Blogger Backgrounds

My Birthday

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

SIGN PLEASE..NANTI I JEJAK Uoolllsss..OK???

Monday, January 9, 2017

Pantang larang ketika datang Haid

Hi semua..ok ni ade la serba sedikit pantang larang ketika datang haid or period..Kalau ada lagi pantang pantang tu i will upload later..
  1. Jangan minum air ais, air bergas, dan air kelapa. Semua minuman sejuk tidak boleh diminum kerana boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim. Selepas 5-10 tahun akan menyebabkan kanser rahim. Minuman bergas separti cola, pepsi dan apa saja yang bergas adalah tidak digalakan sama sekali diminum ketika haid. Malah air kelapa juga tidak boleh diminum disaat sedang datang haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim anda sejuk. 
  2. Jangan memcuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka ketika datang haid dan boleh menyebabkan sakit kepala/ kepala masuk angin. Sakit kepala ini boleh dirasa orang muda dan tua. Jika ingin mencuci rambut perlulah menggunakan air panas/suam, dan segera keringkan menggunakan pengering rambut. Anda juga digalakan mandi air panas/suam ketika datang haid. 
  3. Jangan makan timun ketika sedang period kerana getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim. 
  4. Ketika haid tubuh tidak boleh terhantuk, terjatuh, dan terpukul dari benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, rahim boleh terluka.
  5. Jangan makan panadol/ ubat tahan sakit ketika haid. Anda sepatutnya mengamalkan minum air suam. Seseorang yang mengamal minum air suam akan kurang merasa sakit ketika haid, malah tidak merasa sakit perut lansung. Makan panadol ketika haid menyebabkan anda senang keguguran. 

Cara naik LRT dari Puchong ke Kenanga Wholesaler Centre.

Haa..tajuk bukan main kan..Macam nak mengajar olak bunyi nyer..Hee..bukan apa saja jer nak share pengalaman sendiri naik LRT tadi.Ni first time aku naik LRT dari Puchong.
Sebelum ni kalau nak KL, terutamanya kalau nak ke Sogo atau Jalan TAR aku akan parking kereta dan naik di Sri Petaling.Tapi since LRT Puchong/Putra Height dah mula beroperasi aku nak cuba naik dari Puchong la pulak..lagi dekat dengan kawasan rumah aku..So kalau dari Puchong ni..kita bole pilih ler nak amik LRT dari Puchong Prima atau Puchong Perdana..Jadi untuk hari ni..aku pilih nak naik dari Stesen Puchong Perdana.
Sesampai nyer di stesen..korang perlu la yakni wajib yer untuk membeli tiket..err tapi bukan tiket..dorang dah pakai token dah sekarang ni.Korang kena beli token ni kat Mesin yang di sediakan ya.
Memula korang kena pilih laluan yang korang nak pergi.Macam aku hari aku nak pergi ke Kenanga Wholesaler Centre tu..jadi stesen yang berhampiran ialah Stesen Hang Tuah.Mesin akan paparkan harga untuk token..so korang bole bayar guna syiling atau duit kertas.
Tambang ke Stesen Hang Tuah rm 3.80..aku pilih laluan sehala.So nanti balik aku beli lagi token utk balik.Sama jugak rm3.80 lagi..pergi balik korang kira la sendiri..hahha...Dah beli token..jangan lak ko simpan dalam beg waima poket korang..haha..token tu ko kena scan yer kat pintu /laluan masuk..lepas scan baru la ko simpan token tu dalam beg atau poket atau tempat yang korang rasa selamat..kena simpan bebaik tau sebab nanti dah sampai ke stesen yang ditujui..korang kena masuk kan token tu dalam mesin untuk laluan keluar..faham?? Kalau tak faham..sila tanya kaunter. 
Ok..dah scan token untuk masuk..pastu ikut la signboard Laluan ke Sentul Timur..platform 1..jangan korang pegi platform 2 lak..kang tak sampai KL..sampai ke Putra Height plak..haha..kalau confused sila ringan kan mulut tanya kat kaunter lagi ya.
Pastu sila la tunggu LRT korang sampai..Tak lama pun tunggu LRT ni..kejap je dah sampai..Sempat la aku amik selfie sekeping dua..haha..
Lrt dah sampai apa lagi..sila la naik dan enjoy the ride.Perjalanan dari Puchong Perdana ke Stesen Hang Tuah mengambil masa 1 jam.
So aku gerak pukul 1235 tengah hari..Sampai KWC dalam pukul 130 tengah hari..so baik isi perut dulu sebelum shopping.Dekat KWC ni ada banyak tempat makan.Ada restoran makanan segera macam Marrybrown,Subway,Oldtown Kopitiam dan banyak lagi.Tapi aku decide nak makan kat Food Court kat tingkat 7..dulu ada pernah baca satu blog..dia kata Food Court tu tak halal..tapi tadi aku pergi ada bahagian Halal & Non Halal.
Lepas kenyang isi perut baru la ada tenaga nak tengok tengok barang.Memacam ada kat KWC ni..mak bapak je dorang tak jual..hahaha..yang lain semua ada..Dari barang make up,baju,seluar,baju kanak kanak, tudung,jubah, blouse,skirt,jaket,cardigan,kasut,beg tangan semua nyer la..u name it..harga jangan kira la beli lebih 3 dah boleh dapat harga borong.murah murah yer..bole dapat separuh harga tu..Jadi kalau nak ke KWC ni make sure dompet korang penuh..Berbaloi baloi ya..sesuai sangat kalau nak buat stock untuk meniaga.
Aku ke KWC ni sebab nak mencari baju kanak kanak untuk budak budak tadika aku.Kan dah dekat nak consert hujung hujung tahun ni kan.Dapat la murah sikit sebab beli banyak kan.Boleh la jimat sikit. Tapi tak beli pun hari ni..just survey survey jer dulu. Harga bole tahan..memang berbaloi kalau beli banyak.
Oh ya, dekat sekitar bangunan KWC ni pun ada banyak kedai kedai borong jugak..tapi kebanyakkan kedai kat luar KWC ni tak jual sehelai sehelai atau satu satu..dorang hanya jual pada pemborong. So cuci mata je la yer..=) 

Thursday, October 27, 2016

Lirik Lagu : Saat Hilang Cintamu -Siti Sarah Raisuddin


Saat Hilang Cintamu -Siti Sarah
Penulis lirik:Musrad   Komposer:Ajai

Mulanya sukar untuk ku tempuhi 
Tapi terpaksa ku buat sejak kau tiada
sendirian ku tahankan dukaku
kepayahan memadam rindu

Selama ini aku meyakini
Kau bahagia dengan insan yang kau sanjungi
Namun ternyata salah dugaan ku
Dengar khabar mu yang pilu

Kini engkau menyesali ...
Dan ubati lukamu sendiri
Pengorbanan mu menjadi debu
Di persenda kasih mu
Ohh......

Pasti kau sudah rasai
Keperihan hati yang aku tanggungi
Walau tidak pernah aku meminta
Kau di balas begitu

Semua ini telah ku harungi
Kepahitan rasa bukan untuk selamanya
Kesabaran menguatkan jiwaku
Demi menyambung hidup...
Ke akhir waktu

Kini engkau menyesali
Mengubati lukamu sendiri
Pengorbanan mu menjadi debu
Saat hilang cinta mu...
ohhh....

Pasti kau sudah rasai
Keperihan hati yang kutanggungi
walau tidak pernah aku meminta
kau di balas begitu

Semua ini telah Ku harungi
Kepahitan rasa bukan untuk selamanya
Kesabaranmu menguatkan Jiwaku
untuk menempuh hidup
ke akhir waktu....

Lirik Lagu : Mac Rahayu Ditakdirkan Kita Bersama

Ditakdirkan Kita Bersama -Mac Rahayu


Tak Pasti Siapa Yang Tersentuh 
Bila Terserempak Tempat Kita Bertemu Dulu
Adakah Aku Yang Khayal Kehadiranmu 
Atau Sememangnya Kau Disini
Kedatanganku Ini
Sekadar Menyisip Suasana
Dan Bukan Untuk Semula
Entah Siapa Yang Bersalah
Tertanya-Tanya Siapakah Yang Lebih Luhur Setia
Hanya Pandai Berjanji Sewenang-Wenang
Untuk Semalam Dan Hari Esok
Tapi Engkau Terlupa
Engkau Yang Terlalu Kecewa
Sehingga Berhari Di Sini
Pedih
Melihat Engkau Begini
Penawar Tidak Berguna Lagi
Sedih
Sekilasnya Engkau Pun Menoleh Aku
Riak muka Tergambar Kau Menyesali Tingkahmu*
Tinggalkan Ku Diwaktu Senangmu
Simpati Jiwa Bukannya Alasan
Kala Mata Kita Bertentangan
Ku Sedari Aku Pun Begitu
Merindui Belaian Kasihmu
Sedari Dulu Andai Pasti
Di Takdir Kita Bersama
Andai Kita Ditakdirkan Berdua

Tuesday, August 4, 2015

Teh Serai untuk redakan Senggugut

Salam semua...
Attention to wanita wanita dan gadis gadis kat luar sana.. Pernah kena senggugut?? Sakitkan?? Aku baru jer terjumpa cara untuk meredakan sakit tuh..Cer korang try buat Teh Serai..yer serai..yang selalu korang letak lam TomYam dan rendang tuh..Senang jer caranyer..
Bahan bahannya:
*Serai (ikutla berapa batang nak letak..aku suka letak banyak..dlm 5-6 batang)
*Gula perang@gula merah@gula pasir(sesuai selera) xyah manis sgt..lite lite jer k..
*Halia (pun ikut suka korang nak letak banyak mana..aku suka banyak..so aku letak seketul besar halia..)

Caranya..senang je...korang letak semua bahan bahan tadi dalam periuk besar...letak la air dlm 1 or 2 liter rebuslah segala bahan kat atas tadi sampai mendidih..bila dah suam suam boleh la diminum..
Insha Allah..semoga Allah kurangkan sakit senggugut korang..pastu boleh la korang tido dengan aman dan damai...^_^



Kat bawah ni aku Share kan sikit tentang Khasiat Serai.Baca la kalau korang rajin yer..
-----------------------------------------------------------

KHASIAT SERAI
Berikut ini merupakan beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:

- Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

- Ubat gangguan pencernaan
Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

- Detoksifikasi
Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

- Manfaat pada sistem saraf
Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
    
 - Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.

- Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.

- Kulit indah
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

- Kesihatan wanita
Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

- Menyegarkan dan Menyejukan
Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.



So...apa lagi...cuba cubalah buat Teh Serai ni k...Good for your health bak kata orang putih...=)

Saturday, April 25, 2015

23 April 2015 .Im officially turns 30..Happy Birthday to Me!!!

Salam semua...
Harap semua sihat sihat hendaknyer yer...
Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan untuk menjengah blog usang ni...
Lama nau tak menjengah...biasala..penyakit malas campur lak dengan blur tak tau nak tulis apa..
Heee...walaupun sebenarnya  banyak jer idea nak ditulis dan dikongsikan..
Sekarang just nak bagitahu 23 April 2015 yang lepas aku dah selamat menjangkau umur yang 30 tahun yer..
Alhamdulillah..dah masuk 3 series..Kalau ikutkan banyak lagi impian dan harapan yang belum tercapai...
Tapi tak pe la..Allah Knows the best right?
Im so blessed with my life now..Alhamdulillah...
 
Kerana mereka berdua la aku ada di dunia ni..Terima Kasih emak..Terima Kasih ayah.. 
Ni masa celebrate kat my Workplace dengan anak anak murid..cute kan dorang?

30 Yrs old ^_^

love...



Monday, September 15, 2014

JK1M #3 Week 1 Session 1

13 September 2014 
Sabtu
Salam semua...
Harini 1st sesi untuk JK1M musim ke 3..
Tempat berkumpul di Taman Tasik Cyberjaya..
Start gathering pukul 8.00 pagi..hujan renyai renyai..
So Coach Cem decide semua berkumpul di Auditorium kat Tasik tu...
Bermula dengan sesi Ice Breaking...sesi pengenalan...
Kenal kan nama memasing...dari mana dan Kenapa join JK1M musim ke 3 ni..
Lepas tu Coach Cem bahagikan kami kepada 2 kumoulan..which is Sexy dan Hot...
Aku masuk kumpulan Hot...kawan baik aku Fana masuk kumpulan Sexy...
Opss lupa pulak..time ni berat pertama kita orang di ambil..
Berat aku 70.7kg...haaaaa...amikkk ko...berat... =(
So after semua dah dapat kumpulan dan timbang berat badan..
Kita orang gerak perg tepi tasik..sebab ada sesi menguji ketahan fizikal memasing dengan our partner..sambil lengkapkan form Assestment Physical tuh..
Coach Cem ajar buat Push Up, Plank,V-Pose Star,Squat dengan cara yang betul...errr...selama ni aku buat cara yang slaah walaupun gaya macam betul...hahah..^_^*
Lepas selesai ujian fizikal tu..Coach cem suruh kita orang semua lari pusing satu Tasik Cyberjaya tu dalam masa 12 minit..haaa...nampak macam kejam kan...huhu..kataa nakkk kurus...Tapi sebenarnya..Coach nak tengok ketahanan jantung memasing...Aku dengan Fana dapat buat 15 minit satu pusingan tasik...Semput ko!!!!
Habis pusing tasik..kita orang ade briefing oleh Coach Cem..Time ni Coach bagi tau kalau kita orang tak turun 1kg untuk 1 minggu..kita orang semua akan didenda membayar RM10 kepada Booo..(Boo ni nama tabung yang Coach Cem lancarkan) selain tu jugak..end of the 6 weeks tu..Group mana yang kalah..which means yang berat ahlinya nyer yang berapa nak turun banyak akan didenda untuk Hostkan dinner pada Group yang menang...
Sebenarnya tu semua adalah untuk memotivate kan semangat kita orang..so semua peserta mestilah mengingatkan antara satu sama lain tujuan dan matlamat untuk kurus dan sihat dalam program nih..bijakkm kan Coach Cem tuh...
So..tu je la untuk sesi pertama JK1M musim ketiga ni..
Jumpa esok untuk Sesi Kedua..Nutrition Talk..
Daaaa...

P/S :nah aku blanja gambo sekeping dua...♥
Me & Fana

Plank

Jom Kurus 1 Malaysia Season 3 (JK1M3)


Bismillah..Assalamualaikum...
Esok 13 September 2014..adalah hari pertama aku join Program Jom Kurus 1 Malaysia untuk musim ke 3 (JK1M#3)
Doakan yer semoga aku berjaya menurunkan berat badan yang berlebihan nih...mihmihmih...^_^
Teruja nak join aktiviti yang dorang sediakan untuk 6 minggu akan datang..
Ok buat yang belum tahu..Program ni adalah anjuran Pakar Diet dan Kesihatan terkenal Kevin Zahri...Diadakan serentak satu Malaysia..korang bole pilih kawasan mana yang korang nak atau suka...
Macam aku..aku pilih kawasan Cyberjaya..walaupun aku dari Puchong..huhu..ikut suka hati aku la kan...Aku join ni pun sebab my kawan baik Farhana yang ajak join..nak kurus katanya...hihi..
Buat pengetahuan semua..Program ni berbayar ya..bukan free..Yuran adalah berbeza mengikut kawasan atau Team Leader...macam kat Cyberjaya ni yuran nya RM390 untuk 6 minggu..
Ok..Team Leader(TL) untuk Cyberjaya adalah Coach Cem..
Lelaki ya uolsss..happening..fun n kelakar orangnya..buat masa ni..senang la berurusan dengan Coach ni..yang pentingg tak 'kerekkk'...haha..sebab my best friend pernah servey..ade TL yang kerek...hahaha..
Ok..Coach Cem buat program ni setiap hujung minggu..which mean..Sabtu dan Ahad...

Start 13 September 2014 sehingga 25 Oktober 2014
Jadi..sama sama la kita tengok...mampu ke tak aku menurunkan LEMAK yang dah lama aku bawak ke hulu hilir ni..muahahaha...*_*

Monday, July 14, 2014

Resepi : Biskut Samperit Cheese

BISKUT SAMPERIT CHEESE

BAHAN2NYA

200g mentega (yg tulen akan membuatkan biskut lebih sedap)
100g cream cheese
130g gula icing
200g tepung jagung kupu2
140g tepung kastad(birds custard)
180 g tepung gandum
2 biji kuning telur
2 camb susu pekat manis
1/2 camt esen vanilla
ceri merah @ kismis hitam@ choc chip @ sprinkle rice untuk hiasan

CARANYA :

1.Pukul mentega,cream cheese sehingga gebu.Masukan esen vanilla susu pekat dan telur sebiji2.
2.Pukul perlahan sampai sebati.Campurkan kesemua tepung,masukan sedikit2 sambil dikacau dengan spatulla sehingga menjadi doh.
3.Biarkan 5-10 min.Picit dengan acuan samprit.
4.Letakan ceri @kismis hitam @choc chip sebagai hiasan.
5.Bakar 15 min,suhu 150*C dengan api bawah.

Ni samperit yg my mom buat ..kalau ade yg teringin nak order bole call 01116036100 Aida.

 Kredit untuk resepi..FB Resepi Masakan

Thursday, May 1, 2014

Resepi :Ikan Masak Sambal

Resepi : Ikan Masak Sambal
Salam semua..Selamat Hari Pekerja...Salam 1 Rejab...Niat hati memang nak puasa hari ni tapi tak kesampaian sebab Miss P datang menjengah...so ni la menu untuk lunch tadi..
Resepi yang sangat simple dan senang untuk dimasak...Rasanya lama jugak aku tak masak sambal ikan ni...disebabkan ade stok ikan dalam fridge so terhasil la menu ni buat makan tengah hari merangkap makan malam yer anak anak...
So takyah membebel banyak banyak..let's cekidaut de recipe...
Bahan bahan :
Ikan-kembong atau selar kuning (digaram kunyitkan)
*Bawang merah - 2biji
*Bawang putih - 3 ulas
*Halia - 1inci
Cili kisar - 1senduk
Pes asam jawa - 1/2 sudu kecil
Garam dan gula - sesuai rasa
Minyak- untuk menggoreng dan menumis
*ditumbuk or blender
Cara :
1.Ikan digoreng dahulu..aku suka kalau ikan ni tak berapa garing..moist moist je...tapi kalau korang suka garing terpulang yer...siap goreng angkat letak tepi..
2.Tumis bahan bahan bertanda * hingga wangi..masukkan cili kisar..tumis hingga pecah minyak dan cili masak...masukkan garam gula dan asam jawa..sesuaikan ikut tekak memasing..kalau dah terasa kesedapan nyee..bole la masukkan kembali ikan ikan yang telah digoreng tadi...biar mesra bersama selama 2 hingga 3 minit bole la dihidangkan..siap!!!!
Sambal ikan..

Saturday, April 5, 2014

This is my BoBoy...

Salam semua..
Kali nak share story pasal my BoBoy lak....heee...Siapa ye BoBoy ni??? 
My Bf ke??? Adik beradik ke??Jiran tetangga ke??Hahahah...Opsss..jangan wat spekulasi dulu...Sebenarnya BoBoy ni adalah haiwan peliharaan a.k.a my pet kat rumah...hehe..Kalau korang pernah baca pasal Si BoBoy ni dulu...sape rajin g la godek godek gobok blog ni yer..heheheh...Nah.. skang dia dah besorr...garang nyer..mak aiii..tak bole di ajor...pastu kalau datang sawan kucing dia...melompat sana sini..kekadang confius..aku ni bela kucing ke..bela monyet???hahahahah..errr bole ke guna kata ganti DIA untuk kucing??? 

Jom la tengok cemana  la ghupernyer Si BoBoi kesayangan aku ni...


Alahai..memalu konon...



Tiba mood baik dia..manja la..


Err..yang ni bukan Si BoBoi..ni kembor dia..aku jumpa kat tepi jalan..Sama kan???
 So.... tu la ghuper Si BoBoy aku...hope korang enjoyy la tengok muka dia yerr...hihi...

Thursday, September 19, 2013

Siapakah Follower Ku Yang Ke 333 & 444 & 555? Aku Nak Bagi Something!!!

Salam semua...
Malam Jumaat yang penuh berkah dan rahmat ni...aku tergerak hati nak bagi "something'' untuk follower aku yang ke 333,444,& 555..heheh...

Jangan la pulak korang ingat aku nak taja Percutian or Penginapan bagai..huwaaa....how dare u..heheh...
Ada la sikit 'hadiah'yang tak seberapa untuk follower yang special tuh...

So bagi sesiapa yang HIT lucky numbers tu...komen kat sini dan tinggalkan link blog untuk aku follow up korang yer...selain tu tinggal kan link Facebook supaya senang aku nak add or PM korang...:) 

Salam Perkenalan yer kepada semua yang sudi singgah blog usang aku yang tak seberapa ni...

Terima Kasih in advance pada sesiapa yang sudi follow and join me here...malu nak kata ni contest..  =)


                         
 
         






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...