Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Sunday, May 29, 2011

Review Untuk Filem Karak 2011


Salam semua...
Aku baru jer balik tengok midnite citer Karak-Laluan Puaka ni...So nak share ler review filem ni pada korang semua..Bagi sesiapa yang belum lagi pergi tengok cerita ni adalah sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.
Film ini mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.
Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan...
Pengarah

 
Penulis:
:
(Cerita Asal)
:
(Lakon layar)
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
:
Nik (Pelakon Utama)
:
Zura (Pelakon Utama)
:
Ida (Pelakon Utama)
:
Jack (Pelakon Utama)
:
Tok Malam (Pelakon Pembantu)
:
Watak Suami (Pelakon Pembantu)

Penerbit:
:
(Penerbit)
:
(Penerbit)
:
(Penerbit)
 
So,pada pandangan peribadi aku la cerita ni boleh la dikatakan seram-seram sejuk (sebab aku ni kategori penakut tau!!) pada permulaan cerita memang banyak scene yang seram2..(terkejut mak u!!) Pastu ade terselit unsur2 kelakar(humor)-oooppsss...pelik jap nape citer hantu ader gelak2kan??Tak kisah la..aku layan kan jugak..Yang aku tak brapa suka part Ida lakonan Kilafairy...menjadi sungguh gedik dia..ke dia memang gedikkss???hihi..Pastu ade gak terselit unsur2 keagamaan (scene bila Tok Malam mengingatkan Zura tentang solat & makna ayat Kursi) Tapi bila dah nak hujung2 cerita..ade lak adegan2 sedih...Kenapa sedih???Korang tengok la sendiri..(bagus gak Shahir berlakon & main watak dia) tak la 'kayu' sangat..Touching & cair aku dibuat nya..hahah..Apepun korang pergi la tengok sendiri...apa salahnya sekali sekala kita support Filem Tempatan...lagi2 filem2 yang di keluarkan oleh KRU ni...so far dari 5 bintang..aku bagi 4 bintang untuk filem KARAK ni...*_*


p/s :Pejam mata bila scene Kilafairy berkemban..serammmmmm....

Saturday, May 28, 2011

Mana Perginya Widget Followers Nie???

Salam semua..
Tadi masa tgh syok2 wat blogwalking & singgah melawat blog kawan-kawan baru aku try la nak Follow blog dorang...cari punya cari mana la Kotak Follower dorang...haaa??? TAK ADER???lor..nape jadik camni ek??Dah tak pat nak follow blog dorang..
tak puas hati..g balik blog sendirik..laaaaa hilang jugakkkkkk..OMG...hahah...kenapa??kenapa?? kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??? Ade sape2 tau kenapa????? tell me Y!!!!!
p/s :tak pe nant bila dah ok,aku g melawat balik yer kawan-kawan...:)

Holiday Party & Teacher's Day Part 1

Hi..salam semua kawan-kawan...Sorry la yer hari ni terlambat sikit untuk update entry nih..dah tengah-tengah malam baru dapat melayan blog nie...So untuk entry pada hari ni aku nak share pasal aktiviti aku kat sekolah tadi.Sempena menyambut kedatangan cuti sekolah yang telah pun bermula hari ni,tadika aku telah mengadakan Holiday Party & Teacher's Day bagi meraikan murid-murid & juga guru-guru disini...Acara dimula sejak awal pagi lagi..Dengan bertemakan pakaian yang berwarna MERAH..(khas untuk guru) Tapi ada gak budak2 yang datang pakai baju merah...sporting sangat!!!Semua guru dan murid-murid kelihatan begitu gembira & teruja sekali...hahah..dah semestinya akulah yang paling excited kan..hihi..Macam-macam aktiviti yang kitaorang buat...antaranya menari,menyanyi,memilih Best Dresses antara murid dan teacher's serta bertukar2 hadiah & juga Pot Luck & makan-makan!!!
Tahun ni best sangat sebab aku dapat banyak hadiah dari students...Mekasih pada semua...bukan harga atau barang apa yang jadi keutamaan ku..yang penting mereka ikhlas mengingati & memberi...biar tak mahal sekali pun,yang penting keikhlasan....Terharu sangat bila anak-anak kecil yang baru berusia 5 hingga 6 tahun bagi kita present...comel ok...:) Jom layan gambar yang sempat aku snap tadi..Happy Holiday semua!!!!

Assembly semua xcited nak dance..

Macam2 kerenah...

Farhan tgh berusaha untuk tiup beLon..

Teacher Sharon with Kids

Amboi..amboi...sakan yer...

Calon-calon Best Dresses..

Smart x??

Sweet kan??

Cute!!!

Pelajar lelaki calon2 Best Dresses..

Pemenang nya.....

Aku macam ngantuk la pulak malam ni...klau nak tengok Part 2..esok la yer aku masuk kan lagi picca comel dorang...:) Tunggu yerrrrrr......(^_^)m

Friday, May 27, 2011

Setelah Sekian Lama Followers oh Followers.....


Salam semua..selamat malam Jumaat...Uiksss..wat pe tu haa?? Tak tido2 lagik??Huhu..tanya orang..aku pun 2x5 gak tak tido lagi...(Tu la sape suh minum Nescafe tadi...kan dah segar bijik mata ni...) Jangan kata minum Nescafe...dengan Roti Cheesee Nan aku bedal tadi..memang la susah nak tido kan...heheh...
 Sebenarnya sajer nak share dengan kawan-kawan semua pasal blog aku ni...dah dekat brape bulan aku tak updet & join segmen or GA mahupun Contest...suka sangat jadi silent reader...(konon la) pastu aku agak pelik la..kenapa bilangan followers aku ni statik jer..tak bergerak2?? Dah camner nak bergerak kalau tuan nyer blog ni TIDOOO je kan???hahah..
So aku pun merajinkan la diri join balik segmen-segmen (macam banyak jer aku join kan???...hahah..) especially yang di anjurkan oleh blogger otai macam En Ben ni...beliau ni memang sangat berpengalaman dalam dunia blogger ni...Jadi baru la sekarang aku percaya...klau kita rajin berblogwalking atau pun dalam bahasa Melayu nyer berjalan-jalan ke blog kawan-kawan lain pasti kita tak rugi...
Macam2 sebenarnya yang dapat kita kongsi...Aku join balik segmen2 or GA ni pun sebab tips daripada seorang lagi rakan Blogger yang tak kurang jugak hebat nya iaitu Mak Dara...memang power Mak Dara ni..baru jer join buat blog dah ramai yang follow...tak caya pergi la jenguk blog dia tau...Jadi,moral of the story.. dengan berkat tunjuk ajar dari rakan-rakan blogger & usaha sendirik baru la aku dapat lihat PERTAMBAHAN followers aku..tak la statik jer..(hidup2 aku ingatkan blog aku ade masalah ke sampai bilangan followers nye statik jer...tak bergerak2..) 
Mungkin bagi sesetengah blogger bilangan followers tak memberi impak pada mereka..tapi tidak bagi aku...Followers la yang memberi semangat ...(walaupun aku tau ade gak yang unfollow aku..tapi xpe..mekasih juga tau..)dan dari situ jugak la aku tau ade gak orang yang sudi baca tulisan aku...
 Mekasih yer semua sebab meluangkan masa kat blog aku yang tak seberapa ni..harap korang enjoy lepak kat sini...LOVE korang semua!!!!!!!!!

Thursday, May 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU



Haaa..baca tajuk pun dah tau kan???En Ben yang Macho tu ajak kita semua SERBU blog baru...Aku ni pun kira kategori blog baru gak la kan...sebab syarat nyer follower tak lebih dari 1000..hihi..aku nyer blog ni dah 2 tahun tapi follower tak sampai 300 ratus..kesian kan...hihi...So moh le ramai2 kita serbu blog-blog baru,,kasik semangat & kata-kata aluan kat blogger-blogger baru..WELCOME to the Club friends..;)

Ni antara syarat Wajib dipatuhi kalau nak JOIN..
  1. letak header ben ashaari blog .
  2. Tajuk  : BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU dan linkkan ke entri ini ..
  3. Siap ! Tinggalkan url di ruangan entri.. 
     
    Jom..jom...kita SERBU....kita serbu...Kita SERBU!!!!!!!!

FaceBlog

Salam semua...
hari ni aku secara rasminya 'menjoin' kan diri ke komuniti blog terhebat abad ini...FACEBLOG...ekek..orang lain dah berzaman join..aku baru hari ni tersedar diri nak join FaceBlog nie,,Dengan memegang nombor pengikut 9772(perghhh..ramai kan????) aku membelek-belek ape ke yang ada kat FaceBlog ni..wosshhh..ternyata memang best..dengan tagline..'Komuniti Berinformasi Untuk Anda'..memang la sangat-sangat berinformasi...Selain tu dapat jugak mengeratkan silaturahim sesama blogger..kan Best tuh!!!
Macam-macam ada kat situ..tak caya cube la KLIK..bak kata si Usop Wilcha...Cer Kelik..Cer Kelik...
So..selamat BerFaceBlog yer semua....^_^

Sunday, May 22, 2011

(VIDEO) 25 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat



Menitis air mata melihat keadaan selepas kejadian tanah runtuh di Hulu Langat ni...Sedih mengenangkan kanak-kanak yang telah terkorban di dalam tragedi ni...Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT...Al Fatihah...

Saturday, May 21, 2011

Si Inang-Inang Yang Rangup!!!!!

Ni la snek kegemaran aku sejak dari kecik lagi...Masa dulu ingat lagi klau pergi Melaka baru boleh dapat snek ni...Ni la keropok inang-inang..Ianya diperbuat dari beras pulut yang dah dikukus atau ditanak..pastu diwarnakan & dibentuk kemudian dijemur sehingga kering..Bila nak makan kena goreng dulu macam goreng keropok ikan tu..Rasanya macam makan Rice Cracker...tawar tawar masin gitu...hihi..
Yang ni belum digoreng lagi...  
Haaa..yang ni yang dah siap digoreng & sedia untuk di NGAPPP!!!

Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Hulu Langat Kajang

KAJANG: Sehingga jam 6.30 petang tadi, mayat tiga kanak-kanak Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini, dikeluarkan dari tanah runtuh.
Sementara itu, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan enam kanak-kanak lain dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut. 
 Kejadian tanah runtuh itu berlaku jam 2.15 petang tadi ketika penghuni asrama rumah anak yatim terbabit sedang membuat persiapan untuk satu majlis makan tengah hari dan ramah mesra dengan FINAS. 

Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui
Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.
Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan 15 mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi.


*Sedih sangat...Semoga Allah permudahkan segala-galanya...Al Fatihah untuk semua yang terkorban...:(

Al Fatihah Buat Seniwati Mahyon Ismail

Mahyon Ismail

Tadi baru jer online kat Facebook..terbaca status kat Nas Ahmad  nyer wall yang meyampaikan berita sedih nie...
Khabarnya arwah meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri Kuala Lumpur..Sesungguhnya dari Dia kita datang..pada Dia juga lah kita kembali....alfatihah..Buat keluarga allayarhamah semoga sentiasa sabar & tabah dalam menghadapi dugaan ini...Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin....

ST12-LIRIK LAGU JANGAN PERNAH BERUBAH (original clip)



biarkan waktu teruslah berputar
ku cintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan

cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
malah kini kau ucapkan selamat tinggal
membuat keresahan

* meninggalkanku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaanku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan

reff:
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah

repeat *
repeat reff

jangan pernah kau coba untuk berubah
ku relakan yang indah dalam hatinya

Pagi Sabtu Yang Sangat Cool!!!

Damainyer la kan kalau dapat view pepagi cam nie,,,
Salam semua...Pepagi lagi aku dah bangun...Cuaca pagi tadi sangat sejuk....sangat best untuk kembali menyambung tido..huhu..tapi apakan daya..aku KERJA pagi ni...Terpaksa la aku melupakan niat suci murni aku tadi..hahah..Pagi ni aku Mr Kecik a.k.a My LOve hantar g kerja..yaeayyyy..best!! Tak yah drive Mr BUBU... kasi Mr BUBU rehat hari ni..(padahal lupa nak kasi Mr BUBU 'minum' malam tadi..) hahah..tak berani nak drive takot tak sampai lak...hahah..hari ni tak tau nak buat apa....memang tak de plan nak ke mana2...rasanya dok kat rumah je kot..
Sebenarnya xde ape pon yang cool pagi ni...saje je letak tajuk camtu...aku pon tak tau nak tulis ape nih...idea..idea..idea...kering!!!!!!!!! korang ade idea tak????

1,2,3 Bertukarrrrrrrr.....

Huh?? bertukarrrr??? Ape yang bertukar nih?? Dah macam Ultraman lak bertukarrrr-tukar bagai...
Sebenarnya saje je nak inform kat korang yang aku dah tukar background baru..Bosan le pulok dengan background lama....takde la lawa mana..hikssss..:) Okey ke? niat hati nak buat Header cam blog korang yang lawa2 tuh..tapi aku ni tak brapa pandai nak menggodek...ni je la yang mampu..ade ke sape2  yang sudi tunjuk ajar ku Sifu??? Kalau ada sila-silakanlah beri tunjur ajar yer...

Wednesday, May 18, 2011

Ma Belle Shoppe Giveaway

Dah lama aku tak join GA ni..heheh...kali ni nak try join GA dari kak Belle...
Sekadar memeriahkan suasana..hihi..
Kalau nak join klik SINI

 Aida tag 3 org yer..
2.KaY

Ma Belle Shoppe Giveaway dianjurkan oleh Notre Belle Histoire
Ma Belle Shoppe is for everyone out there who wants the best bargain! Find best deals right here for souvenirs, fashion and fragrances! Only authentic and brand names stuff from Europe. Feel free to request additional items you want and I will do my best to fulfill it! Let's shop!
 Latest promotion - **Save shipping cost for pre order until 25th May 2011.
Saya teka beg itu berharga CHF 135,CHF 148,CHF 125,CHF 110...hehe..oppss.dapat lagik 2 tekaan..
CHF 150 & CHF 129...


Saya ada 5 ada tekaan b'coz saya buat (a),(b),(c),(d),(e)



Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011:GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Selamat hari Guru Buat Semua Guru-Guru Di Malaysia..Buat Bekas-Bekas Guru Yang Pernah Mendidik & Mengajar Aku Dulu..Aku Doakan Semoga Kalian Sentiasa Sihat & Dipanjangkan Umur Serta Dimurahkan Rezeki Walau Dimana Saja Cikgu-Cikgu Berada..Segala Jasa & Pengorbanan Cikgu Semua Hanya Allah SWT Yang dapat Membalasnya..Selamat Hari Guru & TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!!!!


Dan....... SELAMAT HARI GURU buat DIRIKU sendiri...heheh..walaupun hanya GURU TADIKA..tapi ianya tak la semudah seperti yang disangka...Melayan karenah anak-anak kecil  memang ternyata sekali menguji tahap kesabaran mental& fizikal ku....
Sebenarnya sejak dari kecil lagi aku mengimpikan untuk menjadi  seorang guru..Pernah dulu semasa kecil,aku mengajak rakan-rakan sebaya ku datang ke rumah untuk bermain 'Cikgu-Cikgu'..Sudah pastilah aku yang menjadi 'cikgu' mereka..habislah dinding kayu tepi rumah mak aku conteng..hehe..Tapi disebabkan minat..ayah aku telah membelikan papan hitam (hijau sebenarnye kan?) untuk aku menulis..Seronok sangat masa tu..tapi itu semua kenangan...Bila aku semakin meningkat dewasa..minat & arah tuju hidup pun berubah... Jika dulu aku selalu mengimpikan untuk membina kerjaya di pejabat..Paling tidak menjadi kerani...Namun mungkin bukan rezeki aku disitu..Mungkin sudah takdir aku untuk menjadi pendidik..walau pun bukan di Sekolah Rendah atau Menengah..Tapi bagi aku kerjaya ini ada lah tanggung jawab..bukan main-main..walaupun di TADIKA sekali pun... Di TADIKA la tempat pembelajaran awal kanak-kanak selain di rumah...Di TADIKA  juga la kanak-kanak ini belajar cara bersosial dan bergaul dengan kawan-kawan.. Di TADIKA juga la kanak-kanak ini mula mengenal ABC 123.. Di TADIKA la kanak-kanak akan ditransformasikan kepada kanak-kanak yang bijak & pandai..bukan senang sebenarnya tugas seorang guru TADIKA...jadi aku harap jangan la pandang remeh dengan kerjaya ni..Dulu pernah seorang kawan aku bertanya  kat aku 'ko keje ape?' haa?? cikgu tadika???? Nape tak mintak keje lain??? " KENAPA??? Salah ke aku keje kat tadika?? Memang aku akui kerjaya ni tak 'seglemer' kerjaya di pejabat..tapi aku gembira & sangat-sangat puas hati bila budak-budak yang aku ajar dari awal tahun..yang tak kenal ape itu ABC..yang tak tau mengira 123..yang tak reti nak pegang pensel...perlahan-lahan boleh membaca dengan lancar & menulis dengan baik...itulah kepuasan yang sebenar..apa lagi yang aku mahu kan??? Aku gembira dengan apa yang aku buat sekarang..Dan insya allah aku akan terus buat kerja ni sampai bila-bila..Doakan suatu hari nanti aku bisa membuka TADIKA sendiri atau paling tidak TASKA sendiri...amin..:)
TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!!!!!!

Thursday, May 12, 2011

My Mr BUBU~Saga FL~

Alhamdulillah..setelah sekian lama aku menunggu..akhirnya dapat gak aku memiliki & men'drive' kerete sendiri..syukur sangat2..walau pun hanya  SAGA FL..itu pun dah cukup bermakna untuk aku..Sebenarnya banyak dugaan & cabaran yang aku tempuh untuk memiliki kereta ni...tapi apa yang berlaku ada hikmahnya..aku redha...
Ok la meh aku introduce kat korang eh...
Aku nama kan dia Mr BUBU..sebab warna dia kelabu a.k.a Grey Granite...hahah..bole??
Tapi aku takde pic yang clear sebab segan nak amik..ni pun aku snap curik2 masa g 'mandikan' dia aritu..hahah..
1st time Mr BUBU shower..aku lak yang excited..sengal kan??? LOL...^_^
1st time shower
kena sembur dgn sabun..mesti pasni wangi gituw..:)

tengok machaa tu tgh gosok & belai2 my Mr BUBU...sure berkilat pasni...^-*

Nanti la..bebila aku xsegan aku snap pic Mr Bubu yang clear & full yer..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...