Aku baru je layan drama ni...Jujurnya,episod pertama yang bermula siarannya pada 26 Julai 2011 yang lalu aku tak tengok langsung...aku start layan bila kawan sekerja aku rekomen suruh tengok ...katanya,drama ni best...so aku pun try la layan..masa tu episod kelima kot..
Aku teruja & kagum tengok lakonan Fazlina Ahmad Daud yang membawa watak Mazni seorang ibu yang sangat sosial & moden,berkesan sungguh...Rasa 'fresh' dapat tengok muka baru (walaupun dia dah lama dalam bidang ni kan)..Takde la tayang muka pelakon yang sama je kan...'Mazni' ni jugak la punca- aku nak tengok & tunggu drama ni setiap hari Selasa sampai Khamis pukul 10.30 malam..Suka sangat tengok muka & watak dia..walaupun garang & sometimes daring...Aku sukaaaa..:)
Kalau ade yang tak tahu,Fazlina ni merupakan adik kepada pelakon hebat Ogy Ahmad Daud...(sama berbakat macam kakak dia kan??) Kalau nak tahu lebih lanjut pasal drama ni...sila baca sinopsis yang aku kongsi dari syaisya.com..thnxs ya syaisya...
PELAKON RAMADHAN TERAKHIR
Esma Daniel (Hisham)
Fazlina Ahmad Daud (Mazni)
Tasha Shilla (Sakinah)
Aeril Zafril (Daniel)
Eyka Farhana
Nur Anzalna
PENGARAH
Ungku Ismail Aziz
SINOPSIS RAMADHAN TERAKHIR
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mampu untuk bertahan selama beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula di isi oleh Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?
Sama-sama la kita tonton apakah kesudahan drama ni yer...aku sendiri pun tak sabar nak tengok...(walau pun pada firasat & tekaan aku-"semua orang akan insaf & menyesal akhirnya..";) terutamanya Mazni...
kan..kan..kan...???hihihi...
thanks untuk kredit yang diberikan. Ingatkan Kinah anak papa, rupanya anak mama. Huhu..salah teka dah
ReplyDelete