Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Monday, November 28, 2011

Seks itu Penawar Penyakit


Kajian oleh pakar seksologi mendapati seks boleh dijadikan penawar kepada penyakit jika ia dilakukan dengan tenang dan teratur.  Antara kajiannya  :
  • Seks mempunyai kaitan rapat dengan berat badan wanita.  Kekerapan melakukan seks mampu melangsingkan badan kerana ia juga ibarat gerakan senaman.
  • Tekanan jiwa dapat dihilangkan dengan melakukan seks secara teratur dan mendapat kepuasan sepenuhnya.
  • Di dalam sesetengah kes terdapat juga wanita mahupun lelaki yang mengalami masalah buasir kemudian hilang setelah melakukan seks.
    • Tekanan jiwa yang dihadapi oleh penagih alkohol boleh hilang sekiranya mendapat kepuasan seksual.
    • Seks merupakan satu  cara bagi mereka yang mengalami kesukaran tidur.  Seks merupakan pil tidur yang paling mujarab.
    • Tentunya anda bertanya apa hubungan sakit jantung dan seks.  Sebenarnya aktiviti seks merupakan satu senaman seperti penarikan nafas yang dalam dan dapat menenangkan fikiran jika dilakukan dengan tenang dan teratur.
    • Bagi mereka yang ingin awet muda, lakukan seks dengan kerap kerana ia menghindarkan berlakunya penuaan dengan cepat.

    P/S : Amalkan SEKS selepas NIKAH ya....baru sihat & kuat...hihi...^_^ Untuk yg belum bernikah...cepat2 la nikah & kahwin...:)


    Pramugari a.k.a Flight Attendants Dari Seluruh Dunia (Pt 1)

    Brazil, Azul Brazilian Airlines

    Singapore, Singapore Airlines

    United Arab Emirates, Emirates Airlines

    United Arab Emirates, Ethiad Airlines

     United States, Pan American World Airlines

    South Korea, Korean Air

    South Korea, T'way Airlines

     Belgium, Brussels Airlines

    Canada, Porter Airlines

    Hungary, Wizz Air

    Ukraine, Windrose Airlines

    Netherlands, Martinair

    Jordan, Royal Jordanian Airlines

     France, Air France

    Finland, Finnair

    Indonesia, Pelita Air

    Australia, Australian Airlines

    Vietnam, Vietnam Airlines

    Slovakia, Sky Europe

    Germany, Lufthansa, festive attire for attendants Oktoberfest

    Germany, Lufthansa

    Germany, Air Berlin

     Bolivia, AeroSur

    Malaysia, Airasia

    Malaysia, Firefly
    p/s : teringin nak naik kapal terbang...:(

    Sunday, November 27, 2011

    Gambar -Gambar Menarik Sekitar Majlis Malaysia Islamic Fashion Festival (MIFF)

    Pada 15 November 2011 yang lalu telah berlangsungnya Malaysia Islamic Fashion Festival yang gilang gemilang di Kuala Lumpur...Jom layan gambar-gambar kat bawah ni...








    Cantik & sopan kan..sejuk je mata tengok..hiksss..;)

    Salam Maal Hijrah 1433


    Salam Maal Hijrah pada semua kawan-kawan....Semoga kehadiran tahun baru ini menjadi titik permulaan kepada segala kebaikan & kebajikan yang akan dilakukan...semoga kita menjadi insan yang lebih baik & berguna pada bangsa,agama & negara,,,,

    Thursday, November 24, 2011

    :: Kelebihan Ayat Kursi ::


    Terjemahan ayat kursi :
    “Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk Nya,tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat disisi Allah tanpa izin Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikendaki Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Al-Baqarah 225)

    Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”
    Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?” Sabda Rasulullah S.A.W, ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”

    Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur’an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

    Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

    Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur’an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur’an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

    Fadhilat & Kelebihan Ayat Kursi 
    • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.
    • Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
    • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya.
    • Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah.
    • Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga.
    • Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
    • Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
    • Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
    • Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

    #Sebarkanlah ilmu walaupun hanya sebaris ayat....Wallahualam....Renung2kan & Selamat Beramal...;) 

    Credits info untuk :BloggerMuslim (tQ..)





    Goji Berries Simple Tea

    Korang semua dah tau kan ape khasiat Goji Berries nie...sekarang meh aku ajar wat Teh Goji Berries yang simple lagi sedap & segar....

    Bahan-bahannya :
    Teh Hijau (sebenarnya bole guna apa jenis teh pun..tapi aku suka teh hijau)
    Gula Batu Madu (gula pasir pun bole yer )
    Goji Berries secukupnya (aku selalu amik segenggam)


    Caranya :
    - Macam korang buat air teh biasa...Aku suka rebus air,masukkan goji berries bila air dah mula mendidih,masukan gula dan akhir sekali masukkan teh hijau...seduhkan teh selama 1-2 minit & sedia untuk diminum...:)

    *Goji berries tu bole dimakan sekali sebab dia dah lembut...:)
    *Kalau nak lagi sedap bole campurkan Bunga Teh Chrysanthemum & Kurma Merah & Lemon...:)


    Teh Goji Berries



    Goji Berries

    Salam..ape khabar semua...Harap korang semua sihat la yer...Hari ni aku nak share info  pasal Goji Berries ..korang semua tau tak pasal  Goji Berries??? Aku ter'eksited' lak nak amik tau pasal Goji Berry ni bila aGojiaca satu keratan artikel dalam Majalah Rapi Bulan November 2011 ni Bil 176....menurut artikel tu Goji Berry ni mampu untuk memulihkan penglihatan dalam masa yang singkat!!!!!!! 
    Haaa...best kan???Lagi-lagi untuk orang yang rabun cam aku ni..hehehe...Jadi aku merajinkan diri meng'Google' segala info yang ada tentang Goji Berries ni..Ok meh kita 'chekidout' ape & ape kah khasiat Goji Berries....


    Apa itu Goji Berries??
    Goji Berries atau pun lebih dikenali dengan nama "Wolfberry"@ Lycium barbarum, @ gou qi zi @ Fructus lycii telah digunakan selama 6,000 tahun oleh pakar herba di China, Tibet dan India.
    Haaa..ni la rupa Goji Berries yang dah di keringkan.... 
    Dried Goji Berries
    .Khasiat Goji Berries??

    Penyelidikan & kajian telah menunjukkan bahawa ini Goji Berries mampu :



    • Melindungi sel-sel dari penuaan sebelum masanya melalui tindakan antioksidan yang kuat.
    • Meningkatkan tenaga dan kekuatan anda.
    • Menggalakkan gula dalam darah yang normal.
    • Menyokong kesihatan kardiovaskular dan jantung.
    • Menyokong sistem imun dalam badan.
    • Kandungan Vitamin C yang lebih banyak daripada Oren.
    • Melindungi hati.
    • Membantu penglihatan mata serta dapat memulihkan Katarak.
    • Memperbaiki fungsi seksual dan kesuburan.
    • Menguatkan kaki.
    • Meningkatkan tahap imunisasi.
    • Meningkatkan peredaran darah.
    • Memanjangkan umur. (wallahualam...)

    Pokok Goji Berries
    Goji Berries juga kaya dengan antioksidan, terutamanya karotenoid seperti beta-karotena dan Zeaxanthin. Salah satu peranan utama Zeaxanthin adalah untuk melindungi retina mata dengan menyerap cahaya biru dan bertindak sebagai antioksidan.Malah,meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi zeathanthin boleh mengurangkan risiko membangunkan degenerasi makular berkaitan umur (AMD), iaitu punca utama kehilangan penglihatan dan buta pada orang yang berumur lebih 65 tahun.

    Frozen Goji Berries
    Bagaimanakah rasa Goji Berries??
     Goji Berries mempunyai rasa masam yang sederhana dan juga sedikit manis .Goji Berries mempunyai bentuk yang sama dan tekstur yang kenyal seperti kismis.

    Goji Berries fresh & dried


    Goji berries ni sedap tau kalau rendam jadikan air macam kita minum teh tu..aku suka layan makan goji nih...kalau kering pun bole nak makan wat macam kismis..layan tak layan je la.Jadi mari la kita sesama jadikan goji berries sebagai amalan dalam pemakanan seharian kita.













    Tuesday, November 1, 2011

    1.11.11


    Assalamualaikum semua...:)
    Ape kabar korang semua...dah lama bangat aku tinggal kan 'umah' aku ni...sawang jangan kira la kan....debu habuk semua complete..heheh...ni semua gara-gara internet tak berbayar la ni...:(
    Padan muka aku..heheh..
    Ape ade pada 1.11.11 nie??? Sebenarnya tak de pape pun yang istimewa dengan tarikh hari ni....saje jewat gempak...(gempak ke ???) heheh...
    Tapi hari ni sempena tarikh cun ni dapat juge aku online dan share something kat sini...Rindu rasa nyer nak merepek kat sini...
    Actually banyak menda aku nak share dengan korang semua...banyak menda yang aku nak tulis..macam-macam benda jadi sepanjang aku tak 'menyinggah' kat sini...Tak pe slow-slow nanti aku cerita....;)
    Saje je aku post tarikh ni...unik...1.1.11...pasni 11.11.11..pastu 20.11.2011...kejap je dah nak habis tahun 2011 ni kan...azam tahun 2012 dah ade ke?? hihi...jom kita pikir-pikirkan bersama ek...;)


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...