Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Saturday, February 26, 2011

Kenali Bentuk Muka Dan Bentuk Bingkai Kaca Mata Yang Sesuai

Assalamualaikum semua..hi...diharapkan korang semua sihat-sihat la ye...Kali ni aku nak kongsi tips bagaimana nak memilih bingkai kaca mata (frame) yang sesuai dengan bentuk muka..Honestly aku sebagai salah seorang pemakai kaca mata (spek) memang kadang-kadang pening nak pilih frame yang sesuai dengan bentuk muka aku yang aku rasa bulat ni..huhu..kadang-kadang kita tengok orang lain pakai cantik je cermin mata tu..tapi bila aku yang pakai...buwOook la pulak..hahah...so meh kita sama-sama baca bingkai (frames) yang manakah yang sesuai dengan bentuk muka kita ok??...layannn~~~

                                 

Bagi mereka yang bentuk muka petak.
-Lebar dahi, tulang pipi dan rahang seimbang sehingga terbentuk seperti kotak atau persegi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai….
*Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya…iaitu lebih tebal di bahagian atasnya..

Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak….oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda.


 Bagi mereka yang bentuk muka bujur sirih.
Bingkai cermin mata yang sesuai: Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda….tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau “jatuh” kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.


   Bagi mereka yang bentuk muka Oblong.
-Muka lebih panjang dari lebar muka seseorang itu, mempunyai garisan lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang panjang.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh.
*Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.

Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam “memendekkan” hidung dan kaki (temple) yang “jatuh” akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek.


  Bagi mereka yang bentuk muka Bulat.
Muka di mana, lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
*Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang….
*Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat..

Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.
  
 Bagi mereka yang bentuk muka Diamond (Berlian).
-Muka yang berbentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yang sempit pada mata dan rahang, serta dahi dan pipi yang kecil. Tulang pipi selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya.
*Frameless adalah pilihan yang sesuai.
*Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai.

Tips: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban).
  
 Bagi mereka yang bentuk muka heart (Hati).
-Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yang sangat luas dan tulang pipi yang sangat tinggi. Bahagian dagu pula kecil berbanding kawasan dahi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.

Tips: Bentuk muka ini merupakan bentuk muka yang sukar untuk dipadankan dengan bingkai kacamata disebabkan hampir kesemua bentuk bingkai akan menyerlahkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu rimless adalah pilihan terbaik untuk anda.

 Bagi mereka yang bentuk muka segi tiga.
-Muka berbentuk segitiga mempunyai kawasan dahi yang kecil manakala kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut.

# So amacam..dah tau bingkai mana yang sesuai dengan anda???

Monday, February 21, 2011

Cara Menghilangkan Mengantuk

Keratan Ayatul Kursi (Surah Al Baqarah Ayat 255 )




Bacalah ayat ini jika anda berasa mengantuk...Dibaca sebanyak 3 kali..lalu diusap diusap dan ditekan dipangkal hidung ( diantara kedua belah mata).

Waalahualam...

Sunday, February 20, 2011

Masjid Siti Nurhaliza & Datuk K..Masjid Al-Khalidiah

HASRAT penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Md Jiwa akhirnya termakbul apabila Masjid Al-Khalidiah di Sungai Petani berharga RM1.7 juta yang dibiayai sepenuhnya pasangan itu dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, semalam. Sempena majlis itu, mereka turut mengadakan majlis tahlil dan doa selamat.

SUNGAI PETANI: Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya memanfaatkan masjid dengan kegiatan ibadat selain menjadikannya tempat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ummah dan bukannya untuk bertelagah serta bercakaran.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, bertitah masjid adalah tempat suci lagi mulia dan sehubungan itu umat Islam sewajarnya menjadikan ia sebagai tempat untuk meningkatkan ibadah kepada Allah dan bukannya dijadikan medan untuk melepaskan geram oleh mana-mana pihak. Titah baginda, masjid juga tidak wajar dijadikan tempat untuk melepaskan kata-kata cercaan kepada mana-mana pihak selain bagi mendapatkan sokongan sebaliknya ia adalah tempat yang mulia bagi merapatkan hubungan ukhwah antara umat Islam. "Umat Islam juga harus bersyukur dengan segala anugerah nikmat yang diberi oleh Allah, begitu juga dengan masjid kerana ia adalah kurniaan Allah.

"Oleh itu, umat Islam semua harus memuliakannya dengan menjadikan ia sebagai tempat beribadat dan mengukuhkan silaturahim.

"Justeru, beta menyeru agar umat Islam di negeri ini sama-sama mengimarahkan masjid dengan tujuan meningkatkan ibadat dan ketakwaan kepada Allah," titah baginda ketika mencemar duli berucap merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Md Jiwa dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Masjid Al-Khalidiah dibina oleh Yayasan Nurjiwa dengan kos berjumlah RM1.7 juta dan pembinaannya bermula pada 2009 dan siap akhir tahun lalu bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1896.

Sementara itu, Siti Nurhaliza ketika dihubungi berkata, “Siti rasa teruja kerana impian untuk melihat masjid ini siap sepenuhnya menjadi kenyataan.

“Bagaimanapun paling menggembirakan Siti ia dilancarkan secara rasmi serentak pada hari kelahiran suami Siti yang jatuh pada hari ini,” katanya penyanyi popular itu yang turut mengadakan majlis tahlil dan doa selamat di masjid itu malam kelmarin.

Khalid yang ditemui selepas majlis itu berkata, “sewaktu masih kecil dulu, saya sudah menyimpan hasrat untuk membina sebuah masjid dan saya bersyukur kerana apa yang saya impikan berjaya menjadi kenyataan. Alhamdulillah semua hasrat itu dapat dilaksanakan dengan baik dan berharap ia dimanfaat sepenuhnya oleh masyarakat kampung.

“Nama Al-Khalidiah itu dipilih dua orang yang berbeza iaitu guru saya di Makkah dan juga imam di kampung saya ini. Memandangkan maksud dia juga indah iaitu salah satu nama syurga dan juga sebuah keluarga yang besar jadi saya pun memilih nama itu untuk masjid ini,” katanya
.



 Ayunya...Datin Siti Nurhaliza

Pandangan dari sisi Masjid Al-Khalidiah

Ruang Mimbar Masjid

Perasmian Bersama Siti & Dato K

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Pandangan hadapan Masjid Al-Khalidiah

P/s: Alhamdulillah...bangga dengan Siti ni..walaupun macam-macam tohmahan & cacian tentang diri dia..dia tabah & tak kisah...Sangat merendah diri & gemar beramal kebajikan bersama suami..semoga amalan Siti & suami mendapat keberkatan oleh Allah SWT..kepada artis yang lain..contohilah keperibadian Siti...

Aku Menang Contest???? 1st Time Ni...Betul Ke????

Salam semua...huhu...seronok sangat rasanyer bila aku dapat tau yang aku menang satu contest yang aku dah sertai masa tahun lepas...lama giler baru dapat tau..salah aku gak..'rajin' sangat baca komen sampai terlepas pandang komen mesej yang ditinggalkan oleh Nuanisa selaku penganjur contest tu...Mintak maaf banyak-banyak yer..baru perasan..huhu..nasib baik perasan..klau tak rugi woooOo..heheh..:)
Begini kisah nye tahun lepas aku saje suka-suka join contest "Nostalgic Aidilfitri 2010"nak tengok gambar ape yang aku pertaruhkan sampai boleh menang??? tengok kat SINI tau..heheh...Hadiah nyer aku belum dapat lagi...Sebuah Photo Book Hari Raya..nanti kalau dah dapat akan aku post kan kat sini ek...heheh..Tapi apa-apa pun aku memang happy+terharu..sebab menang...Ini la 1st time aku menang contest kat Blog...Terima kasih pada Nuanisa sebab anjurkan contest ni..dan telah meilih AiDa sebagai pemenang nyer...terima la pantun 2 kerat dari AiDa buat Nuanisa...

Terima Kasih Daun Keladi
Budi Nuanisa Ku Kenang Sampai ke Mati...

Kisah Seram Rumah Sewa RM 50 Depan Wetworld Seksyen 2 Shah Alam

Salam semua..citer ni aku dapat masa tgh check Facebook tadi....tak tau la sejauh mana kesahihan cerita ni..tapi aku tetap gak nak share cerita ni kat sini...terpulang la pada diri masing-masing sama ada nak percaya atau tak cerita ni..tapi kita sebagai hamba Nya..tak boleh tidak menidakkan kewujudan 'makhluk lain' yang turut sama berkongsi hidup di dunia ni..sebab "makhluk lain" itu juga ciptaan Allah SWT......
____________________________________________________________________________
Begini kisah nyerrr.......
9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!! 


Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la...nokia 3310



Saturday, February 19, 2011

Tag Dari Kak Naz~Cute Oven,Small Kitchen~

Assalamualaikum semua....hi..ape kabar korang semua...hari ni aku keje...Daycare kat sekolah sampai pukul 1.00 tengah hari...sambil-sambil daycare curi masa jap nak jawab tag dari Kak Naz...Mekasih ye Kak Naz sebab selalu ingat & tag award kat Blog Aida nie...:) Tapi mintak maaf la...lambat sikit nak menjawab & post tag nie...heheh...tapi sekurang-kurangnya Aida jawab gak kan,..kan..kan...heheh..ok jom la tengok ape ke tag nye...layannnnnnnnn...:P

Mekasih la banyak-banyak sebab sudi meng'award'kan blog AiDa ni...huhu..tak la stylish mana...banyak yang perlu diperbaiki lagi...terus la sokong blog AiDa ni ek...;)

_____________________________________________________

- RULES -

Post the link of the person who gave the award:

Share 7 random things about yourself:
1) Suka berkawan...2)Mudah cemburu...3)Suka makan...4)Tak suka ditipu
5)Suka gak baca novel2 Melayu mcm Kak Naz...6)Suka dengar muzik..
7)Paling takut dengan lipass....??

Reward recently discovered 15 blogs:
Heheh..yang ni Aida tak nak bagi pada 15 blogs tapi Aida nak bagi pada sesiapa yang singgah melawat blog Aida yang tak seberapa ni...harap-harap sudila yer amik dan kongsi award ni dengan bloggers2 yang lain oke...;)


MEKASIH KAK NAZ...;)

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul


SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN WALAU DIMANA SAJA KALIAN BERADA....
SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT SYAFAAT DARINYA...PERBANYAKKAN SELAWAT TAK KIRA BILA DAN DIMANA KITA BERADA...IKHLAS DARI HIDAYAHAIDA..

(teks dari wikipedia)
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya..

Di Mana Kan Kucari Ganti MTV



Yang ni pun layan gak...Alfatihah...

Satu Indiepretasi :P Ramlee.. Dimanakan Ku Cari Ganti...



Aku first time dengar lagu Itulah Sayang..terus 'jatuh chenta' dengan susunan muzik dia...sungguh fresh dan catchy..best sangat..bagi aku la kan..ia sesuatu yang baru...tak tau la bagi orang lain kan??....Lagu ni telah dinyanyikan semula oleh 'The Ramlees..Sebenarnya album kompilasi "Satu Indiepretasi" ni adalah satu tanda penghargaan yang telah di buat oleh 20 pemuzik Indie khas untuk allahyarham Tan Sri P.Ramlee..Aku sebagai anak muda...sangat-sangat berbangga dengan usaha yang telah dorang lakukan...Persetankan ape orang lain nak kata : merosakkan kan lagu asal la..mencemarkan seni la...Sampai bila la industri seni kita nak berkembang jika pemikiran kita masih di takuk yang lama....Walau apa pun album ni memang SUPERB!!!Buat masa sekarang sebagai langkah permulaan album kompilasi ini akan dijual secara digital, bersesuaian dengan trend pasaran album pada hari ini.Setiap muat turun bagi lagu penuh berharga RM5, RM4 untuk nada sebenar dan RM3 untuk nada pemanggil. Sebahagian hasil jualan album kompilasi ini akan disalurkan kepada Tabung Pustaka Peringatan P. Ramlee...bagus kan dorang ni...beramal lagi...aku harap album kompilasi ini akan diterbitkan di pasaran nanti (atau mungkin ke dah keluar album ni??) Aku pun tak pasti kalau betul dah keluar inform la yer..memang nak beli & simpan sebagai koleksi...Okey la ini adalah senarai lagu-lagu yang terdapat dalam album "Satu Indiepretasi":

1. Azlan & The Typewriter [feat AG & Co] • Jeritan Batin Ku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
2. One Buck Short • Pok Pok Bujang Lapok – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
3. Sevencollar T-Shirt • Jangan Tinggal Daku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
4. Monoloque • Tiada Kata Scantik Bahasa – dari filem Anakku Sazali (1956)
5. Yuna • Gelora Jiwa – dari filem Anjuran Nasib (1952)
6. Couple • Menche Che Bujang Lapok – dari filem Seniman Bujang Lapok (1961)
7. Bittersweet • Getaran Jiwa – dari filem Antara Dua Darjat (1960)
8. They Will Kill Us All • Sepanjang Riwayatku – dari filem Sesudah Subuh (1967)
9. Awanband • Malam Bulan Dipagar Bintang – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
10. Subculture • Bunyi Gitar – dari filem Tiga Abdul (1964)
11. Hujan • Tunggu Sekejab – dari filem Sarjan Hassan (1955)
12. Meet Uncle Hussain • Ya Habibi Ali Baba – dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) *
13. Kugiran D’Tepi Pantai • Nujum Pa’ Blalang – dari filem Nujum Pa’ Blalang (1959)
14. Pesawat • Ai Ai Twist – dari filem Masam Masam Manis (1965)
15. Pop Shuvit • Aci Aci Buka Pintu – dari filem Nasib Labu Labi (1963)
16. The Ramlees (A supergroup of sort featuring Yuna, Liyana Fizi [of Estrella fame], Amirah [of the band TILU] and a special guest) • Itulah Sayang – dari filem Anakku Sazali (1956)
17. Grey Sky Morning • Malam Pesta Muda Mudi – dari filem Nasib Do Re Mi (1966)
18. Altimet • Maafkan Kami – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)

Boleh dikatakan semua lagu dalam album kompilasi ni aku suka...semuanya kan lagu-lagu allahyarham Tan Sri P Ramlee...Al fatihah....

Monday, February 7, 2011

GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

 Assalamualaikum..hi semua..dah lama rasa nya aku tak join ape-ape segmen yang EN BEN buat...so kali ni aku join la segmen GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI sebagai tanda aku turut menyokong komuniti Blogger Malaysia...



 SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak join tu..jangan la segan-segan untuk klik  KAT SINI .
Support la BLOGGER MALAYSIA!!!!! 

Saturday, February 5, 2011

LIRIK LAGU SOKO TAKE MY HEART


You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I, you and I are meant to be

I'm the one for you, you are the one for me
You love me as much as I do
When your look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in

and you love me more and more?
And my love grows up with you
and you kiss me more and more?
And I kiss you too
And I kiss you too

If I take your heart, I will cherish it everyday
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

But not every heart belongs to any other
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com
You and I, you and I are meant to be

I'm the one for you, you are the one for me
You love me as much as I do
When your look gets me and we're skin to skin
I want you so
Please come in

And you love me more and more?
And my love grows up with you
And you kiss me more and more?
And I kiss you too
And I kiss you too

I don't care, I don't care if I might been carried away
If you swear, if you swear to give me your heart in return

I don't care, I don't care if I might been carried away
If you swear, if you swear to give me your heart in return
To give me your heart in return

Siapa Anwar Hadi??? Ini Anwar Hadi.....



Baru hari ni aku 'kenal' sape Anwar Hadi ni...Comel & hensem budak nyer..heheh...Pangkat adik kot...Kisah nyer.. tadi aku boring-boring pastu aku g la Blogwalking kat blog Tentang Bulan...terbaca la entry dia pasal si Anwar Hadi ni..sumpah aku tak kenal budak kiut ni...sape kah???so aku pun gatai tangan klik la tengok video yang Si Anwar Hadi ni buat..O mak aiii..kelako sihhh...Walau pun kelakar..tapi sangat-sangat la mendalam mesej yang dia cuba sampaikan...Sebenarnya aku pun tak berapa gemar dengan penggunaan bahasa "ewww" since my lil sis suka sangat guna bahasa ni bila dia menaip sms..memang ramai budak-budak sekarang yang mengguna pakai bahasa macamni..Aku cuma risau...kalau-kalau dorang akan terbawak-bawak bahasa ni dalam menjawab kertas peperiksaan nanti..tak ke kes naya??Siapa yang nak bertanggunng jawab kan???Betul jugak kata Anwar Hadi ni bukan comel pun bahasa eeewww ni...korang rasa comel ke??hahah..Ape-ape pun terpulang la pada individu..hak masing-masing..tapi klau bukan kita yang memertabatkan bahasa kebangsaan kita,,siapa lagi kan???Video ape yang aku tengok???Korang klik & tengok la sendiri video kat atas tu ok...chilllssss..;)
Aku pun dah subscribe channel Anwar Hadi ni..bravo dik..:) Keep it up!!!


SUKA SANGAT DENGAR DIA CAKAP LOGHAT KEDAH<

LIRIK LAGU SIXTH SENSE MENYESAL


Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Siapa Anwar Hadi??? Ini Anwar Hadi...

Baru hari ni aku 'kenal' sape Anwar Hadi ni...Comel & hensem budak nyer..heheh...Pangkat adik kot...Kisah nyer.. tadi aku boring-boring pastu aku g la Blogwalking kat blog Tentang Bulan...terbaca la entry dia pasal si Anwar Hadi ni..sumpah aku tak kenal budak kiut ni...sape kah???so aku pun gatai tangan klik la tengok video yang Si Anwar Hadi ni buat..O mak aiii..kelako sihhh...Walau pun kelakar..tapi sangat-sangat la mendalam mesej yang dia cuba sampaikan...Sebenarnya aku pun tak berapa gemar dengan penggunaan bahasa "ewww" since my lil sis suka sangat guna bahasa ni bila dia menaip sms..memang ramai budak-budak sekarang yang mengguna pakai bahasa macamni..Aku cuma risau...kalau-kalau dorang akan terbawak-bawak bahasa ni dalam menjawab kertas peperiksaan nanti..tak ke kes naya??Siapa yang nak bertanggunng jawab kan???Betul jugak kata Anwar Hadi ni bukan comel pun bahasa eeewww ni...korang rasa comel ke??hahah..Ape-ape pun terpulang la individu..hak masing-masing..tapi klau bukan kita yang memertabatkan bahasa kebangsaan kita,,siapa lagi kan???Video ape yang aku tengok???Korang klik & tengok la sendiri video kat atas tu ok...chilllssss..;)

Thursday, February 3, 2011

GONG XI FA CAI.....wa kija maaa...


GONG XI FA CAI TO ALL MY CHINESE FRIENDS...
huhuhu..im working okey...but its ok..im happy...soo happy...because.....tettttt biarla rahsia..ahaks...;)
Tapi tu la keje time orang semua cuti nie..sunyi je...cam bosan pun ade..tapi pedulik hape bosan..yang penting masyukkk..:P
Tapi bagus gak...keje pun sampai pukul tiga petang je...jap lagi bole la cHow...balik..hahahah..Amacam raya pertama arini???best??Dapat banyak collect angPow???heheh..bape kotak limau suda berjaya di settlekan..heheh...
Ape pun yang korang semua buat..lakukan secara bersedehana la ...Pada kawan-kawan yang nak balik kampung or nak keluar berjalan-jalan..pandu berhati-hati okey..ingat la orang yang tersayang..pesanan ikhlas dari pihak penaja..ahahahah..chilllsssssss..(^_^)

Wednesday, February 2, 2011

Maher Zain - Video Insha Allah (Malay Version)

LIRIK LAGU MAHER ZAIN INSYA ALLAH (MALAY VERSION)

MAHER ZAIN

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

P/S:tetiba lak aku rasa 'jatuh chenta' sama ini maher..hiksss..;)

Dato Najib(PM) Bagi Aku Email Laaaa...

Korang ade dapat tak email dari Dato Najib??? FuYoooo..aku pun dapat..tak sangka...ade gak pemimpin yang berjiwa rakyat camni kan..heheh..
Spontan je ayat yang dia karang..memang sempoi la PM kita sorang nie...
Jom baca...klau tak nmpak sila guna kanta pembesar ye.. :)

Hehehe..aku pasti korang pun dapat jugak email ni kan??..saje je aku abadikan dalam blog aku nie...
Blog aku kan..bukan blog korang...hahahahah...senget sudaaaa..chillsss..;)

Aku Dapat ANGPOW wooooo!!!

Hari ni sepatutnya aku dah mula bercuti...tadika pun dah bercuti..yahOooo...hooorayyyy...happy holiday semua!!! Huuuhu..kejap je feeeling2 happy nie..yang pasti aku kena keje gak...Gong Xi Fa Cai ke..Deepavali ke..aku keje gak..ekekek...double pay kan..hahah..aku keje part time ..so time2 macam ni la nak pulun kan??...hahah...tamak kan??...Bak kata pepatah baru.."orang tamak selalu untung"..Cakap pasal untung nie memang dah rezeki aku la kan hari ni..pergi kerja(part time) dapat ANGPOW..heheh..maceh ye big-big Boss semua...Selamat Tahun Baru pada semua teman-teman yang berbangsa Cina yang menyambutnya esok...
Jangan makan limau banyak-banyak wooo..nanti batuk okeh..:)

Ni la ANGPOW  nyer...baper isi kat dalam....$$$$ biar la rasie...ahakss..:)

C3 bukan E5 pun bukan...tapi........

Jeng..jeng....suspen tak korang..heheh..poyo la pulak kan??..nak wat suspen-suspen bagai...Tapi im so la happpy nih...memang dah lama niat aku nak membeli telefon baru..setelah berkira..bertolak..betambah..bercampur..akhirnya dapat gak aku rembat sebijik..tapi telefon ni bukan la telefon yang aku penah story kat SINI dulu...alhamdulillah ada rezeki lebih sikit...ape salahnya membeli untuk kepuasan diri sendiri kan...heheh..nak tau tak telefon ape yang aku beli????
BUKAN C3 NI,,,,,

BUKAN E5 NI,,,,,
TAPI

^
^
^
^
^
BLACKBERRY BOLD 9000
Sebenarnya kebetulan je aku beli telefon nie...Second hand je pon..aku beli dari kawan adik aku..dia baru pakai tapi dia nak jual sebab nak beli BB yang latest...Fuhhh..kayo budak tu...heheh..kebetulan aku tgh cari2 telefon..dia pun nak jual so aku GRAB la...murah je..RM 550 je..huh..tak pecaya??? percaya la..:)
So far aku pakai ok la...takde ape yang luarbiasa..sama je macam aku guna laptop..hahah..leh online 24 jam..
cuma bila kita update status kat FB nampak la VIA BLACKBERRY tu kuar..tu je kot yang budak-budak sekarang kata 'market'..fuyoooo guna blackberry..Sebenarnya takde beza..ikut kemampuan diri sendiri..
tapi kalau tanya aku sekarang..aku pun nak 'rembat' satu BB yang latest tu..heheh..SMART kot..(^_^)

Bersawang sudah.......

Assalamaualaikum..
Fuhhhh..Fuhhhh...fuhhhhhhhhhhhhhhhhh..uhuk..Uhuuukkkkk...ish..ishh...banyak betul sawang kat blog aku nie..heheh..almaklumlah dah lama tak jenguk masuk sini...kesian kan..takpe..hari ni aku free so boleh la aku 'kemas' ape yang patut..hahah..:)
Bukan sengaja tak nak masuk menjenguk blog ni..tapi keadaan 'berokBen' yang ala..ala..tak berapa nak mengizinkan tu la yang buat niat aku selalu terbantut..menci betul!!!
Selain tu jugak keadaan masa yang tak mengizinkan buat aku jarang & tak dapat nak meluangkan masa menulis kat sini...Tak pelah pasni aku akan cuba meluangkan sikit masa untuk blog ni...:)

Sepanjang ketiadaan aku ber'blog' ni macam-macam menda sebenarnya yang aku nak story & tulis dalam blog nie..Antara nya :

*C3 bukan..E5 pun bukan tapi........
*Aku Dapat......
*Najib bagi Ucapan Gong Xi Fa Cai Tu!!!!
*Lirik Lagu Insya Allah by Maher Zain

Wat masa ni cukup la ni dulu..nant ada masa lagi aku update lagi oke?? heheh.. Nanti kan yer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...