Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Friday, December 23, 2011

Nak Kurus???? Minum Air Banyak-Banyak...!!!!!!!

Salam semua...
Teruja tak baca tajuk kat atas???
Ade sape-sape tak yang nak kurus??? Sila angkat tangan macam saya..hihi...
Sebelum ni mesti korang pernah dengar atau terbaca artikel tenteng minum air pun boleh kurus??? Boleh ke macam tu??
Meh sini aku share ape yang aku baca tadi....

Kuruskan?????
-Ada kajian yang mengatakan minum banyak air dapat meningkatkan metabolisma badan sebanyak 30%...(hebat kan?????????????)
-Untuk merangsang lagi penurunan berat badan,anda digalakkan untuk meminum 8 gelas air sehari..tapi kalau anda mempunyai berat badan yang berlebih-lebihan..anda digalakkan untuk minum lebih daripada 8 gelas sehari...
-Anda juga digalakkan minum lebih dari 8 gelas air sehari jika anda tinggal dikawasan yang beriklim panas & sering melakukan aktiviti bersenam..
-Minum air juga baik untuk kesihatan kulit kita...ia dapat menjadikan kulit kita lebih sihat & 'glowing' gituuu...
-Selain itu otot badan kita juga akan lebih mudah 'bekerja' bila kita melakukan aktiviti senaman secara tak langsung body kita akan lebih 'terbentuk'.

Tips Kalau NAK Kurus dengan cara minum air :
* Mulakan pagi anda dengan segelas air.
*Minum segelas air sebelum waktu makan.
*Lebih baik minum air SUAM dari air SEJUK.
*Tambahkan hirisan lemon atau limau nipis bagi anda yang tidak gemar rasa air kosong.
* Elakkan minum air SEBELUM tidur.
Meminum air adalah cara yang murah dan amat berkesan untuk menurunkan berat badan, tetapi anda perlu lah menambah beberapa diet dan senaman untuk membuat penurunan berat badan anda cepat & berkesan...:)

Good Luck ya!!!!!!!!!!

Contest Kenali Bloggers

Salam semua....
Wawawawa...kan dah kata...kalau dah mula memamg susah nak berhenti kan......
Ni la dia...kan dah ter'join' Contest Kenali Bloggers ni....heheh....
So kali ni Aida nak join contest yang dianjurkan oleh wANNy ni....
Tarikh tutup nyer pada 25 Dec 2011 dah tak lama je lagi lagi...so cepatttttttt ya join contest ni...

 ..Nyatakan 10 perkara tentang awk..jangan bohong..tolong jujur..

1) Suka makan.....
2)  Suka tidoo~Malas sgt kan....??
3) Suka dengar muzik.....
4) Suka warna HITAM & PINK....
5) Suka masak -sebab suka makan kan...;)
6) Mudah gelak& ketawa...(bila ade yg buat lawak la....)
7) Suka Perfumes.....
8) Tak suka ditipu & menipu.....
9) Hobi : suka baca novel,suka berFB,suka lepak2..
10) Sudah bertunang (baru jerrr)..i loVe my Mr Fiancee...<3


Perkara2 yang awk ingin tanya pada wanny-terbuka=tak kisah nk tanya apapun.berapa pun takpe wanny akn jawab,,nilah masanya temu ramah wanny hehe...
1) Berapa kah ketinggian & berat badan cik Wanny ni??...
 2) Agak2 nya bole ke Aida menang GA ni cik Wanny???...hehehe....

Hehehe..sila sila jawab Cik Wanny....

Sekarang Aida nak Tag 2 orang yang bertuah untuk join contest ni..

Cuti-Cuti Holiday

Salam semua...
Fuhh...agak lama jugak aku dah tak join GA~Contest or ape saje yang berkaitan dengan nyer ni....So kali ni aku nak start join balik contest-contest ya g di anjurkan oleh kawan-kawan kat blog ni....
So lets check it out....


Kalau ade sesape yang berminat nak join....korang bole klik kat SINI...So simple...follow je arahan nya..;)

Jom ramai-ramai join...sure meriah....:P 
Cam gatal je tangan ni TAG kawan-kawan...so nasib la yer sape yang kena tag tu...join la...bukan susah beb..;) hahaha...I'm sorrrrrrrry.....:P


Good Luck ya...;)

Wednesday, December 21, 2011

Duit Baru RM50 Tahun 2012

Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharui.. TERBAIK!!!! cantikkkan???


Tuesday, December 20, 2011

Kelebihan & Fadhilat Surah Yaasin

 HEBATNYA YAASIN..
 
Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri

Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah; memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 – Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok 
selepas baca disemburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba Tiupan ke-dua – Hancur Tiupan ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang
bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”

(Ayat 78 dan 79)
- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan pesakit mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahualam.
Elok dibaca
1. Selepas sembahyang subuh

2. 3 pagi Jumaat berturut-turut

3. Ayat 1 – Yassin baca 7x

4. Ayat 38 – 12x

5. Ayat 58 – 7x

6. Ayat 82 – 14x

7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.

8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.

9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam....

Saturday, December 17, 2011

Gay Melayu...Oh Ariff Alfian Rosli....

Salam...
Terkedu..terkelu...terkejut...geram..bila baca pasal mamat sorang ni...
Memang dasar tak kenang budi...tak tau di untung....Nak kata bodoh pelajar cemerlang kot masa SPM... Korang tengok la sendiri gambar gay Melayu ni berkahwin, siap berbaju Melayu dan bersamping pastu bercium dengan kekasihnya. Ariff yang berumur 28 tahun adalah pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

Tetapi hasrat bapanya melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Kesian pulak kat ayah dia seorang pesara tentera laut apabila dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama. 






Kredit & thnxs to :Budak Botak :)

Like Father Like Son ( Anak Bapak )

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....Kan..kan..kan????

Alololo...tomei je..sama cam abahnyerr....

Tecik-tecik dah ade bakat...jgn merempit sudaaaa....

Mau jadi HULK ke???

Pengganti "Man Kedal "

Animal Lover

Susu baik utk kesihatan...daddy...oppsss...not good!!!

Ambooiii....bOlat Mata ko ek...

Merokok & arak  membahayakan kesihatan...

Tatoooo...Sapenyer lagi cOol??

Thursday, December 8, 2011

Kelebihan Inai

Salam semua.....
Apa khabar korang semua..
Kali ni aku nak berkongsi pasal kelebihan daun inai (henna)....
Semasa entry ni ni di type...aku sedang menginaikan rambut..huhuu...so aku pun meng"GOOGLE " la kebaikan daun inai ni....jom kita baca yok...;)
Daun Inai
Terdapat beberapa hadis yang berkaitan dengan Inai & uban....antaranya:

 Hadith: 

1. "JANGANLAH KAMU MENCABUT UBAN KERANA IANYA ADALAH CAHAYA ISLAM. BARANGSIAPA SEHELAI RAMBUTNYA MENJADI UBAN DI DALAM ISLAM, DITULIS UNTUKNYA SATU KEBAIKAN DAN DIAMPUNKAN SATU KEJAHATAN DAN DINAIKKAN SATU DARJAT" diriwayatkan oleh Abu Daud.

2. "SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK UNTUK MENUKARKAN WARNA KEPUTIHAN RAMBUT ADALAH DENGAN INAI" diriwayatkan oleh At-Tirmidzi. 



Inai telah lama digunakan di negara-negara timur sebagai pewarna semulajadi. Nama botanikalnya ialah lawsonia inermis. Daun inai diambil daripada pokok inai 3 kali setahun dan yang terbaik adalah pada bulan Mei dan Jun. Ia digunakan untuk kecantikan dan boleh dibuat lakaran pada anggota badan seperti tangan dan kaki yang boleh ditanggalkan. Maharaja dan ratu Parsi menggunakan inai sebagai skrub badan. Ratu Egypt, Cleopatra pula menggunakan inai untuk kecantikan
rambutnya. 

Amnya, inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan. Ciri2 perubatan inai:
- boleh melarut
- sejuk dan kering.
Di antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama seperti perubatan moden. Kegunaan inai:- 

1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk.
Kelebihannya:
-Mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan kehilangan bendalir
- Mengurangkan jangkitan/infeksi 
2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.

3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan hidung.

4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran 4 paket inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang terlibat, biarkan seharian, dan amalkan selama sebulan. Kelebihannya: 
- Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi
- Mencantikkan kulit kaki
- Melambatkan kesan pada saraf

6. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal2 dan kurap menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

7. Merawat kanak2 yang menghidap demam campak/cacar air menggunakan ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.

8. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan minyak zaitun selama 5 hari.

9. Membetulkan pusingan haid / darah penyakit menggunakan inai serbuk dengan minyak zaitun dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu. 


 10. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 oz cuka.

11. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk
dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.

12. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik ("shower cap" dan biarkan selama 3 jam atau lebih. Kelebihannya:
- Menguatkan akar rambut
- Memberi kilauan pada rambut
- Menghilangkan kelemumur
- Melembut dan memelihara rambut
- Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
- Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur 

13. Kelebihan menginaikan muka/anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/anggota lain, biarkan selama ½ jam atau sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari.
Kelebihannya:
- Melindungi kulit dari cahaya matahari
- Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2 minggu)
- Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
- Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih.
 Antara khasiat lain daun inai.....

Khasiat Daun Inai untuk Kecantikan.
Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.

-Khasiat Daun Inai Menghilangkan rasa panas terbakar api, dengan membalurkan "daun inai" yang telah ditumbuk halus.

-Khasiat Daun Inai Menyembuhkan luka pada mulut dan lidah tersayat, dengan mengunyah "daun inai".

Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

Khasiat Daun Inai atasi GUSI BERDARAH.
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.
P/S :sejuk gak bila tempek inai kat atas kepala...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...