingat nak teruskan mogok majuk...hahah..pastu dia ajak g Bukit Jalil..huh??Aku dengan sebal tanya la wat pe g sana?Dia jawab saje jerrr..so aku follow la...heheh..tapi dalam hati...cam nak jerit jer..happy ko!!(pandai gak dia pujuk..hahah..ingat buat derk jer..)...hahah..aku memang suka g taman kat Bukit Jalil tu..dulu selalu gak si dia bawak g jogging..tapi sekarang aku yang malas..hahah..
So sampai je kat sana...kita orang pun beli la eskrem wat kudap2 masa berjalan..hahah...so sampai kat salah satu kolam ke tasik aku pun tak pasti..kita orang berhenti...Ermm..tau kita orang nak wat pe???hahhahaha...kitaorang nak bagi ikan-ikan dan kura-kura kat situ makan...heheh..my Mr R dah siap bawak satu bungkus roti semata-mata nak lepak bagi ikan dan kura-kura kat situ makan..heheh..best jugak...puas hati dan syok sangat bila tengok ikan dan kura-kura tu makan cebisan roti yang kita baling...tak caya?Korang pergi la sendiri..heheh..Masa kita orang lepak kat situ memang ada beberapa oarang pengunjung jugak yang melepak sambil tengok ikan-ikan tu makan..memang besar sangat ikan-ikan kat situ..Lupa aku yang aku tgh majOk...(aceli dah hilang pun maJok nyer..)Dah habis sebungkus roti kitaorang baling dalam kolam..dan aku rasa ikan-ikan tu pun dah kenyangmemandai jer..hikss.....so kitaorang pun amik keputusan untuk balik...memandangkan hari dah nak malam...Tapi sebelum balik..kitaorang pergi singgah makan dulu..huhu..lapar...
Thnxs Sayang...jangan 'macam-macam' lain kali oKe??heee..:)

P/S:tAk semPat amiK GamBar seBab Bateri Fon Kong..hiksss.;)

Wajar Ke Aku Cemburu????

Sekadar gambar hiasan..tak ade kena mengena dengan yang hidup mahu pun yang dah mati..

Assalamualaikum...Yuhuuu semua..heheh..hari ni aku better sikit dari semalam...sebenarnya dah dua tiga hari ntah kenapa mood aku sensitip sgt...kejap nak marah..kejap nak nangis..kejap takde mood..pantang terusik sikit..melenting..hahahha...Ala..biasa la kan..pompuan cam tu la...Simptom2 PMS(korang carik sendirik maksud nie..ke somtam2..(sOmtam tu kan kerabu betik..hahah..ape daa aku merepek.. Jap..jap..semalam aku marah ek???majOk ek???haha...erm..
Sebenarnya ye kot..memang semalam aku emosi sangat2...Puncanya...erm.. nak bagitau ke tak ek..erm..erm..puncanya aku JELES..huhu..JELES???jeles dengan sape??Ape yang membuatkan aku jeles dan marah2 nie..korang rasa nape???
Tak yah berteka teki..bukan ade hadiah pun...meh aku citer nape aku jeles...Kisahnya,semalam aku online la FB macam biasa..check ape yang patut..tup..tup..aku terpandang 'kelibat' nama Mr R my Sayang online sejam yang lepas..O...maybe dia online dari office aku wat tekaan sendiri..tak kisah lagi...yang buat aku meroyan..dia bagi komen -yang aku rasa 'PERLU KE???' kat ntah pompuan mana..kawan katanya..huhhh.. kat wall aku sepatah ayat pun tak singgah..bila kat wall 'kawan'a.k.a pompuan tu boleh plak berbalas2 komen..korang rasa wajar ke tak aku rasa JELES??? Ke korang rasa WAJAR ke aku wat hati kering..macam takde perasaan..????bila pikir2 balik macam takde makna je aku jeles..tapi bila tak pikir macam sakit hati pun ada gak kot..Nape ye lelaki macam ni???ke perempuan yang tak patut rasa macam aku rasa sekarang nie???korang faham ke tak???aku pun tak brape faham..Kalau ada kawan-kwan yang ade tips-tips nak bagi hati jadi kebal & keras..."kalis jElous" gitu SHARE dengan aku ek...kalau boleh memang aku tak nak jeles-jeles nie...tapi ape kan daya...hati ni cuma sekeping..kalau berkeping-keping mungkin la boleh tahan ye tak???

Saturday, January 22, 2011

AYU RAUDHAH DAN AIDIL ZAKUAN SELAMAT BERNIKAH...TAHNIAH!!

  ZAKUAN & AYU Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat..

ALOR SETAR, 21 JANUARI 2011: Dengan sekali lafaz, pasangan popular Mohd Zaquan Adha Abd Razak, 23 dan Raudhah Abu Bakar,25, atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah akhirnya sah bergelar suami isteri, sekitar jam 4 petang tadi.
Bersaksikan ahli keluarga dari kedua belah pihak, sahabat handai, rakan media dan peminat, majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyyah, di sini telah menjadi bukti penyatuan dua sejoli yang menjalin cinta lebih dua tahun lamanya.
Zaquan dan Ayu Raudhah telah selamat dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyyah, Tuan Haji Mustafa Kamil Abdul Jamil dengan mas kahwin bernilai RM1,888.
Pihak pengantin lelaki telah memberikan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan, manakala jumlah wang hantaran masih dirahsiakan.
Zaquan yang ditemui selepas majlis akad nikah memberitahu, dia masih merasakan debarannya bagaimanapun gembira apabila segala yang diimpikannya kini telah menjadi kenyataan.
"Perasaan saya bercampur aduk, masih berdebar tapi pada masa yang sama gembira. Selama ini pun, perasaan saya ketika beraksi di atas padang sentiasa berdebar, namun debaran yang saya rasakan kali ini sangat berlainan dan impaknya lebih.
"Kegembiraan juga berlainan seperti ketika menjaringkan gol. Kegembiraan saya sekarang adalah ibarat satu kejayaan paling indah dalam hidup saya untuk bergelar suami," jelas penyerang pasukan bola sepak Negeri Sembilan ini.
Sementara itu jelas Ayu Raudhah pula, tiada yang lebih gembira selain dapat bergelar isteri kepada bintang bola sepak kebangsaan yang dicintainya itu.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai, saya harap dengan perkahwinan ini dapat membimbing untuk menjadi seorang perempuan yang lebih bertanggungjawab dan menjadikan saya seorang isteri yang solehah.
Turut hadir dalam majlis akad nikah ini ialah kakak pengantin perempuan, aktres Rozita Che Wan serta abang ipar Ayu, Mazlan Pet Pet.
Sementara Zaquan ditemani kedua ibu bapa serta kembarnya, Aidil Zafuan. Aidil bagaimanapun datang sendirian tanpa ditemani isteri, Rita Rudaini.
Majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan pada malam ini, di Taman Mawar, Alor Setar Kedah manakala bagi pihak sebelah lelaki pada 30 Januari ini di Paroi, Negeri Sembilan.
Portal murai.com.my ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua merpelai, semoga berbahagia ke akhir hayat.
Majlis Resepsi AYU & ZAKUAN


Credit Post : Mr MURAI.Com

Thursday, January 20, 2011

Sinetron Kejora Dan Bintang Pengganti Sinetron Bukan Diriku

 Sinetron Bukan Diriku dah nak habis..huhu..kejap je rasanya...rasanya ni la sinetron yang paling pendek aku penah layan...heheh..Lagi lama kot sinetron Cinta Kirana..Tapi tak pe la ada sinetron baru yang bakal menggantikan & memenuhkan waktu petang ku nanti..tak sedih sangat bila sinetron Bukan Diriku nak habis sebab 'hero' kesayangan ku 'Baim Wong' turut berlakon lagi dalam sinetron Kejora Dan Bintang ni..Yahoooo!!! Pastu lak heroin dia si Alyssa Soebandono..yang ni mesti mak aku suka sebab......si 'Alisa' dia kembali lagi!!!

Apa-apa pun meh kita hayati & layan sinopsis sinetron ni dulu ye...baca macam best je..hikss..

Kejora adalah gadis yang memiliki segalanya. cantik, ceria, selalu optimis, dan kaya raya. Kejora kuliah di Jepang(Jepun). Pak Ryan ayahnya seorang pengusaha ternama di Jakarta. Ibunya sudah meninggal. Dan Kejora memiliki seorang adik perempuan, Bintang, yang menderita autis tapi sangat mahir bermain piano. Pak Ryan menikah lagi dengan Hanifa seorang janda beranak satu bernama Janet.

Suatu hari, Kejora pulang ke Jakarta. Di bandara, kopernya tertukar dengan koper Erlangga, cucu keluarga nenek Gautama yang sangat kaya raya namun sombong, manja, dan keras kepala... Kejora tak tahu bahwa sebenarnya Erlangga adalah pacar Janet, saudara tirinya. Kejora harus berhadapan dengan sikap sombong dan angkuh Erlangga gara-gara koper itu. Dan sepertinya juga nasib mempermainkan mereka sehingga mereka saling membenci.

Pak Ryan sebenarnya sedang mengalami masalah besar. Perusahaannya di ambang kebangkrutan, tapi dia tutupin dari anak-anaknya. Kejora sebenarnya sudah punya pacar yaitu Joel yg matre, Joel punya adik bernama Fitra yang diam-diam mengagumi Kejora.

Suatu hari, saat sedang mencari uang pinjaman, Pak Ryan malah dirampok orang. Di luar dugaan, sang perampok mati terbunuh dalam sebuah kebakaran dan dikira dirinya karena membawa barang-barangnya. Pak Ryan kemudian sadar, kalau dia meninggal, keluarganya akan mendapatkan uang asuransi yang cukup besar. Pak Ryan pun memutuskan untuk berpura-pura mati. Kejora tentu saja sangat terpukul dengan kematian ayahnya. Semeninggalnya Ryan, Kejora jadi sering bersitegang dengan Hanifa, sampai puncaknya Hanifa mengusir Kejora dan Bintang dari rumah peninggalan ayahnya.

Kejora dan Bintang benar-benar menderita, ditambah lagi, begitu tahu Kejora terusir, Joel, kekasih Kejora malah meninggalkan Kejora begitu saja.

Kejora berusaha menata hidupnya bersama dengan Bintang. Dia berhasil dapat kerja di sebuah café. Namun bencana tak selesai merudung Kejora. Saat Kejora sedang bekerja, Bintang malah menghilang. Kejora sangat sedih dan merasa bersalah. Dia tak tahu bahwa Bintang diculik Hanifa yang setengah mati berusaha menutupi kenyataan bahwa keluarganya sudah jatuh miskin, hingga dia menculik Bintang dan menaruhnya dikampung, supaya tidak keceplosan membocorkan rahasia kemiskinannya.

Kejora setengah mati berusaha menemukan adiknya. Kegigihan dan perjuangan Kejora ini membuat Fitra jadi iba dan semakin jatuh cinta. Pencarian Kejora terhadap adiknya juga membawa perubahan dalam hubungan Kejora dan Erlangga. Dari saling benci, Erlangga malah jadi menaruh simpati pada Kejora. Bahkan kemudian jatuh cinta.

Pelakon  Sinetron Kejora dan Bintang RCTI

* Baim Wong sebagai Erlangga

* Alyssa Soebandono sebagai Kejora

* Amanda sebagai Bintang

* Lucky Perdana sebagai Fitra

* Eva Anindita sebagai Janet

* Cut Keke sebagai Hanifa

* Mieke Wijaya sebagai Nyonya Gautama

* Mathias Muchus sebagai Ryan

* Rio Reifan sebagai Joel

Lirik Lagu Rindu Setengah Mati Soundtrack Sinetron Kejora dan Bintang

wallpaper dmasiv

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

Tuesday, January 11, 2011

Angelina Sah Anak Watie Elite

Angelina sewaktu diinterview di MELODI

Angelina?Siapa tu Angelina?Takde angin..takde ribut..tetiba nama dia popular kan..ni semua gara-gara pendedahan berani Angelina kat Melodi minggu lepas..Mula-mula aku aku tak dapat agak siapa artis yang dimaksudkan..tapi bila search kat internet ni takde tapis-tapis terkeluar muka Watie Elite..Hurm.tak sangka dia dah ada anak yang berusia hampir 15 tahun..dah besar remaja..anak dara dah..Tapi kesian sangat kat Angelina ni terpaksa mencari media untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang dari ibu kandung sendiri..tak tau la ape sebab dan alasan Watie..tak habis-habis dengan kontroversi..kesian jugak kadang-kadang..tapi memang tu la harga yang terpaksa dia'bayar'bila berkerjaya sebagai artis ni..Takmo membebel panjang.korang baca la sendiri statment/penjelasan dari abang ipar Watie ni..

"Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.
Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.
Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya  tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya (kakak Watie), dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya di halang oleh mereka."

Menurut respon abang ipar Watie, pendedahan yang dipaparkan di Melodi memang telah dirancang oleh keluarga angkat Angelina. Ibu angkat Angelina kini bergelar ibu tunggal dan amat memerlukan wang kerana mereka sekeluarga susah, semuanya bermotifkan duit! Namun, setelah gagal mendapatkan wang daripada Watie, mereka bertindak melakukan pendedahan ini untuk memalukan Watie.
Watie kini masih dalam keadaan terkejut dan malu apabila berita mengaitkan dia mempunyai anak luar nikah. Buat masa ini, dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.

# Dah macam drama lak... -_-

11.1.11...Selamat Hari Jadi Dato Siti Nurhaliza

Assalamualaikum semua...Cun kan tarikh yang tersusun hari ni...11.1.11..Pada sesiapa yang menyambut hari lahir hari ni..aku ucapkan selamat hari jadi..bertuah badan dapat tarikh cantik ni..Tak lupa gak pada penyanyi tersohor kesayangan Malaysia..Dato'Siti Nurhaliza yang menyambut hari jadi pada hari ni...Cakap pasal Tok Ti ni..sekarang beliau dah ada akaun Twitter..jom follow dia kat sini (@siti_nur11).Semoga Tok Ti panjang umur,murah rezeki,dan cepat-cepat dapat Baby..amin..:)
Jom layan pics sambutan besday TokTi yang diadakan di Hotel JW Marriot KL malam tadi-yang ni aku amik kat Budiey.Com...tenkiu Mr.Budiey..:)

Monday, January 10, 2011

LIRIK LAGU ANA RAFALLI TOLONG INGATKAN AKU


Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
 Video Klip 'Tolong Ingatkan Aku'..layannnnnnnnnnnnn...:)

KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU KE 25

Amacam?? Best tak AJL tahun nie???heheh..lagu pilihan korang menang tak???huhu..for me..agak mengecewakan...Aku target Faizal Tahir juara lagu..tapi dapat Persembahan Terbaik je...Rezeki Ana Rafalli...but overall ok la AJL kali ni..Semua artis pun tip top wat persembahan...masing-masing tak nak kalah..tapi adat la kan...mesti ada kalah & menang...Pada yang menang tu tahniah la...pada yang kalah tu..usaha lagi ye...mantapkan industri muzik tanah air kita....
Ini la senarai keputusan AJL25..redha je la ek..

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir -Hanyut

Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta

Lagu Tempat Ketiga : Noktah Cinta - Hafiz

Lagu Tempat Kedua : Drama King - Meet Uncle Hussin

Juara Lagu - Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafalli

 
 JUARA LAGU 

LAGU TEMPAT KEDUA
LAGU TEMPAT KETIGA/VOKAL TERBAIK


PERSEMBAHAN TERBAIK

Sunday, January 9, 2011

DEBARAN ANUGERAH JUARA LAGU ke 25

 Malam ini 9 Januari 2011 pada pukul 9 malam bertempat di Stadium Bukit Jalil bakal berlangsungnyer Anugerah Juara Lagu ke 25..Antara 14 buah lagu..lagu manakah yang bakal bergelar JUARA LAGU pada tahun ini???Ape kah gimik & kejutan-kejutan elektrik yang bakal terjadi nanti...Sama-sama lah kita saksikan nanti...Sambil tu jom kita tengok senarai LAGU & ARTIS  yang bertanding pada malam ini...

1.FAIZL TAHIR - HANYUT/SELAMAT MALAM
2.YUNA - CINTA SEMPURNA
3.BUNKFACE-EXTRAVAGANZA
4.TOMOK-BERLARI
5.A.P.I-PELITA
6.STACY-JAHAT
7.ANA RAFALI-TOLONG INGATKAN AKU
8.HAFIZ-NOKTAH CINTA
9.ADIRA-KU ADA KAMU
10.SHAHIR-KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
11.BLACK-SOFEA JANE
12.HUJAN-MENCARI KONKLUSI
13.MEET UNCLE HUSSAIN-DRAMA KING

Psssttt...ni ramalan aku yer...-JUARA LAGU -cinta sempurna -YUNA-
-PERSEMBAHAN TERBAIK-faizal tahir-
Korang pilih lagu mana??????

Azlan Typewritter Kahwin...


Lan, bekas vokalis Meet Uncle Hussain dan kini bersama band baru, Lan & The Typewriter baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama Normala Hassan pada 1.1.2011 dalam suasana majlis penuh meriah. Normala, menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta hantaran bernilai RM11,700 sebagai simbolik tarikh lahir Normala yang jatuh pada 7 November 1982.
Tahniah buat Lan & Normala yang kini sudah bergelar suami isteri. Kami pernah berjumpa dengan Normala, lembut je orangnya. Untung Lan dapat isteri yang cantik & pandai melayan. Ehem, Lan juga merancang untuk mendapat anak seramai tiga orang, namun masih belum menentukan lokasi percutian honeymoon mereka.
Lan, akan berentap di pentas AJL 25 pada 9 Januari ini bersama kumpulan A.P.I yang terdiri daripada Monoloque & Noh Hujan, dengan membawa lagu berjudul Pelita. Berikan sokongan kepada mereka, enjoice! 
CREDIT TEXT :OH BULAN

FACEBOOK BAKAL DI TUTUP 15 MAC ???

OMG!!!!!Adakah ini satu gimik yang di reka oleh Mark Zuckerberg???? Oh no....Jom baca nie...klau tak barape faham..sila rujuk kamus dwi bahasa ye...hihi..


PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs
at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet.

You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

 KREDIT POST TO :Weekly World News 

# Ape komen korang?? Facebook takde Blogspot ade..Twitter ade..Friendster ade..Skype ade..YM ade..semua pun ade maaa...
Mula dari sekarang keluarkan semua gambar -gambar & video or link korang yang ade kat Facebook tu yer..(termasuk la aku) Dah rasa macam nak 'tinggal/pindah rumah' lak..kena kemaskan semua barang sebelum keluar..huhu..

Sunday, January 2, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah!!!!!!!!!!


Pejam celik..pejam celik...esok dah mula persekolahan kan???Kejap je rasa cuti 2 bulan nie..heheh..cuti pun macam tak cuti kan..macam-macam yang nak kena buat..
Esok aku pun mula sekolah jugak...teacher kan..heheh...Macam mana la esok..harap-harap semuanya berjalan dengan lancar..harap-harap budak-budak semua ok...Tak mo nakal-nakal ye..tapi confirm akan ada yang nangis..biasa la,hari pertama kan...Aku lak kena ajar budak 5 tahun...tengokla camne esok..heheh..nebes...
Ape pun pada semua adik-adik yang bakal kembali ke sekolah esok...selamat bersekolah...belajar rajin-rajin ye..jangan nakal-nakal..dengar cakap cikgu ya..

Saturday, January 1, 2011

FAIZAL YUSUF BEKAS SUAMI SITI NORDIANA MENINGGAL DUNIA


Terkejut....tergamam & tak percaya bila baca status update seorang kawan kat Facebook tadi...
Pelakon Faizal Yusuf yang dahulunya ada lah bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana telah kembali ke rahmatullah kerana serangan jantung..beliau telah meninggal dunia pagi tadi di Pusrawi Kuala Lumpur..Semoga roh nya di cucuri rahmat..Alfatihah...

SELAMAT DATANG 2011!!!!!!!!!!!!!!

 Hi...
Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru semua!!!!!!
Hari pertama dalam tahun 2011..heheh..macam janggal je nak sebut 2011 ni..terpeleot lidah nak menyebutnye..heheh.. Erm..hari ni macam biasa..macam tahun yang lepas...(ala poyo macam lama sangat kan??)
Bangun je pagi terus mandi & siap-siap pergi Part Time sebab hari ni hari Sabtu..So aku kena masuk pagi..sampai la pukul 6 petang..Macam biasa.tak de ape yang berubah..semua nya sma..tapi mungkin semangat tahun baru..jadi agak excited sikit..heheh..
Semalam aku tido lambat..almaklum la..malam New Year kan..ape barang tido awal kan..hehehe..Kebetulan semalam rumah aku ada buat majlis makan-makan sikit sempena menyambut hari lahir @ birthday Makcik-Makcik & Adik-adik aku..huhu..ramai kan??..5 orang je sebenarnya..heheh..memang dah jadi kemestian pada tiap2 tahun tanggal 31 Disember dorang mesti celebrate kat rumah kecik aku ni..heheh..Tapi majlis ni hanya la majlis makan kecil-kecilan bersama keluarga je..bukan sambutan besar-besaran pun..tapi memang meriah klau dapat berkumpul sekali sekala macam ni..
Majlisnya bermula petang lebih kurang pukul 4 petang..Mak aku masak Nasi Ayam,Pulut Kuning,Daging Dendeng & Betawi..Pai Daging yang di sponsor oleh Dyan..Cheese Bread Pudding with Custard Sos yang ni aku buat..yummmy!!! Puding Jagung & buah-buahan..Kacang2 & segala jenis jajan..heheh..meriah sangat makanan nyer..nant ade masa aku uplod gambar..
patu dorang melepak kat rumah sampai la ke malam..
So malam tadi pas puas lepak kat umah..aku dengan my sepupu & my BF g la kuar jalan-jalan..ingat nak g tengok wayang kat Cineleisure Damansara..tapi kitaorang kuar rumah pun dah lewat..so tak jadi la..Sudahnya kita orang just berhenti kat tepi jalan bersama-sama dengan pemandu-pemandu yang lain tengok bunga api kat The Curve..heheh,,masa ni tak da picture..sebab tak bawak kamera pOn..:(
Pas habis tengok bunga api tu kita orang pegi makan kat Uptown Damansara yang lama tu..Pastu balik umah & tidOooo..heheh..penat sangat!!! Tu la serba sedikit aktiviti aku semalam..tak de yang menarik pun kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...