Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Tuesday, December 22, 2009

~ AidiLaDha 2009 ~


SALAM AIDILADHA SEMUA..

Seperti biasa pagi ni aku bangun awal..selesai segala2 nya,aku menolong mak di dapur..hehe siap kan juadah raya..so yummy....Hari ni mak masak special..ada ketupat nasi,kuah kacang,serunding daging, nasi minyak,ayam masak merah,dalca,jelatah,kek marble& kerepek2(beli kat kedai jer)...memang sedap sangat...Macam biasa,walau pun kita orang ni hidup kat area yang boleh di kategorikan sebagai bandar,tapi kita orang tak lupa bertukar2 juadah raya sesama jiran..so far,alhamdulillah sifat kejiranan di sini masih kuat..kalau ada yang susah akan ada jer yang datang membantu..
Lepas semua nya selesai dan lepas sembahyang raya,ayah ajak kami sekeluarga g menziarah pusara arwah kembar aku di kampung Baiduri Pj..;( Erm..mengikut sejarah kelahiran yang diceritakan oleh mak aku.. dulu aku lahir tak cukup bulan & kembar tak seiras..So kembar aku tu lelaki..ayah sempat beri nama pada kembar "MOHD HIDAYAT".,cuma sayang umur nya tak panjang,sehari selepas kelahiran dia kembali di jemput Illahi...allah sangat sayang pada nya..sedih...;(
Selasai ke kubur, we all pun bertolak nak balik ke rumah..tapi dalam perjalanan balik kami lalu di tapak rumah lama..dah dekat 10 tahun lebih kami pindah dari sisni..ayah ajak singgah..memang banyak memori keluarga kat sini...Rasa macam kejap jer masa berlalu..rasa kenangan tu macam semalam jer berlaku..;) ada la aku snap 2-3 pic wat kenangan..dah semak pun tempat tu...
Sebelum sembahyang jumaat,kami pun sampai rumah..nama pun raya haji,so tak la ramai yg dtg ke rumah macam raya puasa..lagi pun kebanyakkan jiran ada yang pulang ke kampung..so kami pun berehat2 je la..tengah2 rileks,sedara mara & sepupu belah my mum datang...heheh kena la layan...Kalau nama seara mara belah my mum..memang kecoh la rumah!!
seronok dapat kumpul ramai2,makan & gelak sama2..;) happening!!
Habis jer semua mkn...lepas dah puas berborak kita orang tukar port lak ke rumah Opah di Kondo RakyatPantai Dalam..haha..sambung acara mengisi perut beramai2..heheh..Cik elly masak Mee rebus(sedap!!!),ketupat,rendang ayam,kek lapis(cik ella beli),agar-agar laici...memang makan sampai tersandar la..pas mkn kita orang sambung lagi b ersembang..ni je la masa yang ada untuk berkumpul ramai2..memang meriah sangat..;)
Lepas Isyak baru kita orang balik..memang letih..tapi seronok dapat berkumpul sama2..;)
Semoga aku dapat meyambut Aidiladha tahun hadapan bersama2 dengan org2 yang aku sayang lagi..;)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...