Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Saturday, August 13, 2011

Jenis Jenis Pelangi Di Dunia

Salam semua..
Hari ni aku nak share dengan korang semua pasal pelangi..dulu aku ingat pelangi ni sama je...rupa-rupanya pelangi ni ade macam-macam jenis...
Pelangi merupakan salah satu pemandangan indah yang jarang2 kita lihat. Ia ada prosesnya tersendiri menyebabkan pelangi terjadi. Jika lihat bentuk pelangi yang melengkung di langit biru tu muncul oleh kerana pembiasan dari sinar matahari ketika hujan. Biasanya pelangi dapat dilihat di kawasan pergunungan, ketika mendung atau selepas hujan yang beru berhenti. Pelangi merupakan satu2 nya gelombang elektro magnetik yang dapat kita lihat. Ia terdiri daripada beberapa spektrum warna seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu yang hanya boleh dilihat dari mata kasar..Cara untuk saya mengingati susunan warna pelangi ialah melalui rangkap ayat ini "Michael Jackson Kata Hidup Bujang Itu Untung."hehe.
Warna merah memiliki panjang gelombang yang paling besar manakala ungu pula memiliki panjang gelombang yang paling kecil. Kalau hendak mudah, cuba amati ketika sinar matahari mengenai cermin, tepi gelas prisma atau atas permukaan buih sabun. Di sini juga kita dapat melihat pelbagai warna menerusi cahaya ini. Sebenarnya pelangi terjadi ketika cahaya putih dibiaskan dan pada ketika itulah gelombang cahaya yang dilihat oleh mata kita menampakkan pelbagai warna ini wujud. Panjang gelombang cahaya ini membentuk pita garis2 parallel dan tiap2 warna akan membias dengan warna di sebelahnya. Pita ini dinamakan spektrum. Di dalam spektrum, garis merah selalu berada pada salah satu hujung dan ungu pula di sisi yang lain di mana ia ditentukan oleh perbezaan panjang gelombang.

Ketika melihat pelangi, ia sama je bila kita melihat spektrum warna. Lebih jelas lagi ialah pelangi adalah spektrum warna yang melengkung besar disebabkan oleh pembiasan cahaya matahari. Ketika cahaya matahari memancarkan pada titisan air, ia sama seperti menembusi prisma kaca. Jadi di dalam titisan air ni kita sudah mendapatkan warna yang berbeza dari satu ke satu titisan air yang lain. 
Kat bawah ni antara jenis-jenis pelangi yang terdapat kat dunia ni...jom kita tengok....

1. Classic Rainbows: 
  
2. Circular Rainbows:

3. Secondary Rainbows:
  
4. Red Rainbows:
5. Sundogs:
  
6. Fogbows:
  
7. Waterfall Rainbows:
  
8. Fire Rainbows:
  
9. Moonbows:
     
 Cantikkan ciptaan Allah SWT...

 credit : Info dari Catatan Ilusi  & Darxniq








Wednesday, August 10, 2011

Sinopsis Ramadhan Terakhir -Slot Samarinda TV3

Salam semua...
Aku baru je layan drama ni...Jujurnya,episod pertama yang bermula siarannya pada 26 Julai 2011 yang lalu aku tak tengok langsung...aku start layan bila kawan sekerja aku rekomen suruh tengok ...katanya,drama ni best...so aku pun try la layan..masa  tu episod kelima kot..
Aku teruja & kagum tengok lakonan Fazlina Ahmad Daud yang membawa watak Mazni seorang ibu yang sangat sosial & moden,berkesan sungguh...Rasa 'fresh' dapat tengok muka baru (walaupun dia dah lama dalam bidang ni kan)..Takde la tayang muka pelakon yang sama je kan...'Mazni' ni jugak la punca- aku nak tengok & tunggu drama ni setiap hari Selasa sampai Khamis pukul 10.30 malam..Suka sangat tengok muka & watak dia..walaupun garang & sometimes daring...Aku sukaaaa..:)
Kalau ade yang tak tahu,Fazlina ni merupakan adik kepada pelakon hebat Ogy Ahmad Daud...(sama berbakat macam kakak dia kan??) Kalau nak tahu lebih lanjut pasal drama ni...sila baca sinopsis yang aku kongsi dari syaisya.com..thnxs ya syaisya...

PELAKON RAMADHAN TERAKHIR
 Esma Daniel (Hisham)
Fazlina Ahmad Daud (Mazni)
Tasha Shilla (Sakinah)
Aeril Zafril (Daniel)
Eyka Farhana
Nur Anzalna

PENGARAH
Ungku Ismail Aziz

SINOPSIS RAMADHAN TERAKHIR
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mampu untuk bertahan selama beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula di isi oleh Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham? 

Sama-sama la kita tonton apakah kesudahan drama ni yer...aku sendiri pun tak sabar nak tengok...(walau pun pada firasat & tekaan aku-"semua orang akan insaf & menyesal akhirnya..";) terutamanya Mazni...
kan..kan..kan...???hihihi...


Lirik Lagu Jangan Lupa Nama Ku (OST-Ramadhan Terakhir)

Lirik Lagu Jangan Lupa Namaku- Pompa Bensin

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu
Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu


Thursday, August 4, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

 Salam semua...
Pejam celik,pejam celik tak sangka dah 4 hari kita berpuasa...
Cepat betul masa berlalu...lepas ni masing-masing sibuk nak buat persiapan menyambut Hari Raya pulak kan??
Alhamdulillah setakat ni tiada lagi halangan semasa berpuasa...heheh..harap-harap dapat la aku menjalani ibadah puasa kali ni dengan sempurna...Korang pulak macamana??
Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia ni...Sama-sama la kita meningkatkan amal ibadat....Selamat Berpuasa semua...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...