Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Tuesday, August 4, 2015

Teh Serai untuk redakan Senggugut

Salam semua...
Attention to wanita wanita dan gadis gadis kat luar sana.. Pernah kena senggugut?? Sakitkan?? Aku baru jer terjumpa cara untuk meredakan sakit tuh..Cer korang try buat Teh Serai..yer serai..yang selalu korang letak lam TomYam dan rendang tuh..Senang jer caranyer..
Bahan bahannya:
*Serai (ikutla berapa batang nak letak..aku suka letak banyak..dlm 5-6 batang)
*Gula perang@gula merah@gula pasir(sesuai selera) xyah manis sgt..lite lite jer k..
*Halia (pun ikut suka korang nak letak banyak mana..aku suka banyak..so aku letak seketul besar halia..)

Caranya..senang je...korang letak semua bahan bahan tadi dalam periuk besar...letak la air dlm 1 or 2 liter rebuslah segala bahan kat atas tadi sampai mendidih..bila dah suam suam boleh la diminum..
Insha Allah..semoga Allah kurangkan sakit senggugut korang..pastu boleh la korang tido dengan aman dan damai...^_^



Kat bawah ni aku Share kan sikit tentang Khasiat Serai.Baca la kalau korang rajin yer..
-----------------------------------------------------------

KHASIAT SERAI
Berikut ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:

- Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

- Ubat gangguan pencernaan
Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

- Detoksifikasi
Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

- Manfaat pada sistem saraf
Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
    
 - Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.

- Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.

- Kulit indah
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

- Kesihatan wanita
Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

- Menyegarkan dan Menyejukan
Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.



So...apa lagi...cuba cubalah buat Teh Serai ni k...Good for your health bak kata orang putih...=)

Saturday, April 25, 2015

23 April 2015 .Im officially turns 30..Happy Birthday to Me!!!

Salam semua...
Harap semua sihat sihat hendaknyer yer...
Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan untuk menjengah blog usang ni...
Lama nau tak menjengah...biasala..penyakit malas campur lak dengan blur tak tau nak tulis apa..
Heee...walaupun sebenarnya  banyak jer idea nak ditulis dan dikongsikan..
Sekarang just nak bagitahu 23 April 2015 yang lepas aku dah selamat menjangkau umur yang 30 tahun yer..
Alhamdulillah..dah masuk 3 series..Kalau ikutkan banyak lagi impian dan harapan yang belum tercapai...
Tapi tak pe la..Allah Knows the best right?
Im so blessed with my life now..Alhamdulillah...
 
Kerana mereka berdua la aku ada di dunia ni..Terima Kasih emak..Terima Kasih ayah.. 
Ni masa celebrate kat my Workplace dengan anak anak murid..cute kan dorang?

30 Yrs old ^_^

love...



Monday, September 15, 2014

JK1M #3 Week 1 Session 1

13 September 2014 
Sabtu
Salam semua...
Harini 1st sesi untuk JK1M musim ke 3..
Tempat berkumpul di Taman Tasik Cyberjaya..
Start gathering pukul 8.00 pagi..hujan renyai renyai..
So Coach Cem decide semua berkumpul di Auditorium kat Tasik tu...
Bermula dengan sesi Ice Breaking...sesi pengenalan...
Kenal kan nama memasing...dari mana dan Kenapa join JK1M musim ke 3 ni..
Lepas tu Coach Cem bahagikan kami kepada 2 kumoulan..which is Sexy dan Hot...
Aku masuk kumpulan Hot...kawan baik aku Fana masuk kumpulan Sexy...
Opss lupa pulak..time ni berat pertama kita orang di ambil..
Berat aku 70.7kg...haaaaa...amikkk ko...berat... =(
So after semua dah dapat kumpulan dan timbang berat badan..
Kita orang gerak perg tepi tasik..sebab ada sesi menguji ketahan fizikal memasing dengan our partner..sambil lengkapkan form Assestment Physical tuh..
Coach Cem ajar buat Push Up, Plank,V-Pose Star,Squat dengan cara yang betul...errr...selama ni aku buat cara yang slaah walaupun gaya macam betul...hahah..^_^*
Lepas selesai ujian fizikal tu..Coach cem suruh kita orang semua lari pusing satu Tasik Cyberjaya tu dalam masa 12 minit..haaa...nampak macam kejam kan...huhu..kataa nakkk kurus...Tapi sebenarnya..Coach nak tengok ketahanan jantung memasing...Aku dengan Fana dapat buat 15 minit satu pusingan tasik...Semput ko!!!!
Habis pusing tasik..kita orang ade briefing oleh Coach Cem..Time ni Coach bagi tau kalau kita orang tak turun 1kg untuk 1 minggu..kita orang semua akan didenda membayar RM10 kepada Booo..(Boo ni nama tabung yang Coach Cem lancarkan) selain tu jugak..end of the 6 weeks tu..Group mana yang kalah..which means yang berat ahlinya nyer yang berapa nak turun banyak akan didenda untuk Hostkan dinner pada Group yang menang...
Sebenarnya tu semua adalah untuk memotivate kan semangat kita orang..so semua peserta mestilah mengingatkan antara satu sama lain tujuan dan matlamat untuk kurus dan sihat dalam program nih..bijakkm kan Coach Cem tuh...
So..tu je la untuk sesi pertama JK1M musim ketiga ni..
Jumpa esok untuk Sesi Kedua..Nutrition Talk..
Daaaa...

P/S :nah aku blanja gambo sekeping dua...♥
Me & Fana

Plank

Jom Kurus 1 Malaysia Season 3 (JK1M3)


Bismillah..Assalamualaikum...
Esok 13 September 2014..adalah hari pertama aku join Program Jom Kurus 1 Malaysia untuk musim ke 3 (JK1M#3)
Doakan yer semoga aku berjaya menurunkan berat badan yang berlebihan nih...mihmihmih...^_^
Teruja nak join aktiviti yang dorang sediakan untuk 6 minggu akan datang..
Ok buat yang belum tahu..Program ni adalah anjuran Pakar Diet dan Kesihatan terkenal Kevin Zahri...Diadakan serentak satu Malaysia..korang bole pilih kawasan mana yang korang nak atau suka...
Macam aku..aku pilih kawasan Cyberjaya..walaupun aku dari Puchong..huhu..ikut suka hati aku la kan...Aku join ni pun sebab my kawan baik Farhana yang ajak join..nak kurus katanya...hihi..
Buat pengetahuan semua..Program ni berbayar ya..bukan free..Yuran adalah berbeza mengikut kawasan atau Team Leader...macam kat Cyberjaya ni yuran nya RM390 untuk 6 minggu..
Ok..Team Leader(TL) untuk Cyberjaya adalah Coach Cem..
Lelaki ya uolsss..happening..fun n kelakar orangnya..buat masa ni..senang la berurusan dengan Coach ni..yang pentingg tak 'kerekkk'...haha..sebab my best friend pernah servey..ade TL yang kerek...hahaha..
Ok..Coach Cem buat program ni setiap hujung minggu..which mean..Sabtu dan Ahad...

Start 13 September 2014 sehingga 25 Oktober 2014
Jadi..sama sama la kita tengok...mampu ke tak aku menurunkan LEMAK yang dah lama aku bawak ke hulu hilir ni..muahahaha...*_*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...