Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Saturday, February 26, 2011

Kenali Bentuk Muka Dan Bentuk Bingkai Kaca Mata Yang Sesuai

Assalamualaikum semua..hi...diharapkan korang semua sihat-sihat la ye...Kali ni aku nak kongsi tips bagaimana nak memilih bingkai kaca mata (frame) yang sesuai dengan bentuk muka..Honestly aku sebagai salah seorang pemakai kaca mata (spek) memang kadang-kadang pening nak pilih frame yang sesuai dengan bentuk muka aku yang aku rasa bulat ni..huhu..kadang-kadang kita tengok orang lain pakai cantik je cermin mata tu..tapi bila aku yang pakai...buwOook la pulak..hahah...so meh kita sama-sama baca bingkai (frames) yang manakah yang sesuai dengan bentuk muka kita ok??...layannn~~~

                                 

Bagi mereka yang bentuk muka petak.
-Lebar dahi, tulang pipi dan rahang seimbang sehingga terbentuk seperti kotak atau persegi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai….
*Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya…iaitu lebih tebal di bahagian atasnya..

Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak….oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda.


 Bagi mereka yang bentuk muka bujur sirih.
Bingkai cermin mata yang sesuai: Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda….tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau “jatuh” kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.


   Bagi mereka yang bentuk muka Oblong.
-Muka lebih panjang dari lebar muka seseorang itu, mempunyai garisan lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang panjang.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh.
*Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.

Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam “memendekkan” hidung dan kaki (temple) yang “jatuh” akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek.


  Bagi mereka yang bentuk muka Bulat.
Muka di mana, lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
*Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang….
*Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat..

Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.
  
 Bagi mereka yang bentuk muka Diamond (Berlian).
-Muka yang berbentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yang sempit pada mata dan rahang, serta dahi dan pipi yang kecil. Tulang pipi selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya.
*Frameless adalah pilihan yang sesuai.
*Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai.

Tips: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban).
  
 Bagi mereka yang bentuk muka heart (Hati).
-Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yang sangat luas dan tulang pipi yang sangat tinggi. Bahagian dagu pula kecil berbanding kawasan dahi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.

Tips: Bentuk muka ini merupakan bentuk muka yang sukar untuk dipadankan dengan bingkai kacamata disebabkan hampir kesemua bentuk bingkai akan menyerlahkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu rimless adalah pilihan terbaik untuk anda.

 Bagi mereka yang bentuk muka segi tiga.
-Muka berbentuk segitiga mempunyai kawasan dahi yang kecil manakala kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut.

# So amacam..dah tau bingkai mana yang sesuai dengan anda???

7 comments:

  1. huhu..akak selalu fail bab pilih spek ni..

    Jom skodeng :Notre Belle Histoire

    ReplyDelete
  2. Salam Aida..
    Akak pun pakai kaca mata jugak..tp muka
    akak bentuk apa eh??? Konpius pulak hehehe...

    ReplyDelete
  3. MeylaH : Thnxs dear..;)

    Tomato : samala..i pun bulat.hahahah..:)

    kak has : long time no see u..hikhik...sama la kak..aida pun sama selalu fail...geram sgt..hihi..:P

    kak Naz : heheh...g tengok betul2 kat cermin...jgn bentuk heksagon dah le kak..heheh..;)

    ReplyDelete
  4. bagus info ni.. bolehlah dijadikan panduan. akak pun tengah berkira2 nak tukar spek baru ni.. skrg dah rabun dekat jugak so pakai spek rabun jauh ni dah tak sesuai.. bila nak baca je kena bukak spek.. adehh...

    re: thanks komen kat sambal hitam pahang tu yer.. sorry lambat buat kunjungan balas

    ReplyDelete
  5. Salam..
    good info..
    tgh mencari2 info pasal bingkai yg sesuai utk muka.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...