Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Sunday, January 17, 2010

RESEPI FROM 'KULINARI DAISY CHEF LIZA'

Episode 14 (A)
Pai Choux Buah Blueberi


Bahan-bahan
A: 120 gm Minyak Jagung Daisy
250 gm Air
½ sudu kecil Garam
150 gm Tepung Gandum
1 sudu besar Serbuk Penaik

B: 4 biji Telur

C: 50 gm Badam Keping

Hiasan
250 gm Krim Putar
200 gm Inti Blueberi
50 gm Gula Aising
100 gm Emping Jagung (Conflake)

Cara-cara
1. Masukkan air dan garam ke dalam periuk, masak sehingga mendidih.
2. Masukkan Minyak Jagung Daisy, biar mendidih.
3. Setelah itu, masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah dicampur tadi ke dalam adunan A, kacau sehingga sebati sampai ia menjadi doh (choux).
4. Setelah adunan doh (choux) sejuk, putar 1 minit dan masukkan telur sebiji demisebiji,sebatikan.
5. Adunan choux dimasukkan kedalam kantung plastik, dan dipicit membentuk bulatan. Tabur badam keping di atasnya.
6. Bakar selama 25 - 30 minit pada suhu 170°C.
7. Setelah choux tadi sejuk, potong dibahagian tengah dan picit krim yang telah dicampur dengan inti blueberi.
8. Hias dengan gula aising.

Episode 14 (B)
Kari Kepala Ikan


A: 1 Ketul Kepala Ikan Jenahak
2 potong Isi Ikan

B: Tumis:
1 sudu besar Minyak Masak Daisy Blend
1 biji Tomato merah – dipotong dadu
4 ulas Bawang merah - mesin
4 ulas Bawang putih – mesin
1 tangkai Daun Kari
1sudu kecil Halba Campur

C: Campur dan sebatikan:
4 sudu besar Rempah Kari Daging
3 ulas Bawang Merah – mesin
3 ulas Bawang Putih - mesin
1 sudu besar Cili Mesin 2 cawan Air

D: 10 batang Kacang Bendi
3 biji Tomato Merah
3 cawan Santan Sederhana
1 cawan Air Asam Jawa
1 batang Daun Bawang
1 sudu kecil Garam
½ sudu kecil Gula

CARA-CARA:
Panaskan Minyak Masak Daisy Blend. Tumis tomato merah, masak sehingga lembut. Masukkan bawang merah,bawang putih, daun kari dan halba campur, biar garing.
Masukkan bahan C yang telah dicampur, masak sehingga hilang bau rempah.
Masukkan air asam jawa dan santan sederhana.
Bila mendidih, masukkan kepala ikan jenahak dan isi ikan.
Masukkan kacang bendi, tomato merah dan daun bawang.
Masukkan garam dan gula.
Masak sehingga pecah minyak
Siap untuk dihidang.




Episod 13(Nasi Sotong Berempah Tarjine & Kek Hazelnut Lebaran)
Episode 13 (A)

Nasi Sotong Berempah Tarjine

A: 1 kg Sotong Basah – di tumis

B: Tumis:
1 cawan Minyak Masak Daisy Blend
4 ulas Bawang Merah - mesin
1 ulas Bawang Putih - mesin
4 cm Halia – mesin
1 labu Bawang Besar - mesin
2 sudu besar Rempah Kerutub Masala
1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
2 batang Kulit Kayu Manis
5 biji Buah Pelaga

C: 30 gm Kismis
30 gm Gajus
4 biji Cili Hijau

D: 3 cawan Beras Basmati
4 cawan Air
½ cawan Tairu
1 ikat Daun Ketumbar
½ sudu kecil Garam

CARA-CARA:
Panaskan 1 cawan Minyak Masak Daisy Blend, tumis sotong dan angkat, ketepikan.
Panaskan Minyak Masak Daisy Blend, tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, kulit kayu manis dan buah pelaga, biar garing.
Masukkan rempah kerutub masala dan serbuk jintan manis.
Masukkan sotong yang di tumis tadi, masak 5 minit.
Sotong diangkat terlebih dahulu, ketepikan
Baki kuah tadi, masukkan air dan tairu ke dalam kuali, biarkan mendidih.
Masukkan beras basmati, kismis, gajus dan juga garam, kacau sebati.
Apabila hampir kering, masukkan sotong, daun ketumbar dan cili hijau. Kemudian masak lagi 10 minit.
9. Siap untuk dihidang.


Episode 13 (B)
Kek Hazelnut Lebaran


Bahan-bahan
A: 8 biji Telur Kuning
40 gm Gula Kastor
60 gm Air Oren

B: 2 sudu besar Kulit limau - diparut
200 gm Tepung Gandum

C: Meringue:
8 biji Telur Putih
200 gm Gula Kastor
1½ sudu kecil Krim Tartar

D: 140 gm Minyak Jagung Daisy

Hiasan
2 keping Kek Perisa Vanilla
150 gm Krim Hazelnut
250 gm Krim Putar
200 gm Anggur Hijau
100 gm Gula Kastor
1 biji Telur Putih
- pukul dengan garfu
100 gm Emping Jagung (Conflake)

Cara-cara:
1. Putar telur kuning selama 2 minit, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, putar lagi 3 minit. Masukkan air oren, putar 1 minit, ketepikan.
2. Dalam mangkuk yang berasingan, putar telur putih 2 minit, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, putar 3 minit dan masukkan krim tartar putar 1 minit,ketepikan.
3. Di dalam mangkuk yang berasaingan, gaul bahan B sehingga sebati.
4. Adunan C iaitu meringue, dimasukkan sedikit demi sedikit didalam adunan A iaitu telur kuning tadi.Kacau sebati.
5. Adunan B iaitu tepung dimasukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan meringue dan akhir sekali masukkan Minyak Jagung Daisy, kacau sebati.
6. Tuang dalam loyang pembakar 14 inci x 15 inci.
7. Bakar selama 30 - 40 minit pada suhu 165°C.
8. Setelah kek sejuk, potong kepada 5 bahagian
memanjang. Setiap bahagian dipotong 2 lapisan. Setiap lapisan disapu dengan krim hazelnut dan gulung,ulang langkah sehingga membentuk 1 biji kek.
9. Satu keping kek vanilla diletakkan dibawah kek dan satu keping lagi diletakkan di atas kek hazelnut yang telah siap digulung.
10. Celup anggur di dalam telur putih yang telah dipukul dengan garfu dan golekkan didalam gula kastor.
11. Hias kek dengan krim putar dan letakkan anggur yang telah dicelup dengan gula kastor tadi, juga letakkan conflake ditepi kek.
12. Siap untuk dihidang.


Episod 12(Apam Gula Merah & Semur Daging Lembu)


Episode 12 (A)
Apam Gula Merah


Bahan-bahan
A: Masak Seperti Gula hangus:
3 cawan - Gula Pasir
2 ½ cawan - Air

B: ¼ cawan - Air


C: 10 biji - Telur
1 tin kecil - Susu Manis
1 sudu kecil - Garam

D: 1 ¼ cawan - Tepung Gandum
1 ¼ cawan - Tepung Naik Sendiri
¾ sudu besar - Bikarbonat Soda


E: ½ cawan - Minyak Jagung Daisy
½ sudu kecil - Esen Vanilla

Cara-cara

1. Masak Bahan A selama 10-15 minit hingga menjadi gula hangus. Kemudian, masukkan ¼ cawan air ke dalam gula hangus tadi dan sejukkan.
2. Putar telur dan susu manis selama 3 minit, masukkan garam putar lagi 1 minit.
3. Sebatikan kesemua bahan D dan masukkan ke dalam adunan telur tadi.
4. Masukkan esen vanilla dan Minyak Jagung Daisy dan kacau rata.
5. Tuangkan ke dalam loyang, biar 1 jam dahulu
6. Bakar selama 45 minit pada suhu 160°C.

Episode 12 (B)
Semur Daging Lembu

Bahan-bahan:

A: 1 kg Daging
2 cawan Santan Cair

B: 4 ulas Bawang Merah – dikisar halus
4 ulas Bawang Putih - dikisar halus
4 cm Halia - dikisar halus

C: 1 cawan Minyak Masak Daisy Blend

D: 1 sudu besar Serbuk Ketumbar
1 sudu kecil Serbuk Jintan manis
1 sudu besar Serbuk Lada hitam
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
½ sudu kecil Halba
1 tangkai Daun Kari
¼ cawan Air

E: 1 biji Air Limau nipis
½ sudu kecil Garam
2 sudu besar Gula Merah

CARA-CARA:
Daging dipotong kepada 2 bahagian dan dicucuk keliling daging. Rebus bersama santan cair selama 1 jam, ketepikan.
Panaskan Minyak Masak Daisy Blend, tumis bahan B sehingga garing dan naik bau.
Masukkan bahan D, masak seketika.
Kemudian, masukkan Bahan E, kacau sebati.
Di dalam kuali yang lain, panaskan 1 cawan Minyak Masak Daisy Blend, goreng daging yang dipotong nipis dan tidak putus.
Daging yang siap digoreng, diletakkan di atas pinggan dan tuang kuah rempah tadi.
Siap untuk dihidang.


Episod 11(Kek Prune Walnut & Sambal Sate Paru)
Episode 11 (A)
Kek Prune Walnut


Bahan-bahan
A: Masak sehingga mendidih:
300 gm Air
200 gm Gula Kastor
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar Madu
150 gm Buah Prune - potong kecil

B: 100 gm Minyak Jagung Daisy

C: 200 gm Tepung Gandum
30 gm Serbuk Koko
1½ sudu kecil Serbuk Penaik
1 sudu kecil Bikarbonat Soda
100 gm Walnut - cincang kasar

D: 3 biji Telur Putih
1 sudu kecil Krim Tartar
2 sudu besar Gula Kastor

Hiasan
Marachino Ceri yang dicelup coklat
Coklat putih
Coklat
Gula Aising

Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk, masak selama 3 minit sehingga mendidih,
kemudian sejukkan.
2. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk pengadun, putar 2 minit, kemudian masukkan Minyak Jagung Daisy sedikit demi sedikit, putar lagi 2 minit.
3. Campurkan kesemua bahan C, kemudian masukkan ke dalam adunan A sebatikan.
4. Di dalam mangkuk pengadun yang berasingan, masukkan telur putih dan putar 2 minit dengan kelajuan sederhana, kemudian masukkan krim tartar dan gula kastor. Putar sehingga pekat selama 2 minit.
5. Adunan telur putih dimasukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan kek prune, kacau sebati. 6. Tuang adunan kek ke dalam acuan pembakar.
7. Bakar selama 20 minit pada suhu 165°C.
8. Apabila sejuk, bolehlah dihias dengan marachino ceri yang dicelup coklat, gula aicing, coklat dan coklat putih.


Episode 11 (B)
Sambal Sate Paru


A: 1 kg Paru – rebus lembut & potong kecil

B: Tumis
¾ cawan Minyak Masak Daisy Blend
1 biji Tomato Merah – dadu
2 batang Serai
2 batang Kulit Kayu Manis
2 kuntum Bunga Lawang
3 biji Buah Pelaga

C: Mesin & Goreng:
2 inci Lengkuas
10 biji Cili Kering
1 cawan Kacang Tanah
5 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
3 cm Belacan
¼ cawan Air

D: 2 sudu besar Air asam Jawa
1 sudu besar Garam
3 sudu besar Gula Merah
½ cawan Santan

Hiasan:
Lidi sate
Timun
Tomato

CARA-CARA:
Goreng paru terlebih dahulu, ketepikan.
Panaskan Minyak Masak Daisy Blend, tumis bahan B sehingga garing. Masukkan bahan C.
Kemudian, masukkan air asam jawa, garam, dan gula merah dan masuk selama 5 minit.
Masukkan santan, masak biar pekat. Masukkan paru, masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.
Cucukkan paru dengan lidi sate, hias dengan timun dan tomato.
Tuangkan lebihan kuah sate ke atas paru
Siap untuk dihidang.


Episod 10(Biskut Kelapa Ceri & Roti Pisang Kacang Campuran)
Episode 10 (A)
Biskut Kelapa Ceri

Bahan-Bahan:

A:40 gm - Gula Kastor
90 gm - Tepung Naik Sendiri
80 gm - Tepung Gandum
30 gm - Tepung Kastard
20 gm - Tepung Ubi
30 gm - Kelapa Kering
30 gm - Serbuk Kelapa
30 gm - Serbuk Badam

B: 110 - 130 gm - Minyak Jagung Daisy
1/4 sudu kecil - Esen Ros
1/8 sudu kecil - Garam Halus

Hiasan
Sapuan Telur
1 biji - Telur
1 sudu besar - Susu Cair
40 gm - Ceri Merah - dicincang halus
30 gm - Kelapa Kering

Cara-cara
1. Campur kesemua bahan A dalam mangkuk dan putar selama 2 minit dengan kelajuan perlahan.
2. Masukkan bahan B ke dalam adunan A - sebatikan.
3. Canai adunan dan terap dengan acuan biskut. Gunakan garfu dan goreskan pada permukaan biskut untuk mendapat permukaan bergerutu.
4. Sapukan sapuan telur di atas biskut dan tabur ceri merah yang dicampur kelapa kering.
5. Bakar pada suhu 170ºC selama 25-30 minit.


Episode 10 (B)
Roti Pisang Kacang Campuran

Bahan-Bahan:

A: 80 gm - Minyak Jagung Daisy
3 biji - Telur- Gred A
160 gm - Gula Perang

B: 300 gm - Buah Campuran
100 gm - Ceri Merah dan Ceri Hijau
100 gm - Buah Kurma- digunting memanjang
80 gm - Walnut- dicincang kasar
1/2 sudu kecil - Serbuk Buah Pala

C: 220 gm - Tepung Gandum
1 sudu besar - Serbuk Penaik
3 sudu besar - Susu Segar
1 sudu besar - Air Oren
1 sudu kecil - Kulit Oren- diparut

Hiasan
30 gm - Ceri Merah
30 gm - Ceri Hijau
40 gm - Badam (dicincang)

Cara-cara:
1. Masukkan pisang dan gula kastor ke dalam mangkuk dan putar selama 3 minit - kelajuan sederhana.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji - putar 3 minit. Perlahankan mesin, masukkan susu segar sedikit demi sedikit - putar 1 minit.
3. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A sedikit demi sedikit dan tuangkan Minyak Jagung Daisy sedikit demi sedikit - kacau rata dan sebatikan.
4. Akhir sekali masukkan Bahan D.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan tabur cip coklat sebagai hiasan.
6. Bakar pada suhu 170ºC selama 40-50 minit.


Episod 9(Kek Yogurt Mangga & Quiche Sayuran)
Episode 9 (A)
Kek Yogurt Mangga

Bahan-bahan

A: 2 biji Telur
3 biji Kuning Telur
1 sudu kecil Pemantap Kek
100 gm Gula Kastor
¼ sudu kecil Garam
1 sudu kecil Pewarna Kuning

B: 120 gm Minyak Jagung Daisy
80 gm Minuman Yogurt Mangga
2 sudu besar Yogurt Mangga

C: 30 gm Serbuk Gajus
20 gm Tepung Jagung
120 gm Tepung Naik Sendiri
60 gm Tepung Gandum

Cara-cara:
1. Putar telur, kuning telur dan pemantap kek selama 1 minit. Masukkan gula kastor dan garam, putar lagi 4 minit dengan kelajuan
sederhana.
2. Masukkan pewarna kuning dan minuman yogurt mangga sedikit demi sedikit. Putar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan yogurt mangga dan bahan C yang telah dicampur sekali.Gaul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan Minyak Jagung Daisy.
5. Tuang kedalam loyang.
6. Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 165°C.
7. Sejukkan kek dan hias dengan hirisan mangga, ceri merah/hijau dan daun pudina.


Episode 9 (B)
Quiche Sayuran


Bahan-bahan
A: Pastri :
250 gm Tepung Gandum
20 gm Susu Tepung
30 gm Gula Kastor

B: 120 gm Minyak Jagung Daisy
½ sudu kecil Esen Vanilla
⅛ sudu kecil Garam

Inti
3 sudu besar Lemak Sapu Farmcows
1 biji Bawang Besar - potong dadu
15 biji Cendawan butang - hiris nipis - nipis
1 batang Pokok Bawang putih - hiris memanjang
100 gm Brokoli

SOS
180 gm Susu Segar
120 gm Krim Tawar
½ sudu kecil Garam
3 biji Telur

Cara-cara:
1. Putar bahan A selama 2 minit.
2. Masukkan semua bahan B dan putar lagi 1 minit.
3. Adunan pastri tadi dimasukkan ke dalam acuan tart dan diratakan menggunakan sudu.Gunakan garfu untuk cucuk di permukaan pastri untuk mengelakkan gelembong udara.
4. Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 165°C.
5. Untuk membuat inti, panaskan lemak sapu Farmcows, masukkan bawang besar, cendawan butang, pokok daun bawang putih dan brokoli. Masak sehingga layu, dan ketepikan.
6. Masukkan inti yang telah dimasak kedalam pastri yang telah dibakar.
7. Untuk membuat sos: Masukkan kesemua bahan A (sos) kedalam periuk, masak sehingga mendidih, kemudian angkat dan tuang kedalam telur dan kacau sedikit demi sedikit hingga sebati.
8. Tuang sos tadi ke dalam pastri yang telah berinti.
9. Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 170°C.



Episod 8(Kek Karot Berempah / Kek Lobak Kayu Manis & Biskut Kacang Daisy)
Episode 8 (A)
Kek Karot Berempah / Kek Lobak Kayu Manis

Bahan-bahan

A: 4 biji - Telur- Gred A
220 gm - Gula Kastor
1/2 sudu kecil - Garam

B: 200 gm - Minyak Jagung Daisy
200 gm - Lobak Merah- diparut kasar
60 gm - Walnut- dicincang kasar

C: 300 gm- Tepung - Naik Sendiri
1 sudu kecil - Serbuk Penaik
1/2 sudu kecil - Soda Bikarbonat
1/2 sudu kecil - Serbuk Kulit Kayu Manis

Frosting" keju:
1 sudu kecil - Minyak Jagung Daisy
250 gm - Keju Krim
80 gm – Lemak Sapu Farmcows
50 gm - Gula Aising
2 sudu besar - Jus Oren
12 - 15 biji - Marzipan Lobak Merah

Cara-cara
1. Putar telur selama 2 minit, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit - putar 3 minit.
2. Masukkan garam - putar dengan kelajuan sederhana.
3. Masukkan Minyak Jagung Daisy sedikit demi sedikit, putar lagi 1 minit.
4. Masukkan lobak merah dan walnut. Perlahankan mesin, masukkan bahan C - kacau sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek dan bakar pada suhu 170ºC selama 40-50 minit - sejukkan.
6. Untuk membuat "frosting" keju, putar keju krim dan lemak sapu Farmcows selama 2 minit. Masukkan gula aising - putar lagi 3 minit.
7. Akhir sekali masukkan jus oren dan Minyak Jagung Daisy - sebatikan.
8. Hias kek lobak merah dengan "frosting" keju dan letakkan marzipan lobak merah sebagai hiasan.


Episode 8 (B)
Biskut Kacang Daisy

Bahan-Bahan
A: 120gm - Tepung Naik Sendiri
60 gm - Tepung Gandum
40 gm - Tepung Beras
60 gm - Gula Perang Halus
20 gm - Gula Kastor
1/2 sudu kecil - Serbuk Penaik
1/2 sudu kecil - Bikarbonat Soda

B: 100 gm - Kacang Tanah- bakar dan mesin halus
60 gm - Emping Jagung (Cornflakes) - mesin halus
1 sudu besar - Mentega Kacang Daisy

C: 120 gm - Minyak Jagung Daisy
1 sudu kecil - Madu

Sapuan Telur
1 biji - Telur Kuning
1 sudu besar - Susu Cair
20 gm - Bijan Putih
20 gm - Bijan Hitam

Cara-cara
Campur kesemua bahan A - putar 1 minit dengan kelajuan perlahan, masukkan bahan B - putar lagi 2 minit sehingga adunan sebati.
Masukkan bahan C yang telah dicampur tadi.
Canai adunan setebal ½ cm dan dengan menggunakan penggelek, gelekkan di atas permukaan biskut supaya mendapat garisan dan potong 4.
Sapukan sapuan telur dan tabur dengan bijan putih dan bijan hitam.
5. Bakar pada suhu 165ºC - 175ºC selama 25-30 minit.



Episod 7(Kek Gulung Salad Istimewa & Sambal Udang Cili Hijau)
Episode 7 (A)
Kek Gulung Salad Istimewa

Bahan-bahan

A: 50 gm Minyak Jagung Daisy
4 biji Kuning Telur
½ sudu kecil Garam
50 gm Susu Segar

B: 90 gm Tepung Gandum
1 sudu kecil Serbuk Penaik

C: 4 biji Telur Putih
100 gm Gula Kastor
¼ sudu kecil Krim Tartar

D: Salad:
1 cawan Krim Lemak Sapu FarmCows
2 sudu besar Mayonis
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
2 keping Buah Pic
1 keping Tembikai
10 biji Anggur Hitam
1 biji Buah Kiwi
2 batang Sosej - goreng dan dadu

Cara-cara
1. Putar bahan A sehingga sebati dan gebu dengan kelajuan yang laju selama 5 minit.
2. Perlahan mesin, masukkan bahan B sedikit
demi sedikit.
3. Di dalam mangkuk yang berasingan, putar telur putih, masukkan gula kastor dan cream of tartar. dengan kelajuan sederhana selama 4 minit. Jadikan meringue.
4. Masukkan ke dalam adunan tadi.
5. Tuang dalam loyang berukuran 14 inci x 14 inci.
6. Bakar selama 20 minit pada suhu 160°C.
7. Bila sejuk, sapukan krim lemak sapu FarmCows yang telah dicampur mayonis dan serbuk lada hitam ke atas kek gulung.
8. Tabur buah-buahan yang telah didadu serta sosej.
9. Gulung kemas didalam kain tuala.
10. Simpan di dalam peti sejuk seketika.


Episode 7 (B)
Sambal Udang Cili Hijau


Bahan-bahan

A: ½ kg Isi Udang – dibuang kulit

B: Mesin
4 cm Halia
4 ulas Bawang Putih
4 ulas Bawang Merah
1 labu Bawang Besar
2 cm Belacan

C: 2 sudu besar Serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil Serbuk Kunyit

D: 1 cawan Minyak Masak Daisy Blend
½ cawan Cuka
4 sudu besar Gula Pasir
2 sudu kecil Garam
10 biji Cili Hijau – dibelah di tengah
5 cm Halia Muda – dipotong nipis

CARA-CARA:
Mesin semua bahan B.
Panaskan Minyak Masak Daisy Blend, tumis bahan B yang telah di mesin sehingga garing, Masukkan Bahan C, masak seketika.
Masukkan cuka, gula pasir dan garam.
Masukkan cili hijau sebiji demi sebiji, masak lagi 5 minit, masukkan udang.
Masukkan halia muda.
6. Masak 20 – 25 minit biar pekat. Angkat dan siap untuk dihidang.


Episod 6(Biskut Badam Kasih & Kerutub Masala Ayam)
Episode 6 (A)
Biskut Badam Kasih

Bahan-bahan

A: 150 gm Tepung Gandum
80 gm Tepung Naik Sendiri
30 gm Tepung Beras
1 sudu besar Susu Tepung
40 gm Tepung Jagung
70 gm Gula Kastor

B: 40 gm Emping Jagung (Conflake)
40 gm Gajus
40 gm Oat

C: 150 - 160 gm Minyak Jagung Daisy

Hiasan
50 gm Badam Keping
Sapuan Telur
(Kacau dan tapis)
1 biji Telur
1 sudu besar Susu Cair

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan A dan sebatikan di dalam mangkuk dan putar selama 1 minit.
2. Masukkan bahan B yang telah dimesin halus dan putar lagi 1 minit.
3. Masukkan Minyak Jagung Daisy sedikit demi sedikit.
4. Adunan dicanai dan diterap dengan mengunakan pisau untuk membentuk segi empat memanjang.
5. Sapukan telur dan hias dengan badam keping.
6. Bakar selama 25 - 28 minit pada suhu 170°C.
7. Siap untuk dihidang.


Episode 6 (B)
Kerutub Masala Ayam


A: Tumis:
¾ cawan Minyak Masak Daisy Blend
1 batang Kulit Kayu Manis
3 keping Bunga Lawang
3 batang Serai – diketuk hingga hancur
½ cawan Air

B: Perap:
1 kg Ayam – potong
120 gm Rempah Kerutub Masala
½ cawan Air

B: Kisar:
1 biji Bawang Besar
5 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
4 cm Halia
1 cawan Air

C: ½ kotak M&S Santan (200ml)
3 keping Asam Keping atau Lemon
2 sudu kecil Garam
1 ½ sudu besar Kicap Pekat
1sudu besar Gula Merah

CARA-CARA:
Ayam yang telah dipotong, dicampur dan digaul bersama bahan B dan kemudian perap selama 10 minit. Ketepikan.
Panaskan Minyak Masak Daisy Blend dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan serai, masak sehingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah diperap tadi, masukkan ½ cawan air, kacau sebati dan biar mendidih dengan api sederhana. Biar sehingga kering sedikit selama 10 minit.
Masukkan bahan C, dan masak biar mendidih dengan api yang sederhana.Biar pecah minyak.
Siap untuk dihidang.


Episod 5(Biryani Kambing & Biskut Keju Udang Asin)
Episode 5 (A)
Biryani Kambing


A: Rebus:
1 sudu besar Minyak Masak Daisy Blend
500gm Daging Kambing
1 cawan Tairu
1 cawan Air

B: Tumis
½ cawan Minyak Masak Daisy Blend
4 cm Halia - mesin
4 ulas Bawang Putih - mesin
1 labu Bawang Besar - mesin
1 helai Daun Pandan
3 sudu besar Rempah Biryani
4 biji Tomato Merah
4 kuntum Cengkih
4 biji Buah Pelaga
2 batang Kulit Kayu Manis

C: 4 cawan Beras Basmati
5 cawan Air
1 cawan Susu Cair
2 sudu kecil Garam

D: 1 batang Lobak Merah – diparut
2 helai Daun Salam
1 ikat Daun Ketumbar
½ cawan Air Koma-Koma

CARA-CARA:
Rebus daging kambing dengan tairu, air dan 1 sudu besar Minyak Masak Daisy Blend, biar lembut selama 30 minit.
Panaskan Minyak Masak Daisy Blend, tumis bahan B hingga garing.
Masukkan daging kambing, masak lagi 20 minit.
Angkat daging kambing sahaja dan ketepikan.
Lebihan bahan yang ditumis tadi, masukkan kesemua bahan C dan masak selama 10 minit.
Apabila nasi telah kering, masukkan ke dalam periuk dan kukus.
Letakkan bahan D di atas, nasi dikukus selama 20 minit.
Siap untuk dihidang.

Episode 5 (B)
Biskut Keju Udang Asin


Bahan-bahan
A: 100 gm Tepung Gandum
80 gm Tepung Naik Sendiri
40 gm Tepung Jagung
40 gm Tepung Suji
20 gm Tepung Beras
60 gm Gula Kastor

B: 50 gm Udang Kering (dibakar dan mesin halus)
40 gm Keju Chedar (parut)
¼ sudu kecil Serbuk Cili

C: 120 gm Minyak Jagung Daisy

Hiasan
40 gm Hazelnut
Sapuan Telur:
(Kacau dan tapis)
1 biji Telur
1 sudu besar Susu Cair

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk dan putar 1 minit dengan kelajuan perlahan.
2. Campurkan bahan B, gaul sebati. Masukkan ke dalam adunan A dan putar lagi 1 minit.
3. Masukkan Minyak Jagung Daisy sedikit demi
sedikit. Sebatikan. Rehatkan 10 minit.
4. Masukkan adunan biskut ke dalam acuan nozel dan paip seperti zig zag memanjang.
5. Hias dengan telur sapuan dan hazelnut.
6. Bakar selama 25 minit pada suhu 160 - 170°C


Episod 4(Tart Nanas Istimewa Daisy & Kek Buah-Buahan Kurma )
Episode 4 (A)
Tart Nanas Istimewa Daisy

Bahan-bahan
A: 110 gm - Tepung Gandum
60 gm - Tepung Naik Sendiri
50 gm- Tepung Jagung
30 gm- Tepung Kastard
30 gm- Gula Aising
½ sudu kecil - Serbuk Penaik sudu kecil
½ sudu kecil - Kulit Oren- Diparut

B: 1 Biji - Kuning Telur- Gred B
1sudu kecil - Air Ais
1sudu besar - Air OrenC

C: 140 - 160 gm -- Minyak Jagung Daisy
1/8 sudu kecil – Garam

Hiasan
Sapuan Telur
1 biji - Telur
1 sudu besar - Susu Cair
20gm - Kepingan gula berbunga (Sweeties)

Jem Nanas
1 biji - Nanas masak- diparut
1 1/4 cawan - Gula Pasir
1 batang - Kulit Kayu Manis
1 sudu kecil - Kulit Oren- diparut
1 sudu besar - Tepung Jagung

Cara-cara
Campur kesemua bahan A dalam mangkuk – putar selama 1 minit dengan kelajuan perlahan.
Masukkan bahan B - putar lagi 1 minit.
Akhir sekali masukkan Minyak Jagung Daisy dan garam ke dalam adunan tepung - sebatikan.
Adunan tadi dimasukkan ke dalam acuan tart dan picit memanjang, lebih kurang 4cm-5cm.
Jem nanas tadi dibentuk bujur dan diletakkan di atas tart dan digulung kemas.
Sapukan telur glaze dan hias dengan kepingan gula berbunga (Sweeties), bakar pada suhu 170ºC selama 25-30 minit.

Cara membuat inti nanas
1. Nanas masak diparut dan masukkan ke dalam masak sehingga air nanas kering.
2. Masukkan gula pasir, kacau sehingga gula cair, perlahankan api, masukkan kulit kayu manis.
3. Setelah inti nanas kering, masukkan tepung jagung dan akhir sekali masukkan kulit oren yang diparut - sejukkan.
4. Bentukkan inti nanas menjadi bujur.


Episode 4 (B)
Kek Buah-Buahan Kurma


Bahan-Bahan
A: 80 gm - Minyak Jagung Daisy
3 biji - Telur- Gred A
160 gm - Gula Perang

B: 300 gm - Buah Campuran
100 gm - Ceri Merah dan Ceri Hijau
100 gm - Buah Kurma- digunting memanjang
80 gm - Walnut- dicincang kasar
1/2 sudu kecil - Serbuk Buah Pala

C: 220 gm - Tepung Gandum
1 sudu besar - Serbuk Penaik
3 sudu besar - Susu Segar
1 sudu besar - Air Oren
1 sudu kecil - Kulit Oren- diparut

Hiasan
30 gm - Ceri Merah
30 gm - Ceri Hijau
40 gm - Badam (dicincang)

Cara-cara:
1. Putar telur 2 minit - kelajuan sederhana, masukkan gula perang sedikit demi sedikit - putar lagi 5 minit.
2. Perlahankan mesin, masukkan Minyak Jagung Daisy sedikit demi sedikit, putar lagi 1 minit.
3. Campur kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan telur.
4. Masukkan bahan C, putar 1 minit.
5 .Masukkan adunan kek ke dalam tin pembakar dan hias dengan ceri merah dan hijau dan badam cincang.
6. Bakar pada suhu 170ºC selama 40-50 minit.


Episod 3(Kek Lapis Pandan Daisy & Biskut Horey-Horey Cip Coklat )
Episode 3 (A)
Kek Lapis Pandan Daisy

Bahan-bahan

A: 5 biji - Telur- Gred A
25 gm- Ovalette (Pemantap Kek)
120 gm - Gula Pasir
3/4 sudu besar - Pewarna Hijau
70 gm - Air Pandan (Diambil daripada 3 helai daun pandan dicampur dengan 1/2cawan air mesin dan tapis)

B: 150 gm - Tepung Gandum
70 gm - Tepung Jagung
1 1/2 sudu besar - Serbuk Penaik

C: 150 gm - Minyak Jagung Daisy

Krim pandan
5 biji - Telur
140 gm - Gula Kasar
1/8 sudu kecil - Garam
60 gm - Tepung Jagung
40 gm - Tepung Gandum
2 cawan - Air Pandan (Diambil daripada 6 helai daun pandan dan 2
cawan air - mesin dan tapis)
1 1/2 cawan - Santan (Sederhana pekat)

Hiasan
100 gm - Kelapa Kering,
8Ceri - Merah Bertangkai,
1 helai - Daun Pandan- digunting kecil

Cara-cara
1. Putar telur dan Ovalette selama 3 minit - kelajuan sederhana, masukkan gula pasir sedikit demi sedikit. Putar lagi 5 minit sehingga adunan pekat.
2. Masukkan pewarna hijau dan air pandan sedikit demi sedikit - putar lagi 2 minit.
3. Perlahankan mesin, masukkan bahan B yang telah diayak dan akhir sekali masukkan Minyak Jagung Daisy – sebatikan.
4. Adunan sedia untuk dituang ke dalam acuan pembakar yang telah dilapik kertas. Bakar pada suhu 170ºC selama 30-45 minit.
Cara-cara membuat krim pandan
1. Campur kesemua bahan dan kacau sebati, kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.
2. Setelah krim pandan sejuk, bolehlah disapukan ke atas kek dan lapiskan kek dengan pandan krim. Krimpandan dibuat selang-seli dengan menggunakan kantung plastik dan paip memanjang di atas permukaan kek. Hias dengan ceri merah bertangkai, kelapa kering dan daun pandan yang digunting kecil.Petua :Untuk mendapat kek yang lembut dan gebu, telur hendaklah direndam di dalam air sejuk selama 15 minit.


Episode 3 (B)
Biskut Horey-Horey Cip Coklat

Bahan-bahan
A: 150gm - Tepung Naik Sendiri
60gm - Tepung Gandum
Campur kesemua bahan dan sebatikan
6 gm - Tepung Suji
50 gm - Gula Perang
1 sudu kecil - Bikarbonat Soda

B: 130 gm - Cip Coklat
30 gm - Badam biji Cincang kasar
30 gm - Walnut Cincang kasar
30 gm - Gajus Cincang kasar
40gm - Nestum

C: 130 gm - Minyak Jagung Daisy

Cara-cara:
1. Campur kesemua bahan A ke dalam mangkuk, putar selama 2 minit dengan kelajuan perlahan.
2. Masukkan kesemua bahan B ke dalam adunan A - putar lagi 1 minit.
3. Akhir sekali masukkan Minyak JagungDaisy - kacau sebati.
4. Dengan menggunakan sudu dan garfu, sudukanadunan biskut tadi berbentuk bulat ke dalam tin pembakar dan gores-gores dengan garfu.
5. Bakar pada suhu 165ºC selama 25-28 minit.


Episod 2(Kek Chiffon Mocca Berempah & Biskut Kacang Hijau Daisy )

Episode 2 (A)
Kek Chiffon Mocca Berempah

Bahan-bahan

A: 120 gm - Minyak Jagung Daisy
8 biji - Telur Kuning
40gm - Gula Kastor
½ sudu kecil - Garam
140 gm - Susu Segar

B: 240 gm - Tepung Gandum
1 sudu kecil - Serbuk Penaik
1 sudu kecil - Rempah Campuran
1 sudu besar - Biji Kas-Kas

C: 8 biji - Telur Putih
200 gm - Gula Kastor
1 sudu kecil - "Cream Of Tartar"

Hiasan
200 gm - Krim
100 gm - Hirisan Coklat

Cara-cara:
1. Masukkan kuning telur, gula kastor dan garam ke dalam mangkuk, kacau sebati.
2. Masukkan Minyak Jagung Daisy sedikit demi sedikit, kemudian masukkan susu segar, kacau perlahan-lahan dan masukkan perisa mocca. Akhir sekali masukkan bahan B yang telah dicampur tadi, kacau sehingga sebati.
3. Dalam mangkuk yang berasingan, putar telur putih selama 2 minit, kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan masukkan "cream of tartar" putar lagi 2 minit. Ketepikan.
4. Adunan telur putih dicampurkan sedikit demi sedikit di dalam adunan kek chiffon tadi.
5. Tuang ke dalam loyang/ acuan chiffon yang telah dipanaskan selama ½ jam terlebih dahulu.
6. Bakar selama 50 minit - 1 jam pada suhu 165°C.
7. Setelah sejuk, kek bolehlah dihias dengan krim dan hirisan coklat.



Episode 2 (B)
Biskut Kacang Hijau Daisy

Bahan-bahan
A: 200 gm Serbuk Tepung Kacang Hijau
50 gm Tepung Naik Sendiri
50 gm Tepung Jagung
140 gm Gula Kastor
50 gm Tepung Gandum
50 gm Tepung Ubi

B: Sebatikan
2 biji Kuning telur
⅛ sudu kecil Garam

C: 160 - 180 gm Minyak Jagung Daisy

Hiasan
50 gm Kuaci Hijau
50 gm Badam keeping
Sapuan Telur
1 biji Telur
1 sudu besar Susu Cair

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan putar selama 1 minit.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A, putar lagi 1 minit.
3. Masukkan Minyak Jagung Daisy dan sebatikan.
4. Canai adunan mengikut bentuk, sapukan telur
dan hias bersama kuaci dan badam yang telah
diracik halus.
5. Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 165°C.

Petua : Bakar atau goreng tanpa minyak dahulu kacang hijau supaya baunya sangat harum.





Episod 1 (Makaroni Goreng Berempah & Pai Ceri Aidilfitri)

Episode 1 (A)
Makaroni Goreng Berempah

A: Rebus lembut:
2 sudu besar Minyak Masak Daisy Blend
3 cawan Makaroni
¼ sudu kecil Garam

B: Tumis:
2 sudu besar Minyak Masak Daisy Blend
3 ulas Bawang Merah - mesin
3 ulas Bawang Putih - mesin
1 sudu besar Cili - mesin
1 sudu besar Rempah Kari Daging – campur sedikit air

C: 100 gm Sotong basah
100 gm Udang

D: 100 gm Brokoli
100 gm Cendawan Hitam
1 batang Lobak Merah
1 pokok Daun Bawang Putih
½ biji Cili Benggala Merah
½ sudu kecil Garam
2 sudu besar Sos Lada Hitam
1 sudu kecil Sos Sotong

E: 2 biji Telur – Goreng Hancur
2 sudu besar Bawang Goreng
1 sudu kecil Oregano
1 pokok Daun Bawang

CARA-CARA:
Rebus makaroni bersama garam dan Minyak Masak Daisy Blend. Biar lembut dan tos.
Panaskan Minyak Masak Daisy Blend, tumis bahan B, masukkan sotong dan udang.
Masukkan bahan D serta makaroni.
Masukkan garam dan masak lagi 3 minit
Angkat dan hias dengan telur, bawang goreng, oregano dan daun bawang
Siap untuk dihidang




Episode 1 (B)
Pai Ceri Aidilfitri


Bahan-bahan

A Pastri :
60 gm Minyak Jagung Daisy
10 keping Biskut Serat

B Adunan Kek:
2 biji Telur Kuning
2 biji Telur
1 sudu kecil Pemantap Kek
110 gm Gula Kastor
½ sudu kecil Garam

C :100 gm Tepung Naik Sendiri
50 gm Serbuk Badam
40 gm Tepung Jagung

D: 70 gm Minyak Jagung Daisy

E: 100 gm Buah Ceri Hitam
3 keping Buah Pic

Cara-cara:
1. Biskut serat dimesin dan dicampur dengan Minyak Jagung Daisy, ratakan dalam acuan,
ketepikan.
2. Putar telur kuning dan telur selama 1 minit,
masukkan pemantap kek, putar lagi 2 minit.
3. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, putar lagi 3 minit.
4. Masukkan garam, putar 1 minit.
5. Campurkan bahan C gaul sehingga sebati, dan masukkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
6. Akhir sekali masukkan Minyak Jagung Daisy, sebatikan.
7. Adunan kek dimasukkan ke dalam pastri yang
telah siap diratakan.
8. Aturkan buah ceri dan buah pic.
9. Bakar selama 30 - 40 minit pada suhu 165°C.

1 comment:

  1. Ssalam kak...ada xresepi chef liza utk kek gula hangus? terima kasih kak...mak saya mintak....hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...