Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Tuesday, August 4, 2015

Teh Serai untuk redakan Senggugut

Salam semua...
Attention to wanita wanita dan gadis gadis kat luar sana.. Pernah kena senggugut?? Sakitkan?? Aku baru jer terjumpa cara untuk meredakan sakit tuh..Cer korang try buat Teh Serai..yer serai..yang selalu korang letak lam TomYam dan rendang tuh..Senang jer caranyer..
Bahan bahannya:
*Serai (ikutla berapa batang nak letak..aku suka letak banyak..dlm 5-6 batang)
*Gula perang@gula merah@gula pasir(sesuai selera) xyah manis sgt..lite lite jer k..
*Halia (pun ikut suka korang nak letak banyak mana..aku suka banyak..so aku letak seketul besar halia..)

Caranya..senang je...korang letak semua bahan bahan tadi dalam periuk besar...letak la air dlm 1 or 2 liter rebuslah segala bahan kat atas tadi sampai mendidih..bila dah suam suam boleh la diminum..
Insha Allah..semoga Allah kurangkan sakit senggugut korang..pastu boleh la korang tido dengan aman dan damai...^_^



Kat bawah ni aku Share kan sikit tentang Khasiat Serai.Baca la kalau korang rajin yer..
-----------------------------------------------------------

KHASIAT SERAI
Berikut ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:

- Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

- Ubat gangguan pencernaan
Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

- Detoksifikasi
Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

- Manfaat pada sistem saraf
Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
    
 - Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.

- Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.

- Kulit indah
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

- Kesihatan wanita
Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

- Menyegarkan dan Menyejukan
Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.



So...apa lagi...cuba cubalah buat Teh Serai ni k...Good for your health bak kata orang putih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...