Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Monday, August 15, 2011

Nabil Raja Lawak Kahwin Nazira Ayub September 2011




Salam semua....
Haaaa..malam ni aku nak share cerita pasal artis yang nak kawin..bagus kan ramai artis sekarang dah open bila nak kahwin...tak sorok2 bila nak bina masjid..bagus la gitu kan..
Benda baik wajibla dikongsikan..;)...Baca tajuk pun dah tahu sape yang nak kawinkan..
Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, Nabil membuat pengakuan mahu mengakhiri zaman bujang apabila memilih bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebagai suri hidupnya.(Nampaknya Nabil bakal mengikut jejak Tomok yang memilih pramugari sebagai suri hidupnya...Tahniah diucapkan kepada Nabil dan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat...
Nabil raja lawak akan berkahwin dengan Nazirah Ayub pada September 2011. Tamatlah zaman bujung Nabil yang juga merupakan juara Maharaja Lawak musim ke 3. Nampaknya, hubungan percintaan Nabil dan Nazirah memang serius sehingga Nabil memutuskan bahawa Nazirah akan jadi pasangan hidupnya. Jika tiada halangan, pasangan tersebut akan berkahwin pada September ni. Majlis Resepsi nya pula akan dibuat di I-City Shah Alam pada 2 Oktober nanti.Mesti grand...huhu...


Saturday, August 13, 2011

Yusri KRU & Lisa Surihani Kahwin 2012

Rasanya semua pun dah tahu kan pasal gosip percintaan Yusri KRU & Lisa Surihani ni....
Dorang ni memang sweet & sepadan sangat...Terbaru khabarnya mereka akan mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan..Jom baca petikan dari Berita Harian..:

Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jinjang pelamin tahun depan.

Walaweeiiii...musnah la harapan gadis-gadis & lelaki-lelaki kat luar sana nun(termasuk aku)huhuhu........
Yusri & Lisa dah nak kahwin...
Doa-doakan la kebahagiann dorang yer...;)
Semoga berbahagia saampai ke akhir hayat..amin...

P/S :Wedding of the next Year 2012... sure grand sih..





Jenis Jenis Pelangi Di Dunia

Salam semua..
Hari ni aku nak share dengan korang semua pasal pelangi..dulu aku ingat pelangi ni sama je...rupa-rupanya pelangi ni ade macam-macam jenis...
Pelangi merupakan salah satu pemandangan indah yang jarang2 kita lihat. Ia ada prosesnya tersendiri menyebabkan pelangi terjadi. Jika lihat bentuk pelangi yang melengkung di langit biru tu muncul oleh kerana pembiasan dari sinar matahari ketika hujan. Biasanya pelangi dapat dilihat di kawasan pergunungan, ketika mendung atau selepas hujan yang beru berhenti. Pelangi merupakan satu2 nya gelombang elektro magnetik yang dapat kita lihat. Ia terdiri daripada beberapa spektrum warna seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu yang hanya boleh dilihat dari mata kasar..Cara untuk saya mengingati susunan warna pelangi ialah melalui rangkap ayat ini "Michael Jackson Kata Hidup Bujang Itu Untung."hehe.
Warna merah memiliki panjang gelombang yang paling besar manakala ungu pula memiliki panjang gelombang yang paling kecil. Kalau hendak mudah, cuba amati ketika sinar matahari mengenai cermin, tepi gelas prisma atau atas permukaan buih sabun. Di sini juga kita dapat melihat pelbagai warna menerusi cahaya ini. Sebenarnya pelangi terjadi ketika cahaya putih dibiaskan dan pada ketika itulah gelombang cahaya yang dilihat oleh mata kita menampakkan pelbagai warna ini wujud. Panjang gelombang cahaya ini membentuk pita garis2 parallel dan tiap2 warna akan membias dengan warna di sebelahnya. Pita ini dinamakan spektrum. Di dalam spektrum, garis merah selalu berada pada salah satu hujung dan ungu pula di sisi yang lain di mana ia ditentukan oleh perbezaan panjang gelombang.

Ketika melihat pelangi, ia sama je bila kita melihat spektrum warna. Lebih jelas lagi ialah pelangi adalah spektrum warna yang melengkung besar disebabkan oleh pembiasan cahaya matahari. Ketika cahaya matahari memancarkan pada titisan air, ia sama seperti menembusi prisma kaca. Jadi di dalam titisan air ni kita sudah mendapatkan warna yang berbeza dari satu ke satu titisan air yang lain. 
Kat bawah ni antara jenis-jenis pelangi yang terdapat kat dunia ni...jom kita tengok....

1. Classic Rainbows: 
  
2. Circular Rainbows:

3. Secondary Rainbows:
  
4. Red Rainbows:
5. Sundogs:
  
6. Fogbows:
  
7. Waterfall Rainbows:
  
8. Fire Rainbows:
  
9. Moonbows:
     
 Cantikkan ciptaan Allah SWT...

 credit : Info dari Catatan Ilusi  & Darxniq








Wednesday, August 10, 2011

Luahan Hati Elia (Bekas Tunang Khairul Fahmi Che Mat)

Salam semua..
Masa aku blogwalking kat blog Elia aku terbaca satu post ni...Meh aku share kan kat sini ye...sedih gak bila baca kisah Elia ni...Semoga sentiasa tabah & kuat dalam menghadapi ujian hidup...jangan risau..Elia masih muda..perjalanan pun masih jauh lagi...putus tunang bukan bermakna putus harapan & hala tuju hidup kan?? bangun dan kuatkan semangat ya...banyak lagi benda penting yang boleh Elia lakukan...tunjukkan pada semua orang yang Elia mampu jadi yang terbaik satu hari nanti...Percaya la...Allah dah tetapkan yang terbaik untuk setiap hambaNya...redha je la yer...:) itu yang terbaik................





Bismillahirrahmannirrahim....
Salam semua.. firstly elia nak minta maaf kalau dah lama tak meng-update blog kesayangan hamba ni. Bukan apa, saya ada beberapa exam atau test2 penting yang perlu diutamakan. Dah berminggu-minggu jugaklah tak online. Saja meng-away-kan diri dari dunia luar untuk dapatkan ketenangan dan focus. Yelah kebetulan ketika dugaan berat menimpa ni, ada berlambak pulak quiz dan test2 penting untuk dihadap. So, nak tak nak kenalah dahulukan yang penting dulu ye dop?
Ya Allah.. peritnya nak buat entry kali ni.. entry yang paling perit pernah saya karang. Setiap jari jemari ini menaip, setiap kali itu saya cuba menahan sebak di dada dan takungan air di kelopak mata ni. Perit.. cukup perit hanya Tuhan yang tahu. Namun saya kena kuatkan diri menaip entry ini dan sekaligus beritahu kepada semua orang. Kawan-kawan sekolah, rakan-rakan baik, rakan cyber dan semua yang mengenali diri ni.
Seperti yang anda sedia maklum, saya dan MIA (mungkin ini kali terakhir akan guna this nickname dalam blog ni) dah putus tunang. Walaupun belum secara officially mengikut adat, but hakikatnya memang bagi saya kami dah tak ada apa-apa hubungan. Perkara yang saya lalui ni sangat perit dan bukan perkara kecil. Sepanjang hidup selama 22 tahun ni, ini merupakan dugaan terbesar yang pernah saya tempuh. Siapa yang tak sedih bila baru 2 bulan mengecapi kebahagiaan bergelar tunangan orang dan tak sampai 4 bulan lagi kami bakal menjengah ke alam perkahwinan, namun impian itu terputus di tengah jalan dan tak berakhir dengan cara yang diharapkan.
Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love.
Seperti yang pernah saya sebut sebelum ni, dugaan yang menimpa diri ini memang diakui dugaan yang terbesar pernah saya tempuhi sepanjang usia 22 tahun ni. Terlalu banyak kesakitan dan keperitan yang terpaksa dilalui dalam masa sebulan ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. dikhianati, ditipu, difitnah, dihina, dikeji, dipandang serong dan macam-macam lagi terpaksa saya telan walau sepahit hempedu.
Namun, disebalik segala kedukaan ini saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana Dia telah memberi ujian sebegini.Setelah melakukan solat istiqharah dan beberapa solat hajat, akhirnya Engkau beri petunjuk dan membuka “hijab” yg selama ini tertutup. Alhamdulillah kerana telah memilih hambamu yang serba kekurangan ini untuk diuji dan diberi petunjuk. Dan dengan ujian ini telah menjadikan saya lebih kuat dan tabah dari hari-hari sebelum. Saya yakin ada hikmah disebalik segala kejadian ni. Kebenaran itu walau pahit dan sukar diterima namun itu semua ketentuanMu. takdirMu ku terima dengan hati yang terbuka. Aku redha dengan segala yang telah Kau rancangkan ke atasku.
Selain itu, saya nak panjangkan ucapan terima kasih kepada keluarga tersayang yang telah banyak memberi sokongan sepanjang saya melalui frasa yang sukar ini. Terima kasih di atas doa dan nasihat yang tak putus-putus. Saya bersyukur sangat sebab ada keluarga yang sangat memahami dan mengambil berat soal diri ni. They've been by my side the whole time. Without them, i don’t know what would happen to me. Walaupon ada segelintir yang kurang berpuas hati dengan cara mereka meluahkan perasaan tapi pernah tak korang cuba letakkan diri korang di tempat mereka? Jika darah daging kamu sendiri disakiti, adakah kamu akan berdiam diri? I don’t know about u but other people have different ways of dealing things. So i would pretty much appreciate it if you guys berhentilah mengata atau menghina keluarga saya. Tapi if korang nak mengutuk juga terpulanglah. Kubur masing-masing, dosa tanggung sendiri ye dop?
Sekalung ucapan jutaan terima kasih buat rakan-rakan rapat yang caring about my situation and condition. Kalau nak sebut satu-satu memang sampai esok pon tak habis. Ramai sangat. Terkejut bila buka inbox penuh dengan messages dari anda semua. Ada yang short and simple ada yang panjang macam cerpen pon ada. Ketahuilah anda semua bahawa saya telah membaca setiap coretan anda. Terharu yang tak terhingga sampai ada yang buat saya menitiskan air mata membacanya. Ada yang bagi kata-kata semangat, tips, keratan doa untuk diamalkan, ada yang kongsi pengalaman dan banyak juga yang memberi nasihat dan teguran berguna. Terima kasih yang tak terhingga Elia ucapkan kat anda semua. Kakak,abang,adik,aunty and uncle semua. Kata-kata korang sedikit sebanyak telah menguatkan elia dan buat saya tabah dan redha dengan segala ketentuan ini. Maaf sangat kalau saya tak dapat nak balas semua msg korang sebab terlalu banyak. Tapi ketahuilah semua bahawa saya hargai setiap satu coretan korang. Kalau boleh saya nak peluk korang semua (perempuan je la ye..laki2 jgn nak gataii)..betapa korang berjaya menyentuh hati elia. Sayang korang semua tau!
Tak lupa juga buat Haterz dan mereka-mereka yang menangguk di air yang keruh diluar sana, yang tak putus2 menabur kata-kata kesat, fitnah, sindiran dan kutukan kepada saya atau orang disekeliling saya. Terima kasih juga pada anda sebab anda telah membuat Elia makin kuat dan tabah dalam menempuhi dugaan hidup. U guys make me even stronger than ever! Alhamdulillah dan terima kasih sebab menambahkan pahala amalan saya di bulan yang mulia ini. Segala kata-kata anda saya balas dengan senyuman dan ungkapan “Alhamdulillah”. that is what my mum always taught me when ppl say bad things about us.
Saya berharap segala kedukaan ni akan hilang dan Allah akan gantikan dengan keceriaan di masa yang akan datang, insyallah. Elia juga doakan semoga anda semua tidak akan melalui pengalaman yang sama seperti saya kerana percayalah, apa yang saya terpaksa lalui ni terlalu perit dan sadis. I wish none of you have to face this kind of situation in the future.

Sinopsis Ramadhan Terakhir -Slot Samarinda TV3

Salam semua...
Aku baru je layan drama ni...Jujurnya,episod pertama yang bermula siarannya pada 26 Julai 2011 yang lalu aku tak tengok langsung...aku start layan bila kawan sekerja aku rekomen suruh tengok ...katanya,drama ni best...so aku pun try la layan..masa  tu episod kelima kot..
Aku teruja & kagum tengok lakonan Fazlina Ahmad Daud yang membawa watak Mazni seorang ibu yang sangat sosial & moden,berkesan sungguh...Rasa 'fresh' dapat tengok muka baru (walaupun dia dah lama dalam bidang ni kan)..Takde la tayang muka pelakon yang sama je kan...'Mazni' ni jugak la punca- aku nak tengok & tunggu drama ni setiap hari Selasa sampai Khamis pukul 10.30 malam..Suka sangat tengok muka & watak dia..walaupun garang & sometimes daring...Aku sukaaaa..:)
Kalau ade yang tak tahu,Fazlina ni merupakan adik kepada pelakon hebat Ogy Ahmad Daud...(sama berbakat macam kakak dia kan??) Kalau nak tahu lebih lanjut pasal drama ni...sila baca sinopsis yang aku kongsi dari syaisya.com..thnxs ya syaisya...

PELAKON RAMADHAN TERAKHIR
 Esma Daniel (Hisham)
Fazlina Ahmad Daud (Mazni)
Tasha Shilla (Sakinah)
Aeril Zafril (Daniel)
Eyka Farhana
Nur Anzalna

PENGARAH
Ungku Ismail Aziz

SINOPSIS RAMADHAN TERAKHIR
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mampu untuk bertahan selama beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula di isi oleh Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham? 

Sama-sama la kita tonton apakah kesudahan drama ni yer...aku sendiri pun tak sabar nak tengok...(walau pun pada firasat & tekaan aku-"semua orang akan insaf & menyesal akhirnya..";) terutamanya Mazni...
kan..kan..kan...???hihihi...


Lirik Lagu Jangan Lupa Nama Ku (OST-Ramadhan Terakhir)

Lirik Lagu Jangan Lupa Namaku- Pompa Bensin

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu
Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu


Thursday, August 4, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

 Salam semua...
Pejam celik,pejam celik tak sangka dah 4 hari kita berpuasa...
Cepat betul masa berlalu...lepas ni masing-masing sibuk nak buat persiapan menyambut Hari Raya pulak kan??
Alhamdulillah setakat ni tiada lagi halangan semasa berpuasa...heheh..harap-harap dapat la aku menjalani ibadah puasa kali ni dengan sempurna...Korang pulak macamana??
Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia ni...Sama-sama la kita meningkatkan amal ibadat....Selamat Berpuasa semua...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...