Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Monday, January 9, 2017

Pantang larang ketika datang Haid

Hi semua..ok ni ade la serba sedikit pantang larang ketika datang haid or period..Kalau ada lagi pantang pantang tu i will upload later..
  1. Jangan minum air ais, air bergas, dan air kelapa. Semua minuman sejuk tidak boleh diminum kerana boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim. Selepas 5-10 tahun akan menyebabkan kanser rahim. Minuman bergas separti cola, pepsi dan apa saja yang bergas adalah tidak digalakan sama sekali diminum ketika haid. Malah air kelapa juga tidak boleh diminum disaat sedang datang haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim anda sejuk. 
  2. Jangan memcuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka ketika datang haid dan boleh menyebabkan sakit kepala/ kepala masuk angin. Sakit kepala ini boleh dirasa orang muda dan tua. Jika ingin mencuci rambut perlulah menggunakan air panas/suam, dan segera keringkan menggunakan pengering rambut. Anda juga digalakan mandi air panas/suam ketika datang haid. 
  3. Jangan makan timun ketika sedang period kerana getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim. 
  4. Ketika haid tubuh tidak boleh terhantuk, terjatuh, dan terpukul dari benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, rahim boleh terluka.
  5. Jangan makan panadol/ ubat tahan sakit ketika haid. Anda sepatutnya mengamalkan minum air suam. Seseorang yang mengamal minum air suam akan kurang merasa sakit ketika haid, malah tidak merasa sakit perut lansung. Makan panadol ketika haid menyebabkan anda senang keguguran. 

Cara naik LRT dari Puchong ke Kenanga Wholesaler Centre.

Haa..tajuk bukan main kan..Macam nak mengajar olak bunyi nyer..Hee..bukan apa saja jer nak share pengalaman sendiri naik LRT tadi.Ni first time aku naik LRT dari Puchong.
Sebelum ni kalau nak KL, terutamanya kalau nak ke Sogo atau Jalan TAR aku akan parking kereta dan naik di Sri Petaling.Tapi since LRT Puchong/Putra Height dah mula beroperasi aku nak cuba naik dari Puchong la pulak..lagi dekat dengan kawasan rumah aku..So kalau dari Puchong ni..kita bole pilih ler nak amik LRT dari Puchong Prima atau Puchong Perdana..Jadi untuk hari ni..aku pilih nak naik dari Stesen Puchong Perdana.
Sesampai nyer di stesen..korang perlu la yakni wajib yer untuk membeli tiket..err tapi bukan tiket..dorang dah pakai token dah sekarang ni.Korang kena beli token ni kat Mesin yang di sediakan ya.
Memula korang kena pilih laluan yang korang nak pergi.Macam aku hari aku nak pergi ke Kenanga Wholesaler Centre tu..jadi stesen yang berhampiran ialah Stesen Hang Tuah.Mesin akan paparkan harga untuk token..so korang bole bayar guna syiling atau duit kertas.
Tambang ke Stesen Hang Tuah rm 3.80..aku pilih laluan sehala.So nanti balik aku beli lagi token utk balik.Sama jugak rm3.80 lagi..pergi balik korang kira la sendiri..hahha...Dah beli token..jangan lak ko simpan dalam beg waima poket korang..haha..token tu ko kena scan yer kat pintu /laluan masuk..lepas scan baru la ko simpan token tu dalam beg atau poket atau tempat yang korang rasa selamat..kena simpan bebaik tau sebab nanti dah sampai ke stesen yang ditujui..korang kena masuk kan token tu dalam mesin untuk laluan keluar..faham?? Kalau tak faham..sila tanya kaunter. 
Ok..dah scan token untuk masuk..pastu ikut la signboard Laluan ke Sentul Timur..platform 1..jangan korang pegi platform 2 lak..kang tak sampai KL..sampai ke Putra Height plak..haha..kalau confused sila ringan kan mulut tanya kat kaunter lagi ya.
Pastu sila la tunggu LRT korang sampai..Tak lama pun tunggu LRT ni..kejap je dah sampai..Sempat la aku amik selfie sekeping dua..haha..
Lrt dah sampai apa lagi..sila la naik dan enjoy the ride.Perjalanan dari Puchong Perdana ke Stesen Hang Tuah mengambil masa 1 jam.
So aku gerak pukul 1235 tengah hari..Sampai KWC dalam pukul 130 tengah hari..so baik isi perut dulu sebelum shopping.Dekat KWC ni ada banyak tempat makan.Ada restoran makanan segera macam Marrybrown,Subway,Oldtown Kopitiam dan banyak lagi.Tapi aku decide nak makan kat Food Court kat tingkat 7..dulu ada pernah baca satu blog..dia kata Food Court tu tak halal..tapi tadi aku pergi ada bahagian Halal & Non Halal.
Lepas kenyang isi perut baru la ada tenaga nak tengok tengok barang.Memacam ada kat KWC ni..mak bapak je dorang tak jual..hahaha..yang lain semua ada..Dari barang make up,baju,seluar,baju kanak kanak, tudung,jubah, blouse,skirt,jaket,cardigan,kasut,beg tangan semua nyer la..u name it..harga jangan kira la beli lebih 3 dah boleh dapat harga borong.murah murah yer..bole dapat separuh harga tu..Jadi kalau nak ke KWC ni make sure dompet korang penuh..Berbaloi baloi ya..sesuai sangat kalau nak buat stock untuk meniaga.
Aku ke KWC ni sebab nak mencari baju kanak kanak untuk budak budak tadika aku.Kan dah dekat nak consert hujung hujung tahun ni kan.Dapat la murah sikit sebab beli banyak kan.Boleh la jimat sikit. Tapi tak beli pun hari ni..just survey survey jer dulu. Harga bole tahan..memang berbaloi kalau beli banyak.
Oh ya, dekat sekitar bangunan KWC ni pun ada banyak kedai kedai borong jugak..tapi kebanyakkan kedai kat luar KWC ni tak jual sehelai sehelai atau satu satu..dorang hanya jual pada pemborong. So cuci mata je la yer..=) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...