SUNGAI PETANI: Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya memanfaatkan masjid dengan kegiatan ibadat selain menjadikannya tempat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ummah dan bukannya untuk bertelagah serta bercakaran.
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, bertitah masjid adalah tempat suci lagi mulia dan sehubungan itu umat Islam sewajarnya menjadikan ia sebagai tempat untuk meningkatkan ibadah kepada Allah dan bukannya dijadikan medan untuk melepaskan geram oleh mana-mana pihak. Titah baginda, masjid juga tidak wajar dijadikan tempat untuk melepaskan kata-kata cercaan kepada mana-mana pihak selain bagi mendapatkan sokongan sebaliknya ia adalah tempat yang mulia bagi merapatkan hubungan ukhwah antara umat Islam. "Umat Islam juga harus bersyukur dengan segala anugerah nikmat yang diberi oleh Allah, begitu juga dengan masjid kerana ia adalah kurniaan Allah.
"Oleh itu, umat Islam semua harus memuliakannya dengan menjadikan ia sebagai tempat beribadat dan mengukuhkan silaturahim.
"Justeru, beta menyeru agar umat Islam di negeri ini sama-sama mengimarahkan masjid dengan tujuan meningkatkan ibadat dan ketakwaan kepada Allah," titah baginda ketika mencemar duli berucap merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu, di sini semalam.
Hadir sama, Pengerusi Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Md Jiwa dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Masjid Al-Khalidiah dibina oleh Yayasan Nurjiwa dengan kos berjumlah RM1.7 juta dan pembinaannya bermula pada 2009 dan siap akhir tahun lalu bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1896.
Sementara itu, Siti Nurhaliza ketika dihubungi berkata, “Siti rasa teruja kerana impian untuk melihat masjid ini siap sepenuhnya menjadi kenyataan.
“Bagaimanapun paling menggembirakan Siti ia dilancarkan secara rasmi serentak pada hari kelahiran suami Siti yang jatuh pada hari ini,” katanya penyanyi popular itu yang turut mengadakan majlis tahlil dan doa selamat di masjid itu malam kelmarin.
Khalid yang ditemui selepas majlis itu berkata, “sewaktu masih kecil dulu, saya sudah menyimpan hasrat untuk membina sebuah masjid dan saya bersyukur kerana apa yang saya impikan berjaya menjadi kenyataan. Alhamdulillah semua hasrat itu dapat dilaksanakan dengan baik dan berharap ia dimanfaat sepenuhnya oleh masyarakat kampung.
“Nama Al-Khalidiah itu dipilih dua orang yang berbeza iaitu guru saya di Makkah dan juga imam di kampung saya ini. Memandangkan maksud dia juga indah iaitu salah satu nama syurga dan juga sebuah keluarga yang besar jadi saya pun memilih nama itu untuk masjid ini,” katanya.
Ayunya...Datin Siti Nurhaliza |
Pandangan dari sisi Masjid Al-Khalidiah |
Ruang Mimbar Masjid |
Perasmian Bersama Siti & Dato K |
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah |
Pandangan hadapan Masjid Al-Khalidiah |
P/s: Alhamdulillah...bangga dengan Siti ni..walaupun macam-macam tohmahan & cacian tentang diri dia..dia tabah & tak kisah...Sangat merendah diri & gemar beramal kebajikan bersama suami..semoga amalan Siti & suami mendapat keberkatan oleh Allah SWT..kepada artis yang lain..contohilah keperibadian Siti...
Salam Aida..
ReplyDeleteHehehe...akak mmg dah ada tako maker tp buat takoyaki nye tak lagi..bila ntah nak buat.. Skrg projek masak2 slow sikit sbb ada bb tecik..Dia bising kalau duduk dapor lama2, duduk mgadap komputer lama2 atau duduk tgk tv lama2...Nak suruh berkepit dgn dia jer...
Akak pn suka personality dato' siti nurhaliza ni..
cool jer dia kan..
haiii aida,nice entry!!_!!bgs lar ape yg Datok K,ngan Siti wt tu,byk duit kn,menyumbanglah kpd benda2 yg baik kn!!_!!follow u....
ReplyDelete